Tarikh  : 05 Julai 2019 (Jumaat)
Masa    : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 6 orang

 

Tujuan:

Shooting video dan mengedit video bagi kluster Menarik Di Jelebu disamping membantu

menaikkan tempat-tempat menarik disekitar Jelebu.

 

Aktiviti:

i.   Aktiviti yang dijalankan adalah perbincangan berkenaan lokasi menarik untuk shooting dan

    storyboard video.

ii.  Penghasilan video ini dilakukan bagi tujuan mengkomersialkan tempat-tempat menarik yang

    terdapat dibawah naungan Daerah Jelebu khususnya di sekitar Pusat Internet beroperasi.

iii. Petugas turut mengadakan lawatan ke lokasi shooting dan perjumpaan dengan pemilik kedai.

iv. Petugas turut melakukan perbincangan mengenai teknik suntingan video yang menarik dan

    boleh digunakan ke dalam setiap video yang dihasilkan.

v. Video-video yang dihasilkan turut membantu komuniti sekitar khususnya golongan peniaga dan

   usahawan mengkomersialkan lagi perniagaan masing-masing.

v. Petugas turut mengambil peluang mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan

   di Pusat Internet.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 02 Julai 2019 (Selasa)
Masa    : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

i.   Memberi pendedahan kepada peserta mengenai maklumat dan info terkini pemasaran digital.

ii.  Membantu peserta menambahbaik FB page (Media Sosial) dan blog bisnes (SOE) masing-masing.

iii. Membantu peserta mengurus kewangan perniagaan menggunakan excel.

 

Aktiviti:

i.   Program ini melibatkan kerjasama PI Kuala Klawang bersama pihak Universiti Teknologi Malaysia

     (UTM) Kuala Lumpur dalam membantu golongan usahawan sekitar Pusat Internet Kuala Klawang

     mengembangkan perniagaan masing-masing dengan menggunakan medium yang betul.

 ii. Program ini turut mendidik golongan usahawan dalam  mengurus kewangan bisnes menggunakan

     Microsoft Excel.

iii. Peserta turut diberi pendedahan mengenai advokasi SKMM iaitu mengenai jenayah siber yang

    semakin berleluasa.

 

Gambar disini

Tarikh  : 23 Jun 2019 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Membantu peserta mengisi permohonan kemasukan ke Universiti secara atas talian.

 

Aktiviti:

i.   Program ini diadakan bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM bagi mengisi dan mengemas kini

    maklumat kemasukan ke universiti secara atas talian.

ii.  Peserta didedahkan mengenai jurusan-jurusan yang terdapat di setiap universiti awam, politeknik dan

    kolej-kolej berkaitan.

iii. Peserta turut diajar mencetak dokumen yang diperlukan bagi kemasukan universiti.

 

Gambar disini

Tarikh  : 23 Jun 2019 (Ahad)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

i.  Mendedahkan kepada peserta mengenai kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.

ii. Meningkatkan galak guna aplikasi Dashboard Komuniti.

 

Aktiviti:

i.   Peserta mendengar taklimat mengenai laman web Sebenarnya.my untuk mengetahui

     kesahihan sesuatu cerita.

ii.  Para peserta diajar cara-cara untuk memuat turun aplikasi Sebenarnya.my di telefon pintar

     masing-masing.

iii. Peserta diajar menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti yang mengambil kira keperluan komuniti

     setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran.

iv. Penggunaan aplikasi ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi komuniti

    setempat khususnya penduduk luar bandar.

 

Gambar disini

Tarikh  : 13 Jun 2019 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet disamping meningkatkan

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi melalui penggunaan aplikasi yang berkaitan.

 

Aktiviti:

i.   Peserta didedahkan mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Klik Dengan Bijak iaitu

    berita palsu, buli siber, oversharing, dan penipuan kewangan.

ii.  Peserta turut didedahkan mengenai laman web sebenarnya.my.

iii. Peserta diberi pendedahan mengenai aplikasi whatsapp dan telegram.

iv. Peserta dilatih menggunakan aplikasi komunikasi ini secara atas talian iaitu menggunakan web browser.

 

Gambar disini