Tarikh  : 20 Oktober 2021 (Rabu)
Masa    : 3.00 petang– 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang  

Tujuan :

  • Untuk mendidik pengguna agar memelihara bumi dengan mengitar semula peranti elektronik yang telah rosak ke tempat yang sewajarnya serta untuk membantu peserta mempelajari kaedah pengurusan pengeposan barangan secara atas talian  

Aktiviti :

Peranti berasaskan sim seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, pengecas, aksesori telefon dan lain-lain lagi yang telah rosak atau tidak digunakan lagi boleh dikitar semula dan dihantar ke pusat pengumpulan Mobile e-Waste di mana-mana Pusat Intenet Komuniti di seluruh negara. Inisiatif ini dapat membantu dalam menyelamatkan bumi serta dapat memelihara kelestarian alam sekitar untuk masa hadapan. Mobile e-waste: Selamatkan Bumi, Kitar Semula Telefon Anda di laman https://www.youtube.com/watch?v=6CqPPZ7qDp0 adalah salah satu platform kempen kesedaran secara digital dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat. Seterusnya, petugas membuat perkongsian ringkas berkenaan Cara Mudah Pos Barang Menggunakan Apps J&T Express di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=O1ybJNQwT1I . Video ini secara ringkasnya menerangkan cara-cara penggunaan aplikasi J&T seperti cara buka akaun untuk pemula iaitu pendaftaran kali pertama, mengisi butiran pengirim serta penerima, maklumat barangan yang ingin dipos, kaedah pembayaran dan pengeposan bagi barang tersebut. Aplikasi ini telah mempercepatkan proses pengeposan barangan kerana hanya menggunakan QR code serta memudahkan urusan di kaunter dan menjimatkan masa jika perlu mengepos kuantiti barang yang banyak.

Gambar disini

Tarikh  : 17 Oktober 2021 (Ahad)
Masa    : 11.00 petang– 12.00 tengah hari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 1 orang 

Tujuan :

  • Menawarkan pendidikan alaf baru yang telah diperkasakan dengan datangnya norma baru bagi kemudahan komuniti setempat, Pusat Internet Komuniti bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen secara atas talian dengan harga yang berpatutan, mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di PIK Kuala Klawang, memberikan perkhidmatan E-Tuisyen kepada para pelajar bagi mengukuhkan tahap pemahaman di luar kelas serta untuk memberikan kelebihan dan kebaikan kepada komuniti luar bandar terutama sekali pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendapatkan kelas tambahan yang berkualiti dalam subjek-subjek yang terpilih

Aktiviti :

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada pelajar yang terlibat mengenai e-Tuisyen dan sesi pembelajaran adalah menggunakan Aplikasi Zoom Meeting. Petugas memberi tunjuk ajar dan penerangan cara-cara untuk menggunakan Aplikasi Zoom Meeting serta  menyediakan nota kelas sebagai rujukan dan latihan kepada pelajar yang terlibat. Petugas telah membuat pemantauan sepanjang kelas e-Tuisyen ini berlangsung di PIK. Bagi peserta yang menjalankan sesi e-Tuisyen di rumah, petugas turut mendapatkan maklum balas jika ada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar semasa sesi kelas atas talian berlangsung.

Gambar disini

Tarikh  : 10 Oktober 2021 (Ahad)
Masa    : 11.00 pagi– 12.00 tenagh hari

Tarikh  : 14 Oktober 2021 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang– 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang 

Tujuan :

  • Untuk mendidik peserta supaya memeriksa di portal rasmi Sebenarnya.my jika terdapat maklumat yang mencurigakan serta untuk membantu peserta dalam menjana idea persembahan sesuatu projek menggunakan kaedah OBS

Aktiviti :

Portal SEBENARNYA.MY adalah sebuah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak dan melapor berita yang tidak ditentusahkan, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain. Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan. Video di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=biJmJPsLeQA , saluran Youtube Klik Dengan Bijak mengandungi info ringkas tentang portal rasmi www.sebenarnya.my dan boleh diakses oleh semua pengguna. Seterusnya, petugas berkongsi ilmu asas tentang Power Point Video Presentation using OBS di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=e0WL4Pl6128 . Freeware OBS iaitu boleh dimuat turun secara percuma dan boleh digunakan untuk membuat video Youtube, merekod video dan Facebook Livestreaming. Antara panduan asas dalam kandungan video ini adalah memasukkan scene dengan kaedah Video Capture Device, memasukkan text, image, Power Point Slide dan lain-lain elemen lagi. Pembelajaran ini sangat sesuai untuk peserta untuk membuat persembahan produk serta memperkenalkan perniagaan kepada umum dengan cara yang lebih kreatif dan menarik perhatian orang ramai untuk menontonnya.

Gambar disini

Tarikh  : 05 Oktober 2021 (Rabu)
Masa    : 10.00 pagi– 1.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang

Tujuan :

  • Untuk memberi pengetahuan kepada peserta kesan-kesan penggunaan peranti tanpa semak label MCMC serta untuk membantu peserta meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan aplikasi secara atas talian bagi mempromosikan perniagaan dalam skala kecil.

Aktiviti :

Kempen Check Your Label Malaysia ini adalah untuk mendidik pengguna supaya sentiasa berhati-hati dalam membuat pembelian sebarang peranti baharu dengan memeriksa label MCMC terlebih dahulu. Penggunaan peralatan elektronik dalam kehidupan seharian seperti dalam aktiviti kesihatan, pengurusan rumah tangga, perniagaan atas talian, pekerjaan professional dan sebagainya memerlukan perhatian daripada pengguna supaya lebih peka dalam membuat pemeriksaan label MCMC sebelum membeli bagi menjamin tiada gangguan frekuensi dan kecekapan peranti semasa menggunakannya. Perkongsian video oleh petugas di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=r0aZ_4vqlZQ memudahkan pemahaman para peserta. Seterusnya, petugas berkongsi video ‘Cara Nak Buat E-Kad guna Canva’ di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=WTsQizYX25g . Bermula dari cara pemasangan aplikasi Canva dalam telefon pintar sehinggalah cara-cara membuatnya. Penggunaan template yang sedia ada sangat memudahkan pengguna mempraktikkan tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi dalam mereka cipta. Petugas membantu peserta dalam memberi pemahaman tentang cara-cara mengubah suai tulisan, gambar, meletakkan grafik dan sebagainya sesuai dengan konsep yang peserta inginkan. Kaedah ini sangat sesuai bagi usahawan yang menghargai pelanggan dengan memberi kad penghargaan secara elektronik disamping membuat promosi perniagaan dengan skala kecil dan berterusan.

Gambar disini