Tarikh   : 7 April 2021 (Rabu)
Masa     : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

  • Memberi kesedaran bahawa golongan kanak-kanak dan remaja sering menjadi mangsa antun ini, memberi pendedahan dalam mengenal pasti pemangsa ini serta mengawal penggunaan teknologi di kalangan kanak-kanak serta memperkenalkan platform perkhidmatan digital Tabung Haji serta membantu dalam membuat pendaftaran kali pertama

 

Aktiviti :

Dalam konteks dunia jenayah maya, Online Grooming atau penyantunan dalam talian, ia bermaksud pemangsa mencari mangsa untuk dijadikan mangsa jenayah seksual terutamanya golongan kanak-kanak. Perlahan-lahan kanak-kanak itu diajar untuk membuang rasa malu dan menganggap suatu perlakuan itu adalah normal dan tidak salah, walhal ia sebenarya suatu kesalahan dan tidak wajar dilakukan sama sekali. Petugas membantu peserta dengan menyediakan informasi yang berkaitan masalah hubungan dalam talian ini supaya perkara ini terjadi kepada kanak-kanak. Selalunya pemangsaan ini berlaku dengan telefon pintar dan tugas golongan dewasa dalam mengecam antun atau perkara yang mencurigakan jika terjadi pada kanak-kanak tersebut. Seterusnya, petugas memperkenalkan THiJARI iaitu sebuah rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji yang mula beroperasi setahun yang lepas. Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji seperti semakan akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang, perkhidmatan Haji dan Kelab TaHa secara dalam talian kepada pelanggan Tabung Haji. Laman sesawang www.thijari.com.my boleh diakses di komputer dan telefon pintar. Cara pendaftaran sangat mudah dan hanya memerlukan pengguna memasukkan butiran maklumat peribadi dan akaun Tabung Haji sahaja. Platform ini dapat memudahkan pengguna tanpa perlu pergi ke kaunter. Ruang soal jawab turut dibuka bagi membantu peserta yang kurang memahami kaedah pengisian secara atas talian ini.

Gambar disini

Tarikh   : 6 April 2021 (Selasa)
Masa     : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran kepada pengguna agar menjaga keselamatan diri semasa melayari internet, untuk mengawal selia kendiri pengguna internet dalam penggunaan bahasa yang baik dan sebarkan maklumat dari sumber yang sahih serta untuk membantu peserta dalam membuat pendaftaran murid tahun 1 secara atas talian

 

Aktiviti :

Peserta telah didedahkan dengan panduan keselamatan melayari internet. Dalam komponen ini, peserta perlu mengawal tingkah laku serta menjaga keperibadian ketika melayari internet. Amalan kawal selia kendiri dan berinteraksi secara berhemah dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku seperti buli siber, penipuan kewangan dan sebagainya. Seterusnya, petugas membantu peserta dalam mengisi maklumat berkaitan murid di laman sesawang https://public.moe.gov.my. Perkhidmatan ini juga  membolehkan pengemaskinian maklumat profil anak dan ibu bapa/ penjaga bagi anak yang sudah bersekolah serta ibu bapa/ penjaga boleh memantau kehadiran anak-anak ke sekolah. Selain itu, peserta turut diajar untuk membuka akaun Gmail bagi kemudahan menerima dan menyimpan maklumat secara atas talian.

 

Gambar disini

Tarikh   : 20 Mac 2021 (Sabtu)
Masa     : 9 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 2 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran tentang kesan pembuangan e-sisa elektronik secara tidak terkawal serta mengikuti pembelajaran asas rekaan permainan mobile, peralatan sokongan, demonstrasi dan lain-lain secara atas talian

 

Aktiviti :

Peserta diperkenalkan dengan penggunaan kotak pengumpulan e-sisa mudah alih yang terdapat di Pusat Internet Komuniti. Antara barang-barang yang boleh dilupuskan adalah peranti mudah alih terpakai, bateri terpakai serta aksesori terpakai. Selain itu, peserta turut melayari laman sesawang https://mobileewaste.mcmc.gov.my bagi menambahkan lagi pemahaman peserta. Seterusnya, peserta mengikuti kelas secara atas talian iaitu Zoom Meeting. Pihak Innovative Learning Network (ILN) telah mengadakan Kelas Online Berbayar bagi memberi kemudahan kepada komuniti setempat untuk mendapatkan serta meningkatkan kemahiran ICT. Selain itu, peserta dapat menambahkan lagi pengetahuan dalam mendalami selok-belok dunia permainan atas talian ini. Pendedahan ilmu seperti Game Design, Graphic Design Editing, Audio Editing, Effect and Animation Insertion, 3D model, Programming dan UI Design memberi gambaran dan idea kepada peserta tentang pembuatan permainan mobile ini.

Gambar disini

Tarikh   : 2 April 2021 (Rabu)
Masa     : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik pengguna agar tidak menyebarkan maklumat palsu, untuk menanamkan sifat kebertanggungjawaban dalam penggunaan internet serta untuk memberi panduan asas dan kaedah-kaedah yang digunapakai untuk menjana pendapatan melalui saluran YouTube

 

Aktiviti :

YouTube telah menjadi platform video yang sangat berjaya sejak sedekad lepas. Ramai yang memilih YouTube sebagai salah satu sumber menjana pendapatan sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Sebelum latihan keusahawanan dimulakan, petugas telah berkongsi pautan video Klik Dengan Bijak: Jangan kongsi kebohongan  https://www.youtube.com/watch?v=U8Rqlcu1rFM. Advokasi SKMM ini diharap dapat memberi didikan secara langsung kepada peserta dalam menggunakan internet secara berhemah dan berintegriti serta memberi atau berkongsi sesuatu maklumat secara sahih dan tepat. Seterusnya, petugas memberi input bagaimana untuk membuka akaun Gmail terlebih dahulu. Selepas itu, petugas berkongsi cara-cara membuat saluran YouTube. Sebelum peserta menghasilkan dan memuat naik video, peserta perlu mengetahui sasaran penonton dan topik atau kandungan video yang bersesuaian serta sentiasa konsisten dalam menghasilkan video yang berkualiti. Sesi soal jawab diadakan bagi peserta yang kurang memahami langkah-langkah dalam mencipta akaun YouTube.

Gambar disini


Tarikh   : 18 Mac 2021 (Khamis)
Masa     : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

  • Untuk mendidik peserta supaya bijak dengan menyelidik maklumat tersebut terlebih dahulu jika terdapat keraguan, untuk mengelakkan pengguna dari menjadi mangsa penipuan di internet serta untuk membina jata diri negara dalam diri serta mengangkat seni tulisan jawi sebagai warisan negara

 

Aktiviti :

Menjadi mangsa penipuan internet boleh menjadi pengalaman yang sangat buruk. Tambah memburukkan lagi keadaan, Malaysia juga secara beransur-ansur menjadi hab global untuk menjalankan penipuan internet. Perkara ini tidak menghairankan kerana penipu tertarik dengan proses permohonan visa, pembukaan akaun bank dan pemindahan wang yang sangat mudah di negara kita. Jadi, advokasi SKMM ini telah sedikit sebanyak membantu para pengguna supaya lebih berwaspada dalam berkongsi pelbagai maklumat peribadi di internet bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan internet. Laman http://www.klikdenganbijak.my/Utama.aspx ini turut diperkenalkan kepada para peserta dalam memberi informasi terkini tentang kempen ini. Seterusnya, petugas berkongsi pautan https://www.lexilogos.com/keyboard/jawi.htm dan jawigram bot di Telegram bagi pembelajaran ejaan dan tulisan jawi secara atas talian. Laman sesawang ini sangat membantu peserta untuk mengenal huruf-huruf jawi dan sangat membantu dalam memahami pelajaran KAFA dan Pendidikan Islam. Peserta turut mengajukan soalan kepada petugas berkaitan fungsi-fungsi penggunaan yang kurang difahami

 

Gambar disini