Tarikh  : 26 April 2019 (Jumaat)
Masa    : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 20 orang

 

Tujuan:

Membantu ibu bapa membuat pendaftaran anak-anak mereka ke tahun 1 secara atas talian

di samping meningkatkan kemahiran ICT mereka.

 

Aktiviti:

i.   Peserta di ajar membuka laman web https://public.moe.gov.my .

ii.  Petugas memberi penerangan mengenai cara-cara untuk mengisi borang tersebut

     secara atas talian.

iii. Peserta turut diajar membuka akaun emel masing-masing bagi tujuan pendaftaran

    laman web berkenaan.

iv. Petugas turut memberi penerangan mengenai prosedur seterusnya iaitu dokumen-dokumen

    yang perlu disediakan sebelum di hantar kepada pihak sekolah.

v. Melalui kelas ini juga mendedahkan peserta kepada fungsi peralatan komputer serta kaedah

    melayari internet bagi peserta yang kurang mahir.

 

Gambar disini

Tarikh  : 20 April 2019 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

i.  Mendedahkan komuniti setempat dengan jenayah siber iaitu penipuan kewangan

    yang kerap menjadi topik utama masa kini.

ii. Membantu peserta mempromosikan produk secara atas talian dengan menggunakan

    My Shop disamping menambah kemahiran peserta dalam e-commerce

 

Aktiviti:

i.   Program ini dijalankan bagi memupuk kesedaran ke dalam diri para peserta mengenai jenayah

     siber iaitu penipuan atas talian seperti penipuan melalui panggilan telefon, penipuan pinjaman

     tidak wujud, penipuan pembelian dalam talian, phishing dan sebagainya.

ii.  Para peserta diberi pendedahan mengenai laman web e-commerce yang boleh digunakan bagi

     meluaskan lagi perniagaan seperti Shoppe, Lazada, dan Mudah.my.

iii. Peserta turut di ajar mempromosikan produk-produk melalui Dashboard Komuniti (My Shop).

 

Gambar disini

Tarikh  : 13 April 2019 (Sabtu)
Masa    : 7.30 pagi – 11.00 pagi
Tempat: Perkarangan Kelas Tabika Perpaduan Petaling
Peserta: 88 orang

 

Tujuan:

i.  Melahirkan komuniti yang sihat serta mesra ict dan teknologi dalam penjagaan

    kesihatan dan persekitaran yang bersih.

ii. Mengeratkan kerjasama pusat internet dengan komuniti kampung, agensi, MPKK

    dan NGO bagi mewujudkan komuniti yang sihat.

 

Aktiviti:

i.   Program ini merupakan sesi taklimat bersama komuniti sekitar Pusat Internet

     Kuala Klawang sempena Program G-Kom.

ii.  Program ini mendedahkan peserta mengenai amalan gaya hidup sihat dalam kalangan

     komuniti khususnya penduduk Petaling.

iii. Melalui aktiviti ini, pusat internet turut berpeluang mempromosikan pusat internet kepada

    komuniti sekitar dan memperkenalkan kepada komuniti mengenai aplikasi Dashboard Komuniti.

 

Gambar disini

Tarikh  : 19 April 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan memeriksa label pada

    peralatan yang dibeli seperti telefon bimbit dan kepentingan melupusakan alatan komunikasi

    yang telah rosak dengan kaedah.yang betul.

ii. Meningkatkan kemahiran dan penguasaan peserta dalam menghasilkan animasi yang menarik

   dan kreatif.

 

Aktiviti:

Advokasi SKMM (Check Your Label dan Mobile E-Waste)

i.   Peserta diberi penerangan mengenai Advokasi SKMM iaitu Check Your Label dan Mobile e-Waste. 

ii.  Sesi tayangan video dan kuiz berkaitan perkara ini telah dijalankan bagi meningkatkan kefahaman

    setiap peserta.

iii. Petugas turut mempromosikan kemudahan kotak Mobile e-Waste kepada peserta dan menggalakkan

     mereka terlibat dalam melupuskan alatan telekomunikasi yang telah rosak dengan kaedah yang betul.

 

Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Animasi Kreatif

i.   Latihan asas teknologi maklumat dan komunikasi dijalankan selepas sesi Advokasi SKMM.

ii.  Setiap peserta diajar menghasilkan animasi yang menarik menggunakan Microsoft Power Point.

iii. Peserta turut diajar menggunakan setiap tools yang disediakan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 9 April 2019 (Selasa)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 8 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepelbagaian jenis dan rangkaian emel

serta penggunaan emel dalam urusan rasmi dan sebagainya.

 

Aktiviti:

Taklimat Dashboard Komuniti

i.  Para peserta mendengar taklimat mengenai dashboard komuniti dan peserta diajar menggunakan

    keseluruhan modul dashboard komuniti.

ii. Peserta diajar menggunakan setiap modul seperti membuat pengumuman di My Komuniti

    dan sebagainya.

 

Pengenalan Rangakaian Emel dan Facebook

i.   Peserta diberi pendedahan mengenai kepelbagaian jenis emel seperti Gmail, Yahoo, dan MSN.

ii.  Peserta diajar mengenai fungsi dan kelebihan menggunakan emel dalam urusan rasmi.

iii. Peserta turut diajar membuka akaun emel dan penerangan setiap fungsi tools yang terdapat

    di dalam emel berkenaan.

iv. Peserta juga membuka akaun facebook menggunakan emel masing-masing.

 

Gambar disini