Tarikh   : 14 Mac 2021 (Ahad)
Masa     : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk menguar-uarkan Portal SEBENARNYA.MY bagi menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, untuk memastikan masyarakat menerima berita yang benar-benar sahih , untuk menyampaikan ilmu asas tentang membina logo produk bagi tujuan pengiklanan perniagaan serta untuk memudahkan pelanggan mengenalpasti produk jualan para usahawan tersebut

 

Aktiviti :

Petugas mengambil peluang untuk memperkenalkan laman sesawang https://sebenarnya.my kepada para peserta. Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan. Pengguna laman sesawang juga boleh merujuk portal sebenarnya.my sekiranya mereka ragu-ragu dengan sebarang laman web kerana portal itu dibangunkan bagi menangani masalah penularan berita palsu di negara ini. Seterusnya, peserta didedahkan dengan ilmu keusahawanan iaitu asas penciptaan logo produk secara atas talian dan dapat ianya dapat diakses secara percuma. Laman sesawang: https://labeley.com ini sangat mudah digunakan dan peserta dapat membuat pelbagai rekaan grafik yang menarik bagi setiap ciptaan logo yang dihasilkan dan sesuai dengan kegunaan pelbagai peringkat umur. Laman sesawang Dashboard Komuniti:   http://dashboard.pjk.com.my/#/home/myshop/site-products adalah salah satu platform untuk peserta mengemaskini profil perniagaan dengan memuat naik rekaan logo yang terkini.

 

Gambar disini

Tarikh   : 13 Mac 2021 (Sabtu)
Masa     : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 7 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran kepada pengguna supaya tidak membeli peralatan komunikasi yang palsu/ klon/ terlarang/ tiada label MCMC, untuk menjamin keselamatan pengguna dalam menggunakan peralatan komunikasi serta untuk memberi latihan asas keusahawanan dalam penghasilan video promosi

 

Aktiviti :

Check Your Label (CYL) adalah kempen untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah. Kempen ini juga bertujuan mendidik pengguna mengenai kaedah untuk menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Peserta melayari laman sesawang https://cyl.mcmc.gov.my/BM/home.aspx untuk pemahaman yang lebih lanjut lagi. Seterusnya, aktiviti pembikinan video bertemakan gubahan kreatif dijalankan. Peserta telah mencipta dan menyusun storyboard  terlebih dahulu bagi memudahhkan proses merakam video.  Hanya menggunakan telefon pintar dan barangan terpakai sahaja, peserta telah berjaya menghasilkan video yang menarik dan kreatif. Peserta hanya menggunakan aplikasi atas talian sahaja untuk menyunting video tersebut. Peserta telah memuat naik video tersebut ke laman Facebook. Petugas telah membantu semasa proses mengambil video dan menyunting video bagi mempercepatkan proses suntingan dan muat naik video tersebut.

 

Gambar disini

Tarikh  : 09 Mac 2021 (Selasa)
Masa    : 02.30 petang – 04.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 3 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memupuk kesedaran kepada peserta dalam penggunaan kandungan internet secara beretika dan berhemah di kalangan masyarakat serta untuk membantu peserta dalam pengisian butiran dalam i-Sinar secara atas talian.

 

Aktiviti:

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Pengamalan budaya Klik Dengan Bijak serba sedikit memberi panduan kepada para pengguna dalam menggunakan internet secara positif. Seterusnya, petugas membantu peserta untuk mengisi butiran maklumat peribadi di laman sesawang https://isinar.kwsp.gov.my. Peserta adalah dalam kategori permohonan baharu. Selain itu, peserta turut diajar untuk membuat semakan jika permohonan telah diluluskan melalui telefon pintar.

 

Gambar disini

Tarikh  : 12 Mac 2021 (Jumaat)
Masa    : 02.30 petang – 05.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk membudayakan amalan berkongsi apabila perlu sahaja, untuk mendidik pengguna internet agar tidak mendedahkan perkara peribadi kepada umum serta untuk memberi input tentang penggunaan Google Slide secara offline dan online bagi membuat interaktif slaid.

 

Aktiviti:

Pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) seperti Klik Dengan Bijak: Terlebih Kongsi di laman sesawang https://www.facebook.com/klikdenganbijak/videos/program-bicara-klik-dengan-bijak-siri-02-tajuk-terlebih-kongsi-hilang-privasi/635239707400419/ ini bertujuan untuk menerapkan amalan berhati-hati dalam kalangan masyarakat apabila memuat naik sesuatu maklumat sama ada hal peribadi atau sebagainya di laman media sosial bagi mengelakkan pengguna internet terjebak menjadi mangsa jenayah siber mahupun jenayah secara fizikal. Penerapan nilai-nilai murni dapat membantu peserta untuk lebih bijak dalam membuat perkongsian di pelbagai platform laman sesawang internet. Seterusnya, petugas berkongsi ilmu berkaitan penghasilan slaid persembahan menggunakan Google Slides. Aplikasi ini boleh digunakan secara offline ataupun Online dan juga aplikasi ini tersedia untuk aplikasi web, aplikasi telefon mudah alih serta aplikasi Desktop. Penggunaan Google Slides ini membantu peserta dalam penyuntingan dan perkongsian dokumen dengan orang lain serta memudahkan pengguna untuk menggunakan aplikasi ini dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Sesi soal jawab turut diadakan bagi peserta yang kurang memahami fungsi-fungsi penggunaan serta tools yang bersesuaian semasa menyunting dokumen.

 

Gambar disini

Tarikh  : 09 Mac 2021 (Selasa)
Masa    : 09.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna tentang pentingnya membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab serta untuk membantu peserta membuat resume yang baik dan ringkas.

 

Aktiviti:

Petugas berkongsi dan memberi serba sedikit penerangan  berkenaan kempen Klik Dengan Bijak di laman sesawang  http://www.klikdenganbijak.my/Utama.aspx. Seterusnya, peserta membuat resume dengan hanya menggunakan Microsoft Word berpandukan contoh-contoh template di internet. Petugas membantu dalam menyusun atur resume dan memberi serba sedikit panduan dalam menggunakan tools yang terdapat dalam Words. Selain itu, peserta turut menggunakan platform Youtube bagi mendapatkan gambaran kasar bagaimana proses membuat resume yang baik, ringkas dan padat serta memenuhi kriteria-kriteria yang diperlukan oleh majikan.

 

Gambar disini