Tarikh  : 11 Mei 2022 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa bahayanya buli siber dan kesan kepada mangsa serta mengajar dan memudahkan semua pihak dalam proses pembelajaran menggunakan komputer atau laptop di kalangan masyarakat

 

Aktiviti :

  • Perkongsian video dan lakonan dari pelajar Universiti Malaya di pautan https://www.youtube.com/watch?v=RNsOcYhKs78 ini menceritakan tentang bagaimana dengan sewenangnya masyarakat berkongsi maklumat orang lain dan terus mendapat kecaman. Mereka sesuka hati merendahkan orang lain dan menyakiti hati kawan yang tak bersalah. Hal ini mungkin nampak remeh, namun tidak bagi mangsa. Mungkin mangsa malu untuk berhadapan dengan orang lain dan paling teruk, boleh melukakan diri sendiri.Justeru itu, semua masyarakat harus lah berhemah dalam menggunakan media sosial. Jangan guna kearah keburukan serta pengenalan asas papan kekunci pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=orPH688r-i8 adalah video tutorial dari PEDi Kg Raja Bukit Kepong yang menerangkan tatacara menggunakan papan kekunci. Mungkin nampak remeh, namun ramai sebenarnya yang masih tidak tahu semua fungsi pada papan kekunci dan bagaimana cara menggunakannya dengan betul. Posisi menaip yang betul dan mana jari yang patut digunakan juga diajar disini. Penggunaan kekunci pintas juga turut diajar. Inilah antara ilmu penting yang dapat membantu pelajar dan juga pekerja yang rata-rata kini semuanya mengunakan komputer.

Gambar disini

Tarikh  : 6 Mei 2022 (Jumaat)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik masyarakat mengenai apa itu penyantunan kanak-kanak dan bagaimana ia boleh terjadi serta memberi tips-tips berguna menggunakan Zoom sama ada untuk pembelajaran atas talian atau perbincangan urusan kerja

 

Aktiviti :

ini menceritakan dengan terperinci mengenai apa itu penyantunan kanak-kanak , bagaimana ia boleh berlaku dan usia yang ditarget. Semua kanak-kanak berisiko menjadi mangsa pengantunan tidak kira agama,bangsa dan usia. Justeru itu, orang dewasa terutamanya ibu-bapa harus mendidik anak-anak cara menjaga diri dari menjadi mangsa serta pautan yang dikongsikan oleh petugas, https://www.youtube.com/watch?v=UEABW3ddZkc adalah tutorial ringkas untuk menggunakan aplikasi Zoom dengan lebih meluas. Pelbagai latar video dapat digunakan, juga dikongsikan shortcut keys yang berguna,cara membuat latar belakang kustom, cara untuk berkongsi skrin telefon, berkongsi multiple windows, cara untuk berbincang menggunakan Whiteboard , cara untuk mengaitkan calendar Zoom dan emel serta banyak lagi info menarik yang sangat berguna

Gambar disini

 Tarikh  : 15 April 2022 (Jumaat)
 Masa    : 3.00 petang – 5.30 petang
 Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
 Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai memeriksa alat komunikasi sama ada mempunyai label MCMC yang sahih atau tak serta untuk memberi pengetahuan tentang EDPuzzle yang dapat digunakan untuk pembelajaran online yang sangat efisien dan menyeronokkan

 

Aktiviti :

  • Mendidik komuniti dengan bijak di pautan https://www.youtube.com/watch?v=58mWBGcbOCk adalah video perkongsian oleh petugas iaitu untuk membuka minda komuniti supaya peka terhadap label MCMC pada alat komunikasi. Komuniti perlu lebih peka dalam menggunakan alat komunikasi terkini. Sebelum beli dan pakai, semakan label MCMC harus dilakukan. Alat teknologi yang tiada label MCMC keberangkalian besar palsu dan turut berbahaya kepada pengguna dan gangguan frekuensi kepada perkhidmatan komunikasi serta EDpuzzle, medan belajar dalam talian yang cikgu-cikgu dapat gunakan , khususnya video untuk kelas.Pembelajaran dapat menggunakan video dari Youtube, Khan Academy, NatGeo dan banyak lagi.Video sendiri pun boleh digunakan,hanya rakam, upload dan sunting dalam EDpuzzle. Video perkongsian di pautan https://www.youtube.com/watch?v=QEN0A7ScaK4 adalah penerangan serba ringkas cara – cara mendaftar di EDPuzzle dan  bagaimana untuk mula mengajar, kumpulkan bahan belajar dan cara berinteraksi dengan pelajar.

Gambar disini

Tarikh  : 21 April 2022 (Khamis)
Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik masyarakat agar tidak sewenangnya mempercayai sesuatu maklumat serta mendedahkan kepada peserta tentang strategi aplikasi atas talian yang kini menjadi trend zaman kini, yang memberi manfaat dalam proses pengurusan perniagaan

 

Aktiviti :

  • Pautan https://www.youtube.com/watch?v=xs7bdms4v1Q adalah perkongsian dari PIK Kg Binjai Bongkok untuk peserta supaya waspada dan memeriksa terlebih dahulu sesuatu berita sebelum mempercayainya dan membuat sebarang perkongsian. Perkongsian juga menekankan 3 modus operandi jenayah telekomunikasi iaitu penipuan panggilan (Vishing), penipuan SMS (Smishing) dan penipuan kod transaksi pengesahan (TAC) . Peserta didedahkan juga agar menggunakan media sosial secara positif. Media sosial hanya digunakan untuk perkongsian yang bermanfaat, bukannya untuk perkara negatif dan harus sentiasa berikan kata – kata nasihat dan harapan, bukannya cemuhan dan kutukan serta TikTok adalah aplikasi masa kini yang makin melonjak naik dan sering digunakan. Pautan video https://www.youtube.com/watch?v=CxQdjBR-yNc  ini menerangkan cara membuat promosi . Cara promosi jualan di TikTok sebenarnya tidak jauh berbeza dengan media sosial lainnya seperti Facebook atau Instagram, namun secara teknikal ada perbezaan. Video perkongsian menerangkan tentang strategi hashtag, strategi tren dan konten, kolaborasi influencer,strategi hashtag challenge,strategi komen,strategi posting konten,strategi efek video,strategi caption dan iklan TikTok.

 

Gambar disini

 Tarikh  : 9 April 2022 (Sabtu)
 Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
 Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
 Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa bahayanya barang elektrik terpakai jika dibiarkan serta untuk mengaplikasikan sistem digital Microsoft dalam proses pembelajaran dan perniagaan di kalangan masyarakat

 

Aktiviti :

menceritakan apa tu e-waste. Banyak nya barang-barang elektronik yang terbuang begitu saja dan memberi banyak keburukan kepada alam dan manusia. Alat elektronik bukanlah dari bahan biasa yang senang-senang dilupuskan. Ianya harus melalui prosedur yang betul. Sebaiknya,untuk menjaga alam,masyarakat harus mengguna,membaiki dan menjual kembali alat elektronik yang sudah tidak digunakan serta tips-tips berguna di Microsoft PowerPoint pada pautanhttps://www.youtube.com/watch?v=zcITARGg3CQ adalah video tutorial yang menerangkan tatacara menghasilkan presentasi terbaik iaitu Microsft PowerPoint. Proses pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan menarik kerana hasil presentasi lebih kemas dan nampak eksklusif. Presentasi juga lebih terperinci.Ini juga memberi dan membuka peluang perniagaan yang terkini di samping dapat meningkatkan penggunaan digital dalam kehidupan seharian.

Gambar disini