Tarikh  : 12 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 8 orang

 

Tujuan:

Membantu pelajar menguasai kemahiran online editing imej.

 

Aktiviti:

i.   Kelas dimulakan dengan tayangan video Menarik Di Jelebu dan para peserta diperkenalkan

     dengan page PI Kuala Klawang serta page Menarik Di Jelebu dan ini membantu mereka

     mengetahui status terkini mengenai pusat internet dan sebagainya.

ii.  Para peserta di ajar mengedit gambar dengan menggunakan Paint.

iii. Mereka di ajar menggunakan setiap tools yang disediakan.

iv. Peserta turut didedahkan dengan mengedit imej secara atas talian iaitu menggunakan

    photoscape online.

 

Gambar disini

Tarikh  : 11 Oktober 2018 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Membantu peserta menyediakan peta dengan kaedah yang lebih menarik.

 

Aktiviti:

Taklimat Online Grooming

i.  Para peserta mendengar taklimat mengenai online grooming yang disampaikan

   oleh petugas.

ii. Petugas menerangkan maksud online grooming, kesan online grooming terhadap

    kanak-kanak dan langkah-langkah yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini.

 

Lakaran Peta

i.   Kelas membuat peta dijalankan dan peserta diarah menggunakan pelayar web bagi

    mencari gambar dan logo yang berkaitan untuk diletakkan sebagai penanda di peta masing-masing.

ii.  Petugas membantu peserta melukis peta dengan menggunakan Microsoft Word.

iii. Peserta diajar menggunakan setiap tools yang disediakan dan cara untuk menyimpan peta dalam

    bentuk gambar format jpg.

 

Gambar disini

Tarikh  : 5 Oktober 2018 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Menarik minat peserta untuk mengulang kaji pelajaran secara atas talian yang lebih menarik.

 

Aktiviti:

Taklimat Klik Dengan Bijak

Peserta diberi pendedahan kepada elemen-elemen yang terdapat di dalam Klik Dengan Bijak.

 

Kelas E-Pembelajaran (Tutor TV)

i.   Para peserta membuka laman web tutor tv seperti yang telah diarahkan oleh petugas.

ii.  Petugas menerangkan kepada peserta mengenai kaedah pembelajaran di Tutor TV Astro.

iii. Setiap peserta membuka latihan bagi subjek matematik mengikut peringkat umur masing-masing.  

 

Gambar disini

Tarikh  : 9 Oktober 2018 (Selasa)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Mendedahkan kepada peserta kepada teknologi 3 Dimensi secara atas talian.

 

Aktiviti:

Taklimat Dashboard Komuniti

Para peserta mendengar penerangan mengenai komponen- kompenen yang terdapat di dalam

aplikasi Dashboard Komuniti.

 

3D Colouring

i.    Kelas 3D Colouring dijalankan.

ii.   Para peserta diminta membuka laman web yang diarahkan oleh petugas.

iii.  Peserta diajar untuk membuka akaun di laman web berkenaan.

iv.  Peserta perlu memilih gambar-gambar yang disediakan untuk mewarna secara atas talian. 

 

Gambar disini

Tarikh  : 25 September 2018 (Selasa)
Masa    : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 17 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada usahawan mengenai perniagaan secara atas talian dan penggunaan

aplikasi berteknologi dalam mengembangkan perniagaan.

 

Aktiviti:

i.    Peserta diterangkan mengenai 4 kompenan utama yang terdapat di dalam taklimat Klik Dengan Bijak.

ii.   Seterusnya, petugas memberi penerangan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti khususnya berkaitan

     dengan My Shop dan My Health.

iii.  Pemeriksaan kesihatan secara percuma turut dijalankan sepanjang program berlangsung.

iv.  Seterusnya, kelas keusahawanan diteruskan.

v.   Para peserta diajar mengenai 4 kompenen Marketing Mix yang boleh digunakan dalam perniagaan

     masing-masing.

vi.  Usahawan-usahawan diajar mengenai media sosial yang boleh diguna pakai seperti Facebook, Instagram

     dan Whatsapp Business.

vii. Mereka turut diajar cara-cara mengembangkan perniagaan di setiap akaun media sosial berkenaan.

viii.Peserta turut diajar mengenai copywriting, teknik mereka bentuk flyers secara atas talian serta

     personal branding di Facebook.

 

Gambar disini