Tarikh  : 06 Januari 2019 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan slaid persembahan yang menarik.

 

Aktiviti:

Online Grooming

Kelas dimulakan dengan sesi taklimat Klik Dengan Bijak dan tayangan video yang berkaitan.

 

e-Pembelajaran: Smoke Text Effect

i.   Seterusnya, pelajar diminta membuka Youtube dan mencari video smoke effect.

ii.  Peserta diajar untuk convert video berkenaan ke dalam windows media video (wmv).

iii. Peserta diajar cara-cara untuk menghasilkan smoke text effect dengan menggunakan

     video berkenaan di dalam microsoft power point.

 

Gambar disini

Tarikh  : 05 Januari 2019 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 2 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan Microsoft Word dan penggunaan

media sosial (facebook).

 

Aktiviti:

i.   Peserta telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat

     di dalam Microsoft Office Word.

ii.  Peserta turut didedahkan cara-cara untuk menyediakan surat, laporan, dan cara membuat

     carta organisasi.

iii. Seterusnya, peserta diajar cara-cara membuka akaun media sosial Facebook.

 

Gambar disini

Tarikh  : 03 Januari 2019 (Khamis)
Masa    : 8.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 7 orang

 

Tujuan:

i.  Meningkatkan keahlian pusat internet disamping mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan

    yang disediakan di PI Kuala Klawang.

ii. Membantu peserta membuat pengemaskinian data mengikut panduan yang telah ditetapkan.

 

Aktiviti:

i.   Pusat Internet telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu bagi menjayakan

     Bengkel Kemaskini Data ke dalam sistem eBakas.

ii.  Peserta yang terlibat diberi sesi pengkhususan bersama Pusat Internet Kuala Klawang bagi membuat

     kemasukan data ke dalam Sistem eBakas.

iii. Bengkel ini diadakan bagi membantu peserta yang kurang mahir membuat kemasukan data ke

    dalam sistem.

 

Gambar disini

Tarikh  : 04 Januari  2019 (Jumaat)
Masa    : 8.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 7 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber, berita palsu, penipuan kewangan

    dan terlebih kongsi maklumat (oversharing).  

ii. Membantu peserta mengisi data manual di dalam sistem online.

 

Aktiviti:

i.   Kelas dimulakan dengan sesi taklimat Klik Dengan Bijak dan tayangan video yang berkaitan.

ii.  Seterusnya bengkel eBakas dijalankan dan peserta diberi panduan bagaimana untuk mengisi

     data mengenai bancian penduduk ke dalam Sistem eBakas mengikut panduan piawaian yang

     telah ditetapkan.

iii. Peserta diajar bagaimana untuk mengemaskini data di dalam sistem seperti yang dikehendaki oleh

     pihak pengurusan.

iv. Bengkel ini juga dapat membantu peserta memasukkan data mengikut kategori yang betul melalui

    panduan yang diberikan.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 22 Disember 2018 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai barangan kitar semula.

 

Aktiviti:

Pengenalan Portal PI Kuala Klawang 

i.  Peserta mendengar penerangan mengenai laman portal PI Kuala Klawang.

ii. Peserta diberi pendedahan mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2018

    serta perancangan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun hadapan.

 

Kelas Kreatif

i.  Peserta menggunakan barangan terpakai seperti kertas-kertas terpakai bagi menghasilkan beg atau

    goodies dengan menggunakan kertas terpakai.

ii. Peserta turut membuat carian di pelayar web contoh-contoh barangan terpakai yang menarik

   sebagai rujukan.  

 

Gambar disini