Tarikh  : 15 November 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar mengenai jenayah siber yang kian berleluasa terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak. Seterusnya, menarik minat pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara atas talian.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan sesi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan tayangan video yang berkaitan. Para peserta turut melayari laman web http://www.klikdenganbijak.my/Utama.aspx bagi mengetahui info-info terkini mengenai KDB. Seterusnya, para peserta melayari laman web e-pembelajaran. Setiap pelajar diberi tempoh masa bagi menyelesaikan setiap kuiz yang disediakan di dalam laman web berkenaan. Aktiviti ini sedikit sebanyak membantu para pelajar membuat latihan ulangkaji subjek Sains dengan kaedah yang lebih menyeronokkan. Setiap pelajar dilatih menggunakan setiap tools yang disediakan di dalam laman web berkenaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 10 November 2019 (Ahad)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dengan betul dan juga kepentingan memastikan peralatan komunikasi yang di beli mempunyai label MCMC yang sahih. Seterusnya, meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui kaedah yang lebih menarik.

 

Aktiviti:

Para peserta diberi pendedahan mengenai advokasi SKMM iaitu Mobile e-Waste dan Check Your Label. Sesi tayangan video dan kuiz dijalankan bagi meningkatkan lagi kesedaran dalam diri peserta. Seterusnya, peserta menggunakan pelayar web dan membuka laman web yang diberi oleh petugas. Peserta perlu menghasilkan lirik lagu berbahasa Inggeris dengan menggunakan tatabahasa yang betul. Peserta menggunakan pelayar web bagi mencari perkataan yang sesuai bagi setiap lirik yang dihasilkan.

 

Gambar disini

 

 

 

Tarikh  : 03 November 2019 (Ahad)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Seterusnya, meningkatkan kemahiran editing grafik dalam kalangan peserta yang terlibat.

 

Aktiviti:

Peserta-peserta diberi pendedahan mengenai jenis-jenis risiko yang terdapat dalam internet serta risiko sekiranya menyalahgunakan kemudahan teknologi yang ada. Sesi soal jawab dan kuiz turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman para peserta mengenai kepentingan kawal selia kendiri sewaktu melayari internet. Seterusnya, peserta diberi latihan editing grafik secara atas talian di mana peserta perlu menghasilkan poster yang berkaitan dengan menggunakan setiap tools yang telah disediakan. Peserta turut diajar menghasilkan gambar yang menarik secara atas talian.

 

Gambar disini

Tarikh  : 05 November 2019 (Selasa)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet serta kepentingan kawal selia kendiri dalam melayari internet. Seterusnya, memberi pendedahan kepada peserta mengenai salah satu alat perhubungan atas talian iaitu emel disamping meningkatkan kemahiran menghasilkan video yang menarik secara atas talian.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Klik Dengan Bijak. Sesi tayangan video kesedaran dan kuiz turut dijalankan. Seterusnya, para peserta menggunakan pelayar web bagi membuka akaun emel melalui tunjuk ajar petugas. Peserta diperkenalkan dengan pelbagai jenis domain emel seperti gmail, yahoo, msn dan sebagainya. Peserta turut diajar menggunakan setiap item yang terdapat di dalam emel seperti menghantar emel dan sebagainya. Peserta turut didedahkan dengan suntingan video secara atas talian dalam penghasilan video ringkas yang menarik. Peserta diajar cara memasukkan animasi bergerak dan menggunakan setiap tools yang disediakan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 01 November 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan dan penerangan kepada peserta mengenai siaran digital My Freeview dan membantu peserta mencari pekerjaan secara atas talian.

 

Aktiviti:

Menguar-uarkan kepada peserta mengenai siaran My Freeview dan kaedah bagi mendapatkan dekoder berkenaan. Peserta turut mengakses laman web My Freeview bagi tujuan rujukan pada masa akan datang. Seterusnya, peserta diajar mengisi borang SPA 8i secara atas talian dan petugas turut membantu peserta-peserta mengulangkaji sebelum peperiksaan bermula dengan mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan peperiksaan yang bakal diambil. Petugas menggalakkan peserta untuk menggunakan enjin carian Google sebagai alternatif  untuk mencari maklumat dan jawapan yang tepat. Peserta turut didedahkan cara menghasilkan resume yang menarik menggunakan aplikasi Canva.com.

 

Gambar disini