Tarikh : 23 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik masyarakat agar tidak mudah mempercayai dan menyebarkan berita palsu serta untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat cara membaiki keyboard yang rosak

Aktiviti :

  • Pautan https://youtu.be/reDfRwxyNx0 adalah perkongsian bagaimana dengan mudahnya seesorang itu mempercayai sesuatu maklumat yang tidak diketahui kesahihannya. Selain itu, tanpa menyemak kesahihannya, individu tersebut terus berkongsi maklumat palsu ini kepada orang ramai. Ini membahayakan kerana orang lain juga turut percaya. Semak dahulu sesuatu maklumat sebelum berkongsi serta cara memperbaiki keyboard laptop yang bermasalah sangatlah mudah, kawan kawan tidak perlu khuatir jika mengalami permasalahan "keyboard tidak fungsi”. Cukup bermodalkan jarum insyaallah fungsi keyboard akan kembali normal, ikuti beberapa langkah seperti berikut.Siapkan jarum pentul, buka kekunci keyboard yang bermasalah dengan menarik kearah kanan atau kiri atas,kemudian lepaskan tulang tombol keyboard, akan kelihatan 3 atau 4 lapisan circuit) keyboard. Seterusnya, tusukkan jarum pada lapisan pertama, ini berfungsi untuk merengangi circuit keyboard dari kotoran atau debu.Lakukan dengan hati-hati, jangan sampai merosakkan circuit keyboard. Pautan video https://youtu.be/eAp4JNDFQ9M ini menerangkan cara mudah membaiki keyboard rosak.

 

Gambar disini

Tarikh : 16 Disember 2022 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai agar hentikan membuli sama ada dari fizikal dan kata-kata cacian serta untuk memberi pengetahuan cara mudah menempah fasiliti kerajaan secara atas talian

 

Aktiviti :

  • Mendidik masyarakat supaya tidak membuli orang lain yang lemah di pautan https://youtu.be/Bcm_9TukEbM adalah video perkongsian kesedaran. Buli zaman kini bukan macam dulu lagi yang hanya meibatkan fizikal semata-mata namun juga dengan kata-kata cacian dan menjatuhkan. Nampak kecil tapi impaknya sangat besar. Banyak kes yang menyebabkan seseorang itu ingin bunuh diri kerana tidak tahan dengan cacian dari orang ramai di media social. Beringatlah agar tidak mengaibkan sesiapa.Buruk padahnya serta terkadang, ada kekangan tempat untuk tujuan pembelajaran dan perjumpaan di sektor swasta hingga perlu menyewa fasiliti kerajaan atau di luar . Justeru dengan adanya MyTC ini, ianya sangat memudahkan kerana dapat menempah fasiliti kerajaan seperti bili Latihan untuk tujuan pembelajaran . Video perkongsian di pautan https://youtu.be/AT9nBP5q98A adalah penerangan ringkas cara mendaftar dan bagaimana untuk menempah fasiliti kerajaan secara atas talian.

 

Gambar disini

Tarikh : 3 Disember 2022 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik masyarakat agar sentiasa semak sesuatu perkara terlebih dahulu serta untuk memberi pengenalan keusahawanan sosial kepada semua lapisan masyarakat

 

Aktiviti :

  • Topik Klik Dengan Bijak membincangkan mengenai kesedaran masyarakat terhadap fakta atau auta. Video di pautan https://youtu.be/4ghMcUAYMkw memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak sewenangnya mempercayai sesuatu maklumat. Semak dahulu dengan terperinci, baru percaya serta pautan yang dikongsikan https://youtu.be/OjMCldKIBT0 adalah penerangan lanjut tentang ap aitu keusahawanan social atau social enterprise . Keusahawanan social menggabungkan elemen NGO dan syarikat yang berteraskan keuntungan. Ia juga mempunyai matlamat sosial yang menggambarkan isu sosial dengan tujuan meningkatkan sara diri kumpulan sasar seperti orang kurang upaya dengan mengambil mereka bekerja.

 

Gambar disini

Tarikh : 8 Disember 2022 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

Untuk memberitahu kepada masyarakat agar tidak sewenangnya mempercayai mana-mana individu yang menelefon dan meminta wang atau maklumat bank serta untuk memberi pengetahuan terutama usahawan cara menjual di Tiktok Shop

Aktiviti :

Perkongsian video di pautan Youtube https://youtu.be/3o0Rh1XYybU ini menceritakan tentang bagaimana dengan mudahnya seseorang itu ditipu oleh individu dengan menambahkan kerisauan kehilangan duit dari si mangsa. Mangsa juga mudah panik dan terus memindahkan wang nya ke akaun yang diberi si penipu. Kita tidak boleh mudah mempercayai sesiapa lagi-lagi perkara yang melibatkan wang. Berwaspada terhadap panggilan scam serta cara mudah mendaftar dan menjual di Tiktok Shop. Masa kini banyak platform online untuk usahawan atau sesiapa pun mula berniaga. Antara yang menjadi trend sekarang ialah menjual di Tiktok Shop. Ramai yang menggunakan media social Tiktok sekarang, jadi peluang untuk orang ramai melihat produk kita adalah besar. https://youtu.be/0-i4zsPgjGs adalah video tutorial yang menerangkan cara mudah untuk mendaftar dan mula menjual di Tiktok Shop

Gambar disini

Tarikh : 22 November 2022 (Selasa)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik m asyarakat agar sentiasa berwaspada dengan penggunaan teknologi serta untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat khasnya pelajar dan usahawan cara membuat media interaktif dengan PowerPoint

Aktiviti :

Pautan https://youtu.be/QJzCQihpcqM adalah perkongsian bagaimana teknologi boleh mengintip anda. Maklumat kita dapat diprolehi dengan 5 perkara iaitu melalui aplikasi telefon, media social, laptop atau komputer,kamera litar tertutup dan SmartTV. Sememangnya kita sendiri tak dapat elak menggunakan 5 benda ini. Namun kita tetap juga harus senriasa berwaspada dengan meminimakan perkongsian serta PowerPoint juga ada alternatif untuk membuat media interaktif. Kita dapat menghubungkan satu page dengan page yang lain menggunakan ikon Action. Kemudian, pilih Mouse Over. Seterusnya, Hyperlink kan saja dengan mana-mana page yang kita mahu. Pautan video https://youtu.be/yCwwfYnl2eM ini menerangkan cara mudah edit di PowerPoint. 

Gambar disini