Tarikh  : 06 September 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Program ini mendedahkan para pelajar dengan jenayah siber,buli siber, berita palsu,penipuan kewangan dan oversharing disamping menarik minat peserta untuk mengulangkaji subjek bahasa Inggeris di Pusat Internet.  

 

Aktiviti:

Para peserta didedahkan dengan jenayah dan ancaman siber yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar sekolah terutama sekali jenayah buli siber dan sebagainya. Peserta turut didedahkan mengenai laman web e-pembelajaran yang boleh mereka layari untuk latihan sampingan. Peserta diajar mengenai ejaan (pronounciation) melalui kaedah yang menarik dan mudah untuk difahami. Peserta perlu mengeja serta menyebut setiap petikan yang disediakan dan menaip semula perkataan berkenaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 23 Ogos 2019 (Selasa)
Masa    : 9.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 6 orang

 

Tujuan:

Sesi taklimat dan latihan pengurus Pusat Internet Kluster Jelebu mengenai penutupan siaran

TV analog dan pelaksanaan kempen pendidikan dan kesedaran untuk mempromosi siaran

TV digital My Freeview di kluster Jelebu.

 

Aktiviti:

i.  Negara kini sedang dalam proses peralihan Siaran TV analog ke siaran TV digital My Freeview di mana

    perkhidmatan siaran TV analog akan ditamatkan secara berperingkat di seluruh negara bermula suku ketiga

    2019 seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

ii. Kesemua pengurus kluster Jelebu telah diberi penerangan mengenai tugas Pusat Internet sebagai medium

    menyampaikan maklumat mengenai siaran TV digital My Freeview. 

 

Gambar disini

Tarikh  : 13 Ogos 2019 (Selasa)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 4 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran e-dagang dalam diri peserta.

 

Aktiviti:

i.   Peserta didedahkan mengenai penggunaan aplikasi  Dashboard Komuniti.

ii.  Para peserta diberi pendedahan mengenai laman web e-dagang yang menjual pelbagai

    jenis produk secara atas talian.

iii. Peserta turut diajar membuka akaun perbankan secara atas talian dan penerangan mengenai

    online banking.

 

Gambar disini

Tarikh  : 17 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa    : 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 203 orang

 

Tujuan:

i.   Memperkenalkan pusat internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat.

ii.  Eratkan kerjasama pusat internet dengan komuniti kampung, agensi, MPKK, dan NGO

    untuk mewujudkan komuniti sihat.

iii. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti:

 Pendaftaran pengunjung

 Pendaftaran ahli baru

 Muat turun aplikasi mobile dashboard

 Saringan kesihatan secara percuma oleh kospen petaling dan gabungan bersama PI Kuala Klawang (My Health)

 Gula dalam darah

 Tekanan darah

 Body mass index (BMI)

 Pemeriksaan gigi percuma

 Pemeriksaan mata percuma

 Lori Milo percuma (Nestle)

 Senaman aerobik

 Berjalan 1000 langkah

 Sarapan pagi (pemakanan sihat)

 Santai cergas :

 Pertandingan kupas kulit kelapa (dewasa)

 Pertandingan musang berjanggut (wanita)

 Tic tac toe (belia)

 Warna warni ICT (kanak-kanak)

 Pertandingan menaip artikel ‘Pusat Internet di Hatiku’ pada my komuniti (sekolah menengah)

 Muat naik produk kesihatan pada My Shop (usahawan)

 Advokasi SKMM

 Bengkel perisian komputer dan kuiz online(terbuka)

 Taklimat Dashboard Komuniti dan My Freeview

 Ceramah Kesihatan dan Keselamatan

 Majlis penutup dan penyampaian hadiah

 

Gambar disini

Tarikh  : 10 Ogos 2019 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 14 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi kesedaran kepada peserta mengenai bahana penggunaan internet secara

    kerap dan tidak terkawal disamping meningkatkan penggunaan aplikasi dashboard komuniti

    dalam kalangan remaja.

ii.  Meningkatkan kemahiran merekod data secara offline menggunakan Microsoft Excel.

 

Aktiviti:

i.   Peserta diberi pendedahan mengenai kesan ketagihan internet yang semakin berleluasa

    dalam kalangan remaja.

ii.  Peserta diberi pendedahan kepada penggunaan Microsoft Excel dalam merekod data-data

    perniagaan.

iii. Ini bertujuan menarik minat peserta merekod data secara kemas dan teratur pada masa hadapan.

iv. Peserta diajar menggunakan setiap tools yang disediakan.

 

Gambar disini