Tarikh  : 22 Mei 2021 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 01.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti 'bercakap benar', 'bijak menilai', 'beringat bila bercakap' serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengitar semula dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan kreativiti peserta dalam mengguna semula kertas dan kotak terpakai

 

Aktiviti:

Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong adalah satu kempen yang diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti di seluruh Malaysia. Kempen ini merupakan kesinambungan kempen terdahulu dan berdasarkan perkembangan semasa berkaitan usaha kerajaan Memerangi Berita Palsu. Petugas berkongsi risalah-risalah berkaitan kempen berita palsu kepada peserta dan memberi sedikit penerangan ringkas mengenai program ini. Seterusnya, peserta menjalankan kelas 3R: Projek Sains. Peserta telah didedahkan mengenai Three R’s Activities iaitu ‘Reduce, Reuse, Recycle’. Peserta dilatih menggunakan sisa barang terpakai dalam menghasilkan projek Sains tersebut. Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat mengitar semula barangan melalui kaedah yang menarik. Untuk mendapatkan idea untuk membina prototaip mikroorganisama tersebut, peserta turut menggunakan platform Youtube bagi menjana idea dan melancarkan proses pembuatan projek tersebut.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 19 Mei 2021 (Rabu)
Masa    : 10.00 pagi – 01.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

  • Untuk meningkatkan tahap kesedaran para peserta supaya lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di alam maya, untuk mendidik peserta supaya lebih bijak internet dan minda yang lebih terbuka serta untuk membantu peserta dalam menghasilkan slogan perniagaan yang kreatif dan unik.

 

Aktiviti:

Lebih banyak yang anda kongsi, lebih tinggi risiko yang anda akan hadapi! Banyak pengajaran yang terkandung dalam video pendek Klik Dengan Bijak: Berkongsi Secara Berlebihan yang dikongsikan oleh petugas di pautan https://www.youtube.com/watch?v=XjpZjPZlMBU. Banyak akibat dan kesannya jika semua perkara dikongsikan di media sosial. Advokasi SKMM ini telah meningkatkan tahap kesedaran para peserta supaya lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian di alam maya selain mendidik peserta supaya lebih bijak internet dan minda yang lebih terbuka. Seterusnya, petugas turut berkongsi idea untuk penjanaan slogan perniagaan yang kreatif dan unik. Peserta perlu membuat sedikit kajian terhadap jenama-jenama yang terkemuka seperti Nike (Just Do It), Apple (Think Different), KFC (Finger Lickin’ Good) dan sebagainya dalam mencari inspirasi untuk membuat slogan perniagaan sendiri. Laman sesawang https://www.shopify.my/tools/slogan-maker sangat membantu para peserta dalam proses membina idea ini bagi menarik minat lebih ramai pelanggan. Hanya memasukkan beberapa patah perkataan dan pelbagai pilihan cadangan slogan yang terbaik akan dipaparkan. Selepas itu, peserta turut diajar menggunakan aplikasi atas talian iaitu https://www.canva.com/create/quote-posters/ bagi memaparkan slogan yang direka dalam template bergambar.  

 

Gambar disini

Tarikh   : 10 Mei 2021 (Isnin)
Masa     : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 15 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran bahawa ibu bapa dan anak-anak memainkan peranan dalam kawal selia kendiri dalam penggunaan internet, untuk meningkatkan kesedaran kepada pengguna supaya beretika dalam melayari internet sera untuk membina komuniti yang kreatif dan inovatif serta menerapkan asas ilmu keusahawanan kepada peserta

 

Aktiviti :

Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan inisiatif keselamatan internet dalam mempromosikan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan 3 teras; Selamat, Waspada dan Tanggungjawab. Dengan menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara, program ini merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Untuk merealisasikan matlamat ini, pengawasan ibu bapa dalam mendidik anak supaya berhemah ketika melayari internet adalah wajar dan seiring objektif teras bagi melahirkan warga net yang bertanggungjawab dan beretika. Anak-anak juga harus memainkan peranan selain dari ibu bapa itu sendiri. Seterusnya, kelas reka bentuk kad digital dengan Power Point dijalankan. Petugas berkongsi pautan video Youtube dari saluran Cikgu Murni.  Video tutorial ini memberi panduan kepada pemula untuk membuat kad digital menggunakan Microsoft Office sahaja. Pelbagai teknik yang mudah diajar dalam menghasilkan kad digital ini seperti penggunaan Word Art, Font Style, Picture Insertion, Animation, Export Picture to Video dan lain-lain. Melalui pembelajaran ini, secara tidak langsung memberi pelajaran asas kemahiran keusahawanan kepada para peserta terutamanya dalam menghasilkan kandungan promosi produk dengan idea yang tersendiri dan kreatif.

Gambar disini

Tarikh   : 17 Mei 2021 (Isnin)
Masa     : 10.00 petang – 12.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

  • Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai interaksi dan perkongsian dalam talian secara berhemah dan beretika, untuk mendidik peserta supaya mengakses internet secara selamat serta membantu komuniti sekitar mengisi Banci 2020 secara atas talian

 

Aktiviti :

Petugas menerangkan konsep B.I.J.A.K dalam panduan keselamatan melayari internet. Petugas menerapkan amalan sikap berbudi bahasa dan menjaga keperibadian semasa melayari internet bagi menjamin keselamatan semasa penggunaan internet seterusnya melahirkan warga net yang lebih bertanggunjawab. Peserta yang terlibat dengan e-Census ini adalah pengguna baharu. Banci merupakan peluang yang diberikan oleh kerajaan setiap 10 tahun sekali kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menyatakan keperluan yang diperlukan sama ada dari segi kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, capaian internet sehinggalah ke kemudahan awam seperti jalan raya, rekreasi, bekalan air dan elektrik. Banci Malaysia 2020 ini meliputi semua penduduk di Malaysia termasuk semua etnik minoriti dan peringkat umur. Banci 2020 telah dilanjutkan sehingga Jun 2021 dan boleh isi secara atas talian atau pilih kaedah bersemuka. Banci secara atas talian merupakan kaedah yang paling mudah. Hanya perlu ke laman web e-Census: https://ecensus.mycensus.gov.my/landing dan isi semua soalan dan juga perincian yang diminta. Kaedah atas talian disediakan bertujuan untuk memudahkan proses mengumpul data oleh pihak DOSM berikutan pandemik Covid-19 yang melanda. Petugas membantu peserta bagi membuat pra-pendaftaran e-Census untuk mendapatkan Invitation Code. Selepas itu, peserta perlu membuat pendaftaran kali pertama bagi responden yang telah menerima Invitation Code melalui poskad atau e-mel dan peserta perlu melengkapkan borang tersebut bagi setiap isi rumah yang didaftarkan.

Gambar disini

Tarikh   : 7 Mei 2021 (Jumaat)
Masa     : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 7 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi makluman kepada peserta berkenaan platform rasmi Sebenarnya.my, untuk mendidik peserta supaya bijak dalam penggunaan internet serta membantu peserta dalam membuat serta mengemaskini permohonan SPA9

 

Aktiviti :

SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Dengan adanya aplikasi ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan. Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) adalah adalah portal rasmi dalam menjawab soalan peperiksaan awam serta membuat permohonan kerja kerajaan secara atas talian. Peserta yang terlibat adalah dari calon panggilan peperiksaan bagi jawatan gred 29. Petugas membantu peserta untuk menyemak pautan di emel peserta sebelum memulakan peperiksaan. Peserta juga mengemaskini profil dan permohonan jawatan kosong dalam laman SPA9 ini serta mencetak keluar salinan permohonan tersebut dengan bantuan petugas PIK.

Gambar disini