Tarikh  : 4 September 2022 (Ahad)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

    • Untuk mendidik masyarakat agar peka dan semak maklumat peralatan komunikasi anda serta untuk memberi pengetahuan kepada semua yang berusaha mencari kerja khususnya cara tepat buat video resume

 

Aktiviti :

Topik Check Your Label membincangkan bagaimana kesannya jika peralatan elektronik yang dipakai tiada logo MCMC. Kisah di pautan  https://youtu.be/ZqU-5Zk3ukU menunjukkan kesan gangguan frekuensi kepada talian telefon. Peralatan elektronik yang tiada logo MCMC sangat berbahaya. Mungkin boleh menjadi keburukan kepada pengguna yang kerap menggunakannya. Kita sepatutnya sentiasa peka dengan apa yang kita beli dan pakai. Jangan hanya kerana fikirkan harga yang murah, nyawa turut melayang. Jagalah diri dan orang yang tersayang serta pautan yang dikongsikan https://www.youtube.com/watch?v=vSRR42MYVNA adalah tutorial bagaimana cara membuat video resume. Era ini, jangan hairan jika pelajar yang nak melepasi sesuatu temuduga untuk masuk ke mana-mana universiti pun perlu menghantar video resume terlebih dahulu. Video ini dapat membantu para pelajar dan sesiapa yang sedang mencari Disini juga diajarkan bagaimana untuk mendapatkan video resume yang informatif dan menarik. Video resume ini juga dapat membuat seseorang itu lebih menyerlah dan menunjukkan sisi diri yang baik semasa temuduga.

 Gambar disini

 

Tarikh  : 24 Ogos 2022 (Rabu)
Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik masyarakat agar tidak terlalu berkongsi semua maklumat serta untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai teknologi dan alam sekitar

 

Aktiviti :

Pautan https://youtu.be/s4KLKvbJnS8 adalah perkongsian dari Klik Dengan Bijak MCMC untuk komuniti supaya tidak terlalu berkongsi apa – apa maklumat peribadi dalam laman sosial. Jangan berkongsi dimana anda berada, dengan siapa dan apa tujuan. Cukup sekadar maklumat umum. Hal ini kerana, mungki ada yang mempunyai niat tidak baik kepada anda serta pengurusan sumber semula jadi yang tidak terancang membawa kemudaratan kepada alam sekitar. Jika sumber semula jadi ini tidak diuruskan dengan baik, kualiti hidup manusia dan alam sekitar akan turut terjejas. Justeru,pendekatan yang kritis dan holistik seperti teknologi hijau amatlah penting bagi menjamin kualiti hidup dan pengekalan sumber yang berterusan.. Pautan video https://youtu.be/hx5vwvykCMAini menerangkan pentingnya teknologi hijau kepada manusia. Seiring perkembangan teknologi,kita yang hidup ini harus memanfaatkan hidupan hijau yang ada untuk ekosistem yang baik.

Gambar disini

 

 

Tarikh  : 10 Ogos 2022 (Rabu)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberitahu kepada masyarakat agar tidak tertipu dengan scammer serta untuk memberi pengetahuan cara mudah format laptop atau komputer yang rosak

 

Aktiviti :

  • Perkongsian video di pautan https://youtu.be/To3IJKMbmNs ini menceritakan tentang bagaimana seorang guru tertipu dan hilang duit berjuta. Jumlah yang sangat besar. Banyak sangat cara scammer buat untuk dapatkan data kita, antaranya ialah dengan 7 cara licik ini , mengaku mereka adalah dari bank/agensi kerajaan, selalu minta maklumat peribadi anda, umpan dengan mengatakan anda mewarisi harta yang banyak, taktik cinta (love scam), pelaburan skim cepat kaya, tunjukkan sijil SSM (tetapi palsu)dan scam pakej umrah/pelancongan serta cara mudah format komputer atau laptop. https://youtu.be/_CLqq9rUdRg adalah video tutorial yang menerangkan cara mudah format komputer atau laptop hanya dengan menggunakan pendrive dan Google. Masalah laptop hang sering terjadi semasa belajar di universiti. Tambahan dengan esaimen kerja yang banyak menyebabkan fail laptop penuh, justeru jalan penyelesaiannya adalah format. Dahulu, format laptop saja cas Rm 30 , malah lebih. Dengan adanya tutorial ini, semua boleh format dengan sendiri.

 

Gambar disini

Tarikh  : 18 Ogos 2022 (Khamis)
Masa    : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai agar tidak mudah berkongsi maklumat tanpa bukti serta untuk memberi pengetahuan cara menyelesaikan masalah hard disk pada komputer/ laptop

 

Aktiviti : 

  • Mendidik masyarakat dengan bijak di pautan https://youtu.be/hXB2ZbypfQs adalah video perkongsian cara-cara mengenal pasti sama ada sesuatu maklumat itu sahih atau tidak. Orang ramai boleh menggunakan platform Sebenarnya.MY untuk menyemak kesahihan sesuatu maklumat. Semua masyarakat patut lebih berhati-hati dan bukan menganggap laman sosial itu tempat berkongsi segalanya serta pada awalnya kadang-kadang hard drive boleh dikesan dan terbaca ,kadang tidak, tetapi lama kelamaan tidak terbaca sama sekali. Hal ini sering terjadi terutama kepada pelajar yang menggunakan laptop biasa untuk membuat banyak esaimen yang kapasiti software nya berat.Dalam kes ini, power supply yang memang dayanya kecil dan juga kerana pada soket power supply hard drive tidak ada kabel tegangan 3.3V iaitu kabel warna oren. Pada hard drive kapasitas besar lebih dari 1TB sangat diperlukankan tegangan 3.3V ini. Video perkongsian di pautan https://youtu.be/KTkh4IAkCf4

    adalah penerangan solusi masalah hard disk tak dikesan.

Gambar disini

 

Tarikh  : 4 Ogos 2022 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik masyarakat agar berkomunikasi dengan baik waima melalui media sosial serta untuk memberi pengetahuan kepada pelajar khususnya cara mudah video dengan slaid PowerPoint

 

Aktiviti :

  • Topik Buli Siber membincangkan bagaimana buli itu sendiri boleh terjadi dimana mana sahaja termasuk di laman sosial. Kisah di pautan https://youtu.be/bViGy_FpQCI menceritakan bagaimana awalnya seronok berbual di laman sosial, namun akhirnya dikeji dan dibuli. Ini menyebabkan stress dan trauma kepada mangsa.Kita sepatutnya menjadi insan yang bersyukur dengan teknologi masa kini yang membolehkan perkongsian dengan insan lain , bukannya menjadi komuniti yang membuli manusia lain. Malah dengan sembunyikan diri di balik topeng atas talian serta pautan yang dikongsikan https://youtu.be/am7vBdIFZ6w adalah tutorial bagaimana cara yang paling mudah untuk buat video dengan menggunakan slaid PowwrPoint. Video ini dapat membantu para pelajar terutamanya pelajar Universiti, Kolej dalam menyiapkan kerja kursus, laporan, kertas ilmiah dan juga tesis. Disini juga diajarkan bagaimana untuk merakam slaid sedia ada, menambah latar belakang , highlight dan sebagainya.

 

Gambar disini