Tarikh  : 23 Oktober 2020 (Jumaat)
Masa    : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 24 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan peserta disamping menggalakkan penglibatan golongan dewasa dalam aktiviti di Pusat Internet.

 

Aktiviti:

Program ini diadakan bagi membantu peserta yang kurang mahir membuat kemasukan data ke dalam sistem e-kerajaan seperti HRMIS. Seramai 24 orang peserta telah terlibat dalam latihan ini. Peserta dibahagikan kepada 3 sesi bagi pematuhan SOP penjarakan fizikal yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sistem Dashboard Komuniti melalui aplikasi My Shop. Petugas juga telah menghebahkan program advokasi SKMM dibawah inisiatif Klik Dengan Bijak.

 

Gambar disini

Tarikh  : 22 Oktober 2020 (Khamis)
Masa    : 8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 26 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan jalinan kerjasama antara Pusat Internet dan agensi-agensi berkaitan dalam membudayakan penggunaan teknologi ICT. Disamping itu, meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan peserta. Petugas juga memperkenalkan sistem Dashboard Komuniti dan Advokasi SKMM kepada setiap peserta.

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu kakitangan kerajaan mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem HRMIS. Seramai 26 orang peserta telah terlibat dalam latihan ini. Peserta dibahagikan kepada 3 sesi bagi mematuhi SOP penjarakan sosial selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Peserta turut diperkenalkan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti. Petugas turut menyampaikan advokasi SKMM melalui bahan cetakan dan juga tayangan video kesedaran di bawah tajuk berita palsu. Para peserta turut diperkenalkan mengenai portal Sebenarnya.my bagi menyemak kesahihan sesuatu cerita yang tersebar.

 

Gambar disini

Tarikh  : 16 Oktober 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendidikkan kepada pengguna mengenai keselamatan alatan telekomunikasi serta menggalakkan komuniti menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Seterusnya, menarik minat peserta dalam dunia keusahawanan sejak dari usia muda lagi.

 

Aktiviti:

Para peserta mendengar taklimat yang disampaikan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti dan penekanan mengenai komponen-kompenan yang terdapat di dalam aplikasi berkenaan. Petugas turut menyampaikan taklimat advokasi SKMM dibawah tajuk Mobile eWaste dan Check Your Label. Seterusnya, latihan keusahawaan dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada generasi muda mengenai makanan sejuk beku. Program ini turut membantu peserta menjana idea perniagaan melalui saluran Youtube dan internet. Program ini membantu peserta menambah kemahiran pembuatan donut dan cara memasarkannya disamping mempelbagaikan sumber pendapatan masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 17 Oktober 2020 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kesedaran dalam diri peserta mengenai keburukan menyalahgunakan internet serta isu berkaitan pengantunan dalam talian. Seterusya, mengalakan pelajar sekolah terlibat dengan aktiviti e-pembelajaran di Pusat Internet.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu pelajar tingkatan 5 menyediakan satu kertas kerja perniagaan dengan dibantu oleh petugas Pusat Internet. Peserta dilatih menggunakan Microsoft Words dan Excel bagi menyediakan kertas kerja berkenaan. Para peserta turut dilatih menggunakan aplikasi atas talian iaitu Canva bagi menghasilkan poster/iklan produk yang menarik. Peserta turut membuka aplikasi Dashboard Komuniti bagi melihat produk-produk jualan yang dijual oleh usahawan secara atas talian. Petugas turut mengambil inisiatif menyampaikan advokasi SKMM dibawah tajuk pengantunan dalam talian. Tajuk ini dipilih bertujuan memberi kesedaran kepada peserta agar lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat diri dan sebagainya di akaun media sosial masing-masing.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 10 Oktober 2020 (Ahad)
Masa    : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Menarik minat peserta untuk belajar di Pusat Internet dengan menggunakan laman web e-pembelajaran yang disediakan secara atas talian disamping memberi pendedahan kepada para peserta agar sentiasa bertanggungjawab terhadap apa jua maklumat yang disebarkan.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi meningkatkan penguasaan peserta dalam subjek Bahasa Melayu disamping mengisi waktu cuti sekolah dengan aktiviti ulang kaji di PI Kuala Klawang. Peserta perlu menjawab kesemua soalan yang telah disediakan oleh petugas dalam tempoh masa yang ditetapkan. Peserta turut mendengar taklimat mengenai modul Klik Dengan Bijak. Para peserta diberi pendedahan mengenai jenayah siber yang berlaku tanpa mereka sedar seperti penyebaran berita palsu, buli siber dan sebagainya. Peserta juga perlu menjawab soalan kuiz yang telah disediakanoleh petugas berkaitan dengan advokasi SKMM.

 

Gambar disini