Tarikh  : 28 November 2021 (Ahad)
Masa    : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 1 orang

 

Tujuan:

  • Menawarkan pendidikan alaf baru yang telah diperkasakan dengan datangnya norma baru bagi kemudahan komuniti setempat, menjadikan Pusat Internet Komuniti bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen secara atas talian dengan harga yang berpatutan, untuk mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di PIK Kuala Klawang, untuk memberikan perkhidmatan E-Tuisyen kepada para pelajar bagi mengukuhkan tahap pemahaman di luar kelas serta untuk memberikan kelebihan dan kebaikan kepada komuniti luar bandar terutama sekali pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendapatkan kelas tambahan yang berkualiti dalam subjek-subjek yang terpilih.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada pelajar yang terlibat mengenai e-Tuisyen dan sesi pembelajaran adalah menggunakan Aplikasi Zoom Meeting. Petugas memberi tunjuk ajar dan penerangan cara-cara untuk menggunakan Aplikasi Zoom Meeting serta  menyediakan nota kelas sebagai rujukan dan latihan kepada pelajar yang terlibat. Petugas telah membuat pemantauan sepanjang kelas e-Tuisyen ini berlangsung di PIK. Bagi peserta yang menjalankan sesi e-Tuisyen di rumah, petugas turut mendapatkan maklum balas jika ada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar semasa sesi kelas atas talian berlangsung.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 25 November 2021 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pengguna agar lebih prihatin serta bertanggungjawab dalam mengendalikan sebarang penggunaan teknologi serta memperkenalkan sistem kurier lain yang boleh peserta pilih bagi melancarkan proses penghantaran barangan kepada pelanggan.

 

Aktiviti:

Kebergantungan teknologi sedia ada dalam menguruskan kehidupan seharian telah sedikit sebanyak mengundang pada kebocoran data peribadi seseorang. Perkongsian info di pautan https://www.youtube.com/watch?v=QJzCQihpcqM memberi pendedahan dan kesedaran kepada pengguna agar lebih prihatin serta bertanggungjawab dalam mengendalikan sebarang penggunaan teknologi bagi mengelakkan hak privasi pengguna dicerobohi oleh orang luar. Aplikasi telefon, media sosial, laptop/ komputer, kamera litar tertutup dan smart television adalah antara teknologi yang boleh digunakan oleh penggodam untuk melakukan pengintipan sebarang maklumat dan aktiviti yang pengguna lakukan. Adalah menjadi keperluan kepada pengguna supaya lebih berhati-hati dalam membuat perkongsian serta melakukan aktiviti siber yang selamat. Seterusnya, petugas berkongsi laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=ev8OZAXsHgs iaitu cara-cara untuk menggunakan sistem ABX untuk iRyder. Video ini menerangkan fungsi consignment iaitu memasukkan maklumat pelanggan dan syarikat serta proses My Shipment iaitu berkenaan label pengeposan. Kaedah ini sama seperti menggunakan sistem kurier yang lain dan ianya bergantung pada tahap efisien dan syarikat kurier yang ada di sekitar komuniti. Secara tidak langsung, usahawan secara atas talian mempunyai pelbagai pilihan kurier dalam mengepos barang pelanggan serta dapat menjalin kepercayaan pelanggan jika berpuas hati dengan perkhidmatan kurier pilihan peniaga.

Gambar disini

Tarikh  : 15 November 2021 (Isnin)
Masa    : 10.00 pagi– 1.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang  

 

Tujuan :

  • Untuk memberi pendedahan kepada pengguna agar menggunakan saluran yang betul dalam membuat aduan berkaitan komunikasi serta untuk membantu peserta dalam menjana pendapatan dalam bidang karya penulisan kreatif

 

Aktiviti :

MCMC Complaint Portal adalah medium platform kepada pengguna untuk membuat sebarang aduan berkaitan permasalahan telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan pos/ kurier, perkara berkaitan USP dan lain-lain ke agensi SKMM. Sistem Aduan MCMC, https://aduan.skmm.gov.my adalah salah satu inisiatif SKMM dengan menyediakan saluran komunikasi menerusi internet untuk kemudahan pengguna membuat aduan kepada Suruhanjaya mengenai isu berkaitan sektor komunikasi. Laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=i4Yy3zaJ8Mg ini menerangkan serba ringkas penggunaan portal aduan MCMC dan ianya sangat mudah untuk difahami. Perkongsian ilmu di pautan https://www.youtube.com/watch?v=yXCoiTq7E10 memberi sumbangan idea keusahawanan kepada peserta dalam menjadikan bidang penulisan sebagai salah satu sumber untuk menjana pendapatan sendiri. Pelbagai tips dan kaedah penulisan dikongsikan dalam video ini seperti proses mengenal pasti genre buku yang ingin dihasilkan, sasaran pembaca, jenis penerbitan, cara menggunakan word formatting, pemilihan gambar yang mempunyai resolusi tinggi dan sebagainya. Informasi yang diberikan dalam video memberi input yang sangat berguna bagi peserta yang meminati bidang penulisan dalam menggunakan saluran yang betul untuk menerbitkan hasil karya kepada umum.

Gambar disini

Tarikh  : 21 November 2021 (Ahad)
Masa    : 11.00 pagi– 12.00 tengah hari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 1 orang  

 

Tujuan :

  • Menawarkan pendidikan alaf baru yang telah diperkasakan dengan datangnya norma baru bagi kemudahan komuniti setempat, Pusat Internet Komuniti bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen secara atas talian dengan harga yang berpatutan, mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di PIK Kuala Klawang, memberikan perkhidmatan E-Tuisyen kepada para pelajar bagi mengukuhkan tahap pemahaman di luar kelas, serta untuk memberikan kelebihan dan kebaikan kepada komuniti luar bandar terutama sekali pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendapatkan kelas tambahan yang berkualiti dalam subjek-subjek yang terpilih

Aktiviti :

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada pelajar yang terlibat mengenai e-Tuisyen dan sesi pembelajaran adalah menggunakan Aplikasi Zoom Meeting. Petugas memberi tunjuk ajar dan penerangan cara-cara untuk menggunakan Aplikasi Zoom Meeting serta  menyediakan nota kelas sebagai rujukan dan latihan kepada pelajar yang terlibat. Petugas telah membuat pemantauan sepanjang kelas e-Tuisyen ini berlangsung di PIK. Bagi peserta yang menjalankan sesi e-Tuisyen di rumah, petugas turut mendapatkan maklum balas jika ada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar semasa sesi kelas atas talian berlangsung.

 Gambar disini

Tarikh  : 10 November 2021 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang– 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang  

 

Tujuan :

  • Untuk memberi pengetahuan kepada komuniti dan langkah-langkah pencegahan jenayah terhadap kanak-kanak serta untuk membina pelbagai kemahiran dari segi grafik dan animasi kepada peserta bagi tujuan mempromosikan produk serta perniagaan

 

Aktiviti :

Pautan https://www.youtube.com/watch?v=JjKG8unZctk ini memaparkan informasi berkenaan pengantunan dalam talian iaitu tindakan pemangsa bermesra dengan kanak-kanak atau mereka yang masih muda untuk tujuan jenayah termasuk seksual. Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) ini merupakan inisiatif keselamatan internet oleh SKMM dalam mempromosikan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan 3 teras; Selamat, Waspada dan Tanggungjawab. Dengan menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara, program ini merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab semua komuniti terutamanya golongan ibu bapa untuk melindungi anak-anak daripada menjadi mangsa kes pengantunan ini. Seterusnya, petugas berkongsi laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=rJX7Q_Nc3pc iaitu tutorial mudah untuk membuat animasi menggunakan aplikasi Flipaclip. Bermula dengan membuat lakaran kasar animasi, pengemasan watak dengan mengehadkan keyframe animation, proses pewarnaan dan sebagainya. Bagi peserta pemula akan merasa sedikit kekok untuk membiasakan diri menggunakannya. Pembelajaran ini sangat menarik untuk dipelajari terutamanya usahawan dalam memvariasikan kaedah promosi perniagaan dengan gaya yang lebih terkini dan sesuai untuk tatapan semua peringkat umur.

Gambar disini