Tarikh  : 13 Mac 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran peserta menghasilkan video animasi yang menarik menggunakan Microsoft Powerpoint yang boleh digunakan dalam menghasilkan slide untuk kerja kursus di sekolah. Peserta turut didedahkan mengenai advokasi SKMM iaitu buli siber.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu pelajar sekolah menengah terutama sekali pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 menghasilkan slide persembahan untuk kerja kursus yang lebih menarik. Petugas melatih peserta menggunakan setiap tools yang disediakan. Peserta turut mendengar taklimat kesedaran iaitu jenayah buli siber serta kepentingan mengawal selia kendiri sewaktu melayari internet melalui laman web SKMM http://www.klikdenganbijak.my/Learning.aspx.

 

Gambar disini

Tarikh  : 06 Mac 2020 (Jumaat)
Masa    : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Tabika Kemas Felda Pasoh 4
Peserta: 31 orang

 

Tujuan:

Program ini merupakan inisiatif Pusat Internet Kluster Jelebu untuk memberi pengenalan asas teknologi ICT kepada pelajar-pelajar yang kurang mendapat pendedahan ICT.

 

Aktiviti:

Para peserta diberi pendedahan mengenai fungsi serta kemudahan Pusat Internet oleh petugas. Petugas turut mengambil peluang dengan menjalankan sesi taklimat Advokasi SKMM iaitu Risiko dalam Talian serta Online Grooming. Seterusnya, latihan menggunakan netbook dijalankan. Petugas menerangkan pengenalan asas komputer kepada para pelajar. Petugas turut membantu para pelajar menggunakan netbook yang disediakan dan kemahiran asas menaip.

 

Gambar disini

 

 

Tarikh  : 14 Februari 2020 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan memeriksa label pada peralatan yang dibeli seperti telefon bimbit dan kepentingan melupus alatan telekomunikasi yang telah rosak. Seterusnya, meningkatkan kreativiti para peserta melalui aktiviti ini.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi memberi pendekatan secara umum kepada pelajar sekolah rendah yang kerap kali datang ke pusat internet mengenai Advokasi SKMM iaitu penerangan mengenai Mobile e-Waste dan kepentingan memeriksa label alatan komunikasi yang dibeli. Seterusnya, peserta dilatih menggunakan pelayar web iaitu peserta di latih memuat turun gambar/ dokumen dan kemudian mencetak  gambar berkenaan untuk digunakan dalam aktiviti collage ini. Peserta perlu menyediakan collage mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan alatan yang disedikan oleh petugas.

 

Gambar disini

Tarikh  : 22 Februari 2020 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Membantu isi rumah berpendapatan rendah mengisi dan mengemaskini maklumat Bantuan Sara Hidup. Seterusnya membantu golangan isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM3,500.00 sebulan melalukan permohonan rumah mampu milik yang telah diuar-uarkan oleh kerajaan Negeri Sembilan.

 

Aktiviti:

Program ini merupakan inisiatif pusat internet untuk menggalakkan golongan dewasa iaitu ibu bapa berkunjung ke PI Kuala Klawang dan menyertai kelas-kelas yang dianjurkan. Program ini membantu meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan ibu bapa. Petugas membantu dalam mengisi borang beserta panduan yang telah disediakan. Peserta dilatih menggunakan komputer, kaedah untuk mencetak dokumen, scanning, memuat naik dokumen dan sebagainya. Petugas turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sistem dashboard komuniti menghebahkan program advokasi SKMM dibawah inisiatif penipuan kewangan yang berleluasa kini.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 06 Februari 2020 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang – 6.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Menggalakkan penggunaan aplikasi dashboard komuniti dalam kalangan belia terutama sekali penggunaan modul My Shop bagi menggalakkan para peserta terlibat dalam dunia keusahawanan. Seterusnya, meningkatkan kemahiran menghasilkan video-video menarik yang boleh digunakan sebagai medium pemasaran produk atau perkhidmatan dan sebagainya.

 

Aktiviti:

Para peserta diberi pendedahan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti yang boleh dimanfaatkan kepada peserta seperti modul My Komuniti bagi membuat hebahan atau menyebarkan info semasa. Peserta turut berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan percuma melalui modul My Health disamping menceburi bidang keusahawanan melalui modul My Shop.

Seterusnya, latihan mengedit video dijalankan. Peserta diberi penerangan mengenai kaedah-kaedah mengambil video yang menarik melalui contoh video Menarik Di Jelebu yang dihasilkan oleh ‘team’ Pusat Internet Kluster Jelebu. Peserta dilatih menggunakan aplikasi Filmora bagi menghasilkan video yang menarik. Peserta dilatih menggunakan setiap tools yang disediakan agar video yang dihasilkan lebih menarik. Selepas itu, sesi praktikal dijalankan iaitu setiap peserta perlu menghasilkan video berdurasi 1 minit mengikut latihan yang telah diberikan oleh petugas.

 

Gambar disini