Tarikh  : 10 Oktober 2022 (Isnin)
Masa   : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberitahu kepada masyarakat agar tidak sewenangnya berkongsi maklumat palsu di media sosial serta untuk memberi pengetahuan Slide Zoom, salah satu function terkini dalam PowerPoint 365

 

Aktiviti :

Perkongsian video di pautan Youtube Klik Dengan Bijak https://youtu.be/reDfRwxyNx0 ini menceritakan tentang bagaimana dengan mudahnya seseorang itu mempercayai sesuatu info tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihannya. Kemudian, orang lain juga turut berkongsi di media sosial dan ada yang percaya lalu melakukan hal yang tak betul. Ini menyebabkan kecelakaan kepada individu yang lain. Sebaiknya, kita semak dahulu info sebelum berkongsi serta cara menggunakan slide Zoom dalam PowerPoint https://youtu.be/joVcVirp_L8 adalah video tutorial yang menerangkan menggunakan Slide Zoom.Slide Zoom ialah salah satu function terkini dalam PowerPoint 365.Fungsi ini akan menjadikan Slide Show anda lebih menarik. Biasanya, slide PowerPoint sangat bosan. Namun dengan adanya Slide Zoom ini, slide anda tidak lagi bosan, malah menarik dan kreatif. Ianya seronok untuk diterokai.

Gambar disini

Tarikh  : 3 Oktober 2022 (Isnin)
Masa   : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik masyarakat agar tidak mudah berkongsi maklumat yang tidak betul serta untuk memberi pengetahuan kepada semua cara membuat passport online

 

Aktiviti :

  • Topik Klik Dengan Bijak membincangkan mengenai kebohongan dalam perkongsian. Kisah di pautan https://youtu.be/U8Rqlcu1rFM menunjukkan individu yang sewenangnya menceritakan maklumat yang tidak tepat hanya semata kerana mengejar populariti dan wang. Jangan hanya kerana fikirkan duit, orang-orang yang terpengaruh khususnya boleh sewenangnya berkongsi dan mengiklankan barang atau perkara yang tidak betul serta pautan yang dikongsikan https://youtu.be/hkUHx3Whx5s adalah tutorial bagaimana cara membuat passport atas talian. Era ini, kita tidak perlu lagi susah-susah beratur panjang di kaunter imigresen untuk membuat passport . Video ini dapat membantu sesiapa saja yang ingin membuat passport. Caranya sangat mudah dan cepat. Isikan semua maklumat, masukkan gambar dan bayar. Kemudian, bawa resit dan maklumat yang diperlukan untuk mengambil passport yang sudah siap di kaunter.

 

Gambar disini

Tarikh  : 17 September 2022 (Sabtu)
Masa   : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai agar tidak mudah berkongsi info kepada orang asing serta untuk memberi pengetahuan cara memulakan jualan dengan SiteGiant

 

Aktiviti :

  • Mendidik masyarakat supaya berhati-hati dengan orang tak dikenali di pautan https://youtu.be/TZ6bvYydog4 adalah video perkongsian bagaimana dengan mudahnya kanak-kanak perempuan dalm paparan video ini berkenalan dan ingin berjumpa dengan lelaki yang baru dikenalinya di media sosial. Ibu-bapa terutamanya harus peka dengan siapa anak berhubung serta pada awalnya memang susah untuk memulakan perniagaan. Namun kini sudah banyak platform online untuk usahawan terokai. Antaranya SiteGiant. Website yang sangat efisien, lebih luas ruang untuk memasarkan perniagaan. Usahawan juga boleh link kan pelbagai platform lain seperti Lazada, Facebook, Ebay dan sebagainya dengan SiteGiant ini. Inilah antara kelebihan SiteGiant ini berbanding online platform lain. Video perkongsian di pautan https://youtu.be/iZ_N85GmXYk adalah penerangan memulakan jualan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 24 September 2022 (Sabtu)
Masa   : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan teknologi serta untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat khasnya pelajar cara edit video

Aktiviti :

Pautan https://youtu.be/eLE1oDA9_7M adalah perkongsian dari APHD Channel untuk komuniti bahawa teknologi juga seperti telefon bimbit dan tv, sebenarnya sedang mengintip. Jadi sebenarnya bagaimana sesuatu teknologi boleh mengintip tanpa kita sedari, antaranya melalui kereta moden terkini, cookies, pengesan pergerakan, kamera security (CCTV), robot vakum dan Webcam serta setiap hari, kita menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian. Dengan teknologi, pelbagai perkara dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Tetapi, tahukah anda, teknologi juga seperti telefon bimbit dan tv, sebenarnya sedang mengintip. Pautan video https://youtu.be/MCloZy90yWQ ini menerangkan bahawa sejujurnya kita tidak boleh lari kerana teknologi ini juga banyak membantu untuk memudahkan aktiviti kita seharian. Apa yang boleh dilakukan adalah hanya sekadar meminimumkan peratus keberangkalian di intip terutamanya dalam menggunakan internet. 

Gambar disini

Tarikh  : 10 September 2022 (Sabtu)
Masa   : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberitahu kepada masyarakat agar tidak sewenangnya membuang peranti mudah alih serta untuk memberi pengetahuan cara mudah mendaftar SSM

 

Aktiviti :

  • Perkongsian video di pautan https://youtu.be/K62ANavtpwc ini menceritakan tentang bagaimana dan dimana perginya semua peralatan elektronik , peranti mudah alih yang rosak dan sudah tidak digunakan dikitar semula. Mobile e-Waste secara khusus merujuk kepada apa-apa sisa yang dijana daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon mudah alih, telefon pintar, tablet & phablets bersama-sama dengan pengecas & aksesori serta cara mudah daftar perniagaan menggunakan EzBiz Online. https://www.youtube.com/watch?v=EJqoySArPLU adalah video tutorial yang menerangkan cara mudah daftar perniagaan menggunakan EzBiz online. Para peniaga dan usahawan yang baru saja memulakan perniagaan dianjurkan untuk mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi memudahkan urusan perniagaan masing-masing. Dengan adanya EzBiz ini, usahawan tidak perlu lagi ke kaunter SSM untuk urusan yang banyak. Usahawan boleh menggunakan EzBiz.

 

Gambar disini