Tarikh  : 21 Disember 2018 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Mengasah bakat dari kecil hingga berjaya dalam bidang kreatif.

 

Aktiviti:

Eksplorasi Dashboard Komuniti

Para peserta mendengar taklimat mengenai Dashboard Komuniti dan peserta diajar menggunakan

keseluruhan modul Dashboard Komuniti.

 

Online Editing (Poster)

i.   Seterusnya, aktiviti menghasilkan poster secara atas talian dijalankan.

ii.  Setiap peserta perlu menyediakan poster yang menarik dengan menggunakan kesemua tools

    yang disediakan.

iii. Peserta diajar cara untuk memasukkan gambar dan mengedit poster berkenaan agar kelihatan

    menarik mengikut kreativiti masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 16 Disember 2018 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 6 orang

 

Tujuan:

i.  Mendedahkan kepada peserta mengenai advokasi SKMM seperti Klik Dengan Bijak,

   Check Your Label dan Mobile e-Waste.

ii. Meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan google trends terutama bagi

   mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

 

Aktiviti:

Taklimat Advokasi SKMM 

Peserta mendengar taklimat mengenai advokasi SKMM yang disampaikan oleh petugas PI

beserta tayangan video yang berkaitan.

 

Kelas Google Trends

i.   Seterusnya, peserta diajar melayari laman web google trends.

ii.  Peserta di ajar mengenai cara-cara untuk menggunakan google trends dan kaedah untuk

    melihat trend terkini.

iii. Ini secara tidak langsung, membantu peserta-peserta yang ingin menceburi bidang keusahawanan

    membuat pilihan produk atau perkhidmatan yang lebih tepat.

 

Gambar disini

Tarikh  : 07 Disember 2018 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 8 orang

 

Tujuan:

i.  Mendedahkan kepada peserta mengenai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.

ii. Mendedahkan kepada para peserta mengenai laman web e-pembelajaran yang

    disediakan secara atas talian.

 

Aktiviti:

Taklimat Sebenarnya.my

i.  Peserta mendengar taklimat mengenai laman web Sebenarnya.my untuk mengetahui

    kesahihan sesuatu cerita.

ii. Seterusnya, para peserta diajar cara-cara untuk memuat turun aplikasi Sebenarnya.my

   di telefon pintar masing-masing.

 

E-Learning (Mathematics) 

i.   Peserta di minta untuk membuka laman web e-pembelajaran berkenaan.

ii.  Soalan-soalan yang disediakan terdiri daripada pelbagai operasi seperti tambah, tolak,

     darab dan bahagi.

iii. Peserta-peserta perlu menjawab kesemua soalan yang disediakan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 15 Disember 2018 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Mendedahkan kepada para peserta mengenai asas animasi yang menarik.

 

Aktiviti:

Pengenalan Media Sosial PI Kuala Klawang

i.  Peserta mendengar taklimat mengenai media sosial yang digunakan oleh PI Kuala Klawang

    dalam menyebarkan maklumat-maklumat yang berkaitan.

ii. Tayangan video Menarik Di Jelebu turut di jalankan bagi mempromosikan kawasan-kawasan

    menarik di Jelebu di samping meningkatkan penggunaan media sosial PI Kuala Klawang kepada

    komuniti setempat.

 

Kelas ‘Basic Animation’

i.   Seterusnya, peserta menggunakan pelayar web bagi membuka laman web animasi yang

    diberikan oleh petugas.

ii.  Peserta perlu menyediakan satu animasi yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.

iii. Peserta diajar menggunakan tools yang disediakan.

iv. Mereka turut diajar cara-cara untuk menyimpan animasi berkenaan untuk kegunaan di dalam

    slaid dan sebagainya.

 

 Gambar disini

Tarikh  : 7 Disember 2018 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 8 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber,berita palsu,penipuan kewangan

    dan terlebih kongsi maklumat (oversharing).

ii. Membantu peserta mengenali bahagian-bahagian yang terdapat di atas papan kekunci beserta

    fungsinya.

 

Aktiviti:

Taklimat Klik Dengan Bijak 

Kelas dimulakan dengan sesi taklimat Klik Dengan Bijak dan tayangan video yang berkaitan.

 

Keyboard Challenge

i.   Seterusnya kelas dimulakan dengan penerangan mengenai ‘Keyboard Challenge’.

ii.  Peserta perlu menyusun semula bahagian-bahagian yang terdapat di atas papan kekunci

     mengikut turutan yang betul.

iii. Petugas turut menerangkan fungsi-fungsi bagi setiap bahagian papan kekunci berkenaan.

 

Gambar disini