Tarikh  : 06 Ogos 2020 (Khamis)
Masa    : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 6 orang

 

Tujuan:

  • Program ini dijalankan bagi membantu usahawan menjalankan aktiviti berniaga dengan menggunakan medium promosi serta program-program penghantaran yang disedikan di platform Shopee. Selain dari itu, program ini turut memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri melalui kempen kesedaran iaitu Advokasi SKMM.

 

Aktiviti:

Kelas Shopee bagi sesi 2 ini lebih kepada penekanan kaedah jual beli berlangsung. Peserta diperkenalkan dengan program-program penghantaran Shopee yang bersubsidi dan sebagainya. Peserta turut dilatih cara membuat pemasaran di Shopee bagi menarik minat pelanggan untuk membeli produk berkenaan disamping membuat pengiraan keuntungaan selepas mengenakan baucar-baucar kepada pembeli. Kelas ini bertujuan meningkatkan kemahiran keusahawanan peserta untuk meneruskan kedai secara atas talian di Shopee. Petugas turut mengambil peluang menyampaikan advokasi SKMM dibawah tajuk penipuan kewangan/ scammer yang kerap terjadi di Malaysia.

 

Gambar disini

Tarikh  : 5 Ogos 2020 (Rabu)
Masa    : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 6 orang

 

Tujuan:

  • Program ini dijalankan bagi membantu usahawan PI Kuala Klawang membina sebuah kedai secara online disamping memperkukuhkan Pusat Internet sebagai pusat keusahawanan. Selain dari itu, program ini turut memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan kewaspadaan dan tanggungjawab ketika melayari internet.

 

Aktiviti:

Peserta dilatih berniaga menggunakan platform Whatsapp Commerce iaitu Yezza.com. Yezza menyediakan fungsi-fungsi website e-commerce pada WhatApps dan para peserta boleh memanfaatkan tempoh percubaan berniaga menggunakan aplikasi ini dalam tempoh 14 hari. Seterusnya, latihan bagi pertandingan usahawan online Pusat Internet dijalankan dengan menggunakan medium Shopee. Untuk sesi hari ini peserta diberi pendedahan mengenai Shopee Seller Center, muat naik produk beserta sesi fotografi dan mengedit gambar kedai secara atas talian. Kelas hari ini dijalankan bagi membantu peserta membina kedai di Shopee sebelum memulakan sesi jual beli. Petugas turut mengambil kesempatan menyampaikan Advokasi SKMM melalui Kempen Berita Palsu seperti yang diuar-uarkan oleh pihak SKMM.

 

Gambar disini

Tarikh  : 19 Julai 2020 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Membantu peserta menyiapkan latihan bahasa inggers disamping memperkenalkan penggunaan Whatsapp web di komputer bagi memudahkan urusan memuat turun latihan-latihan serta menjawab soalan menggunakan google sheet. Tujuan yang lain juga adalah untuk memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

 

Aktiviti:

Peserta dilatih menggunakan Whatsapp web bagi memudahkan urusan untuk memuat turun latihan-latihan yang diberi oleh guru. Petugas turut melatih peserta mengenai kaedah memuat turun gambar serta dokumen dan mencetak dokumen berkenaan. Peserta turut dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ini dalam kalangan pelajar sekolah. Petugas juga melakukan perkongsian mengenai isu buli siber yang sering terjadi dalam kalangan remaja sekolah.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 24 Julai 2020 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 2 orang

 

Tujuan:

Membantu peserta mendaftar akaun SSM secara atas talian disamping meningkatkan kemahiran komputer dalam kalangan usahawan.

 

Aktiviti:

Peserta dilatih membuka akaun email bagi memudahkan urusan pendaftaran SMM. Peserta membuka akaun SSM di Pusat Internet dengan bantuan petugas. Peserta perlu menyediakan dokumen berkaitan bagi memudahkan proses pendaftaran dijalankan. Petugas turut mengambil peluang menyampaikan Advokasi SKMM melalui kempen ‘Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’. Kempen ini bertujuan mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.

 

Gambar disini

Tarikh  : 17 Julai 2020 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 7 orang

 

Tujuan:

Program ini dijalankan bagi membantu golongan ibu bapa untuk mendaftar pelajar tahun 1 sesi 2021/2022 secara atas talian disamping melatih peserta tentang perbankan atas talian atau dikenali sebagai Internet Banking. Seterusnya memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti dan meningkatkan kesedaran dalam diri peserta mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa.

 

Aktiviti:

Para ibu bapa telah dilatih mengenai sistem e-kerajaan melalui laman web public.moe.gov.my dalam pengisian data pelajar tahun 1 secara atas talian. Petugas turut mengambil kesempatan dengan melatih peserta mengenai perbankan atas talian melalui laman web bank yang berkaitan. Peserta turut dilatih mengenai My Shop melalui aplikasi Dashboard Komuniti. Ini bagi mengalakkan aktiviti jual beli dijalankan. Sepanjang program berlangsung petugas turut menekankan mengenai Advokasi SKMM menerusi jenayah siber penyebaran maklumat palsu yang kerap terjadi dalam kalangan pengguna media sosial terutama sekali sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

 

Gambar disini