Tarikh  : 17 Disember 2020 (Rabu)
Masa    : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

  • Membantu komuniti sekitar mengisi Banci 2020 secara atas talian serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber, berita palsu, penipuan kewangan dan terlebih kongsi maklumat (oversharing).  

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu komuniti mengisi Banci 2020 secara atas talian yang bakal tamat pada 21 Disember 2020. Peserta dilatih mencipta akaun emel bagi kegunaan pendaftaran akaun e-Cencus. Petugas juga membantu peserta mengisi maklumat yang diperlukan dalam banci berkenaan. Peserta turut dilatih mencetak dokumen yang telah di isi bagi simpanan masing-masing. Petugas mengambil peluang menyampaikan taklimat ringkas berkaitan advokasi SKMM di bawah tajuk Klik Dengan Bijak melalui laman web Klik Dengan Bijak.

 

Gambar disini

Tarikh  : 14 Disember 2020 (Isnin)
Masa    : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Membantu komuniti sekitar mengisi Banci 2020 secara atas talian disamping meningkatkan kesedaran komuniti mengenai ancaman siber yang kerap terjadi iaitu penipuan kewangan (scam).

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu staf JKR Jelebu melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia yang ke-6 pada tahun 2020. Banci Fasa Kedua secara bersemuka yang dirancang akan diadakan pada 7 hingga 24 Oktober 2020 terpaksa dijadualkan semula kepada 20 Januari 2021 hingga 6 Februari 2021 berikutan peningkatan semula kes Covid-19. Pelaksanaan banci atas talian telah diteruskan sehingga 21 Disember 2020. PIK Kuala Klawang telah mengambil inisiatif melaksanakan program ini dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Petugas turut menjalankan sesi taklimat ringkas mengenai advokasi SKMM dibawah tajuk penipuan kewangan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 12 Disember 2020 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Melahirkan pengguna yang bijak internet dan memberi pendidikan kepada pengguna internet sejak dari kecil lagi serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengitar semula dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan kreativiti peserta dalam mengguna semula kertas dan kotak terpakai.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai advokasi SKMM iaitu jenayah buli siber yang kerap dilaporkan pada masa kini. Seterusnya, peserta turut dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti melalui hebahan di My Komuniti. Peserta turut didedahkan mengenai Three R’s Activities iaitu ‘Reduce, Reuse, Recycle’. Peserta dilatih menggunakan sisa barang terpakai dalam menghasilkan diy lampu tidur. Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat mengitar semula barangan melalui kaedah yang menarik.

 

Gambar disini

Tarikh  : 13 Disember 2020 (Ahad)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran fotografi dalam kalangan peserta disamping memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan memeriksa label pada peralatan yang dibeli seperti telefon bimbit dan kepentingan melupuskan alatan komunikasi yang telah rosak dengan kaedah.yang betul.

 

Aktiviti:

Petugas menerangkan kepada peserta tentang FotoFuze kepada peserta serta tutorial menggunakan FotoFuze. Selepas penerangan, peserta diminta melakukan praktikal dengan menggunakan aplikasi (FotoFuze) berkenaan. Peserta dilatih menggunakan setiap tools yang disediakan dalam aplikasi ini. Petugas turut mengambil peluang menyampaikan Advokasi SKMM bagi meningkatkan kesedaran dalam diri peserta terutama generasi mengenai gajet yang digunakan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 11 Disember 2020 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dalam kalangan peserta serta meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan poster secara atas talian.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu peserta agar lebih mahir dalam menghasilkan poster secara atas talian. Peserta dilatih menggunakan aplikasi Canva. Peserta perlu meyediakan poster berdasarkan tema yang diberikan oleh petugas. Penggunaan internet yang berhemah mampu mengawal selia kendiri peserta agar tidak menyalahgunakan peranan dan fungsi kegunaan internet yang sebenar.

 

Gambar disini