Tarikh  : 21 Ogos 2021 (Sabtu)
Masa    : 11.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 1 orang

Tujuan :

Untuk mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di PIK kepada komuniti dan kelebihan menjadi ahli Pusat Internet Komuniti

Aktiviti :

Pertandingan tersebut diadakan bagi menonjolkan kepetahan para pelajar berhujah dan mempertahankan idea mereka melalui aplikasi Zoom. Matlamat utama pertandingan itu adalah untuk membudayakan pengucapan awam selain memupuk keupayaan berfikir secara kritis pelajar-pelajar tentang isu-isu semasa melalui perbincangan perbahasaan, kajian dan menganalisis fakta sahih dan benar serta memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Peserta ini telah menggunakan perkhidmatan internet di PIK Kuala Klawang bagi memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar tanpa gangguan kestabilan internet dan beliau sangat berpuas hati semasa menggunakan perkhidmatan disini.

 Gambar disini

Tarikh  : 21 Ogos 2021 (Sabtu)
Masa    : 11.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 2 orang

Tujuan :

  • Menawarkan pendidikan alaf baru yang telah diperkasakan dengan datangnya norma baru bagi kemudahan komuniti setempat, Pusat Internet Komuniti bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen secara atas talian dengan harga yang berpatutan, mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di PIK Kuala Klawang, memberikan perkhidmatan E-Tuisyen kepada para pelajar bagi mengukuhkan tahap pemahaman di luar kelas serta untuk memberikan kelebihan dan kebaikan kepada komuniti luar bandar terutama sekali pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendapatkan kelas tambahan yang berkualiti dalam subjek-subjek yang terpilih

Aktiviti :

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada pelajar yang terlibat mengenai e-Tuisyen dan sesi pembelajaran adalah menggunakan Aplikasi Zoom Meeting. Petugas memberi tunjuk ajar dan penerangan cara-cara untuk menggunakan Aplikasi Zoom Meeting serta  menyediakan nota kelas sebagai rujukan dan latihan kepada pelajar yang terlibat. Petugas telah membuat pemantauan sepanjang kelas e-Tuisyen ini berlangsung di PIK. Bagi peserta yang menjalankan sesi e-Tuisyen di rumah, petugas turut mendapatkan maklum balas jika ada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar semasa sesi kelas atas talian berlangsung.

Gambar disini

Tarikh  : 17 Ogos 2021 (Selasa)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan memeriksa label MCMC bagi menjamin keselamatan pengguna, serta untuk membantu peserta dalam mempromosikan produk dalam platform e-dagang Shopee disamping meningkatkan jualan perniagaan.

Aktiviti :

Label MCMC pada peralatan komunikasi tu sangat penting. Peralatan komunikasi tanpa label MCMC boleh menyebabkan gangguan kepada sambungan wayarles atau peralatan tidak berfungsi dengan sempurna, tetapi yang lebih membimbangkan sama ada ianya selamat untuk digunakan ataupun tidak. Inisiatif dari MCMC ini menyeru supaya masyarakat memeriksa label MCMC pada peralatan komunikasi terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Ada label, barulah selamat. Petugas berkongsi pautan https://www.youtube.com/watch?v=nFj5ssIxH-w dan video yang dipaparkan amat mudah difahami oleh semua golongan komuniti. Seterusnya, petugas turut membuat perkongsian mengenai Cara Buat Harga Voucher Shopee dan menjadikan pautan https://www.youtube.com/watch?v=acqyXFohYcI sebagai rujukan. Walaupun terdapat perubahan tetapan pada Shopee Seller Centre mengikut waktu semasa tetapi video yang dipaparkan tetap boleh menjadi asas panduan dalam membuat perubahan tetapan pada Shopee. Tujuan pembelajaran membuat baucer produk adalah mempromosikan produk yang terdapat dalam kedai Shopee. Selain dekorasi kedai yang cantik, tawaran istimewa daripada penjual seperti baucer dan diskaun yang baik mampu menarik minat pelanggan untuk membeli produk tersebut. Sesi soal jawab ringkas bagi membantu peserta untuk memahami video dengan lebih baik.

Gambar disini

Tarikh  : 18 Ogos 2021 (Rabu)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 3 orang

Tujuan :

  • Untuk memberi perkhidmatan yang lebih efisyen serta menjimatkan masa, kos dan bahan untuk komuniti, menjadikan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat perkhidmatan setempat serta untuk memperkasakan Pusat Internet Komuniti (PIK)

Aktiviti :

BLESS 2.0 adalah singkatan daripada Business Licensing Electronic Support System atau Sistem Pelesenan Perniagaan Malaysia.  BLESS adalah portal perkhidmatan secara atas talian yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan para peniaga yang ingin memulakan atau menjalankan perniagaan di Malaysia dengan  menyediakan sistem penghantaran secara atas talian bagi permohonan lesen/ kelulusan/ permit serta sistem pengesanan secara atas talian bagi mengesan status permohonan yang dibuat menerusi BLESS. EzBiz adalah pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membenarkan pengguna bagi melakukan pendaftaran baru, mendaftar perubahan, menamatkan perniagaan dan membeli maklumat perniagaan. Kedua-dua kaedah ini adalah cara alternatif "di kaunter" urus niaga yang mudah, cepat dan percuma serta ianya tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan mengakses laman sesawang https://bless2.bless.gov.my/bless2 dan  https://ezbiz.ssm.com.my .  Penggunaan internet yang meluas dalam urusan seharian terutamanya yang membabitkan agensi kerajaan telah membuka peluang petugas PIK dalam membantu komuniti menyelesaikan tugasan tersebut secara atas talian tanpa perlu ke pejabat berkenaan.

Gambar disini

Tarikh  : 15 Ogos 2021 (Ahad)
Masa    : 10.15 pagi – 3.00 petang