Tarikh  : 3 April 2022 (Ahad)
 Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
 Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
 Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi peringatan agar menyemak dahulu sesuatu perkara sama ada betul atau tidak serta memberi pengetahuan tentang cara-cara menghasilkan gambar dengan isolasi warna yang betul.

 

Aktiviti :

  • Mutakhir ini, pelbagai lambakan sebaran maklumat palsu .Perkongsian video dari Pusat Internet Jengka Impian di pautan https://www.youtube.com/watch?v=ZCMMrZ1VfB4 ini mampu menjadi peringatan dan panduan berguna buat semua dengan mengambil langkah bijak dan berhati-hati dalam membuat sebarang perkongsian berita. Tak pasti jangan kongsi serta pautan yang dikongsikan oleh petugas, https://www.youtube.com/watch?v=zNlY7fG6s0c adalah tutorial ringkas untuk menghasilkan gambar yang menarik dengan pemilihan warna yang tepat. Penerangan langkah demi langkah menggunakan Color Picker dan Palette, apa itu HSL, dan cara menukar dan isolasi warna menggunakan Warna boleh diubah suai mengikut pilihan peserta.

 

Gambar disini

 Tarikh  : 21 Mac 2022 (Isnin)
 Masa    : 3.00 petang – 5.30 petang
 Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
 Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk meluaskan minda dan pemikiran komuniti serta menjadikan jaringan teknologi maklumat pemberi manfaat yang positif dan bermanfaat serta untuk mendedahkan kepada peserta tentang kepelbagaian aplikasi atas talian sedia ada yang memberi manfaat dalam proses pengurusan perniagaan dan penghantaran barangan

 

Aktiviti :

Penggunaan teknologi di kalangan penduduk Malaysia telah meningkat melebihi kadar 20%. Teknologi maklumat adalah sebarang kaedah atau cara yang digunakan untuk menyebarkan atau mencari maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan peralatan atau perkakasan yang sepatutnya. Teknologi dapat meningkatkan produktiviti dan efisiensi aktiviti dan pekerjaan tetap penyalahgunaan teknologi mampu mengundang pelbagai permasalahan siber. Pautan https://www.youtube.com/watch?v=c95aHlh2JcE adalah bual bicara perkongsian untuk peserta dalam memanfaatkan penggunaan teknologi dengan sebaik-baiknya dan mengawal tingkah laku serta berhemah dalam menggunakan internet serta Zenly adalah aplikasi untuk mengesan lokasi pasangan atau ahli keluarga yang berada jauh. Pautan video https://www.youtube.com/watch?v=B2rfpy0lB_w ini menerangkan cara pemasangan aplikasi di telefon pintar. Mekanisme atau fungsi yang diwujudkan dalam aplikasi Zenly adalah bertujuan untuk menjejaki atau mengesan lokasi anak-anak berada bagi tujuan keselamatan serta mengurangkan risiko penculikan golongan kanak-kanak dan remaja. Dalam konteks perniagaan, aplikasi Zenly boleh memainkan peranan dengan mengesan lokasi penghantar barangan atau produk terus kepada pelanggan serta mengelakkan kejadian pelanggan tidak menerima barangan yang dipesan atau kehilangan duit akibat kecuaian penghantar. Ini dapat mengurangkan risiko peniaga kerugian dan dapat menjamin keselamatan produk perniagaan dan juga penghantar barang.

Gambar disini

 Tarikh  : 8 Mac 2022 (Selasa)
 Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
 Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
 Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa bahayanya online grooming dan cara-cara untuk mengatasinya serta untuk mengaplikasikan sistem digital Microsoft dalam proses pembelajaran dan perniagaan di kalangan masyarakat

Aktiviti :

  • Pautan yang dikongsikan oleh patugas di https://www.youtube.com/watch?v=lEQv4QQQa6A mengisahkan pelaku menggunakan media sosial untuk mengeksploitasi golongan muda dan akhirnya terjadi kes pengantunan secara atas talian. Pandemik COVID-19 serba sedikit menggangu emosi anak-anak dan ibu bapa. Si pelaku akan membina kepercayaan dan memanipulasi mangsa sehingga dapat berjumpa mangsa dan melakukan jenayah tersebut. Pemantauan dari orang dewasa diperlukan dalam mengawasi tingkah laku anak serta membina hubungan kekeluargaan yang baik bagi membendung kejadian buruk berlaku serta cara membuat catatan aesthetic di Microsoft Word pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=ryqR4DXj5GE adalah video tutorial yang menerangkan tatacara menghasilkan elemen kreatif dalam membuat catatan di media digital iaitu Microsft Word. Penghasilan e-book adalah dari kaedah catatan aesthetic Proses pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan dan menarik kerana hasil buku tersebut lebih cantik dan memudahkan pemahaman. Ini juga memberi dan membuka peluang perniagaan yang terkini di samping dapat meningkatkan penggunaan digital dalam kehidupan seharian.

 

Gambar disini

 Tarikh  : 16 Mac 2022 (Rabu)
 Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
 Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
 Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik ibu bapa supaya bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak supaya memanfaatkan penggunaan internet sebaik-baiknya serta untuk memberi pengetahuan tentang NFT yang boleh dijadikan sebuah pelaburan yang sangat menguntungkan serta perlu menjadi seorang pelabur yang sangat memerlukan ilmu dan pemahaman mendalam sebelum membeli dan melabur dalam aset digital NFT.

 

Aktiviti :

  • Mendidik anak dengan bijak di pautan https://www.youtube.com/watch?v=qO3ndV_pjjA adalah video perkongsian oleh petugas iaitu untuk membuka minda para ibu bapa supaya celik siber dengan mendidik anak bertindak sewajarnya jika berlaku perkara baik atau negatif terhadap anak-anak. Ibu bapa perlu lebih peka dalam memasang perisian kawalan keselamatan dalam mengawasi aktiviti internet, menyekat laman sesawang atau aplikasi terlarang serta mengurus had masa penggunaan internet anak-anak bagi meningkatkan penggunaan internet secara positif di kalangan anak-anak bawah umur ini serta NFT adalah singkatan kepada Non-Fungible Token di mana NFT ini adalah sangat unik kerana ia bukanlah satu digital currency tetapi ia adalah cryptographic asset dalam blockchain yang mana mempunyai identiti kod dan metadata tersendiri. Video perkongsian di pautan https://www.youtube.com/watch?v=-ATIAl80Za0 adalah penerangan serba ringkas berkenaan Metamask wallet, baki dalam BNB, artwork/ gambar/ video untuk dijadikan NFT, laman web Pentas: app.pentas.io serta Binance/Houbi. NFT boleh digunakan sebagai token untuk menilai aset dalam dunia sebenar seperti karya lukisan dan juga hartanah. Kelebihan NFT adalah ia boleh digunakan sebagai medium digital untuk aset fizikal. Oleh kerana NFT berada dalam jaringan blockchain, ia dapat menghapuskan orang tengah dengan menghubungkan artis dengan audien atau untuk pengurusan identiti sesuatu aset. NFT juga memudahkan transaksi penjualan dan pembelian asset kerana ia dilakukan dalam jaringan blockchain dan juga NFT mencipta pasaran baru untuk semua. NFT adalah suatu evolusi dalam dunia perniagaan secara digital dan membuka peluang untuk membina pendapatan sendiri.

 

Gambar disini

 Tarikh  : 3 Mac 2022 (Khamis)
 Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
 Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
 Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi peringatan dan panduan menyebarkan maklumat secara sihat kepada komuniti serta untuk memberi pendedahan kepada komuniti tentang pelbagai kaedah menjana pendapatan sampingan tanpa perlu keluarkan modal.

 

Aktiviti :

  • Pada masa kini, terlalu banyak lambakan sebaran maklumat palsu sehingga boleh menimbulkan suasana kurang menyenangkan. Perkongsian video KONGSI 3 MINIT di pautan https://www.youtube.com/watch?v=oJQuph6NA9w ini mampu menjadi peringatan dan panduan berguna buat semua dengan mengambil langkah bijak dan berhati-hati dalam membuat sebarang perkongsian berita. Silap langkah, buruk padahnya terutamanya kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling serta pautan yang dikongsikan oleh petugas, https://www.youtube.com/watch?v=ccVjDsN5QKo adalah tutorial ringkas untuk membuat webtoon atau laman web komik sendiri dan komuniti boleh menjana pendapatan dari penghasilan komik tersebut. Penerangan langkah demi langkah untuk mencipta laman web webtoon ini menggunakan ciri blog Wix iaitu mempunyai fungsi likes, comments, report, notifications dan monetization, tanpa perlu buat pembuktian atau menentusahkan bilangan Template yang disediakan adalah mesra pengguna dan boleh diubah suai mengikut kekreatifan peserta.

 

Gambar disini