Tarikh  : 14 Jun 2022 (Selasa)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai agar peka akan kesahihan berita dan informasi yang diterima sebelum ia dikongsi kepada orang lain serta memberi pengetahuan tentang cara membuat kuiz dengan menggunakan PowerPoint yang sudah sedia ada di komputer

Aktiviti :

  • Mendidik komuniti dengan bijak di pautan https://www.youtube.com/watch?v=PqwAb0xqdM0 adalah video perkongsian dari pelbagai pihak seperti pekerja swasta dan pelajar mengenai tanggungjawab semua pihak untuk menyemak terlebih dahulu maklumat di portal yang diyakini sahih seperti Sebenarnya.MY , sebelum menyebarkannya di media sosial seperti Whatsapp dan Instagram. Sesiapa yang sewenangnya menyebarkan berita palsu boleh didenda serta PowerPoint adalah antara perisian yang sering digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Tahukah anda, rupa rupanya kita juga boleh membuat soalan kuiz menggunakan PowerPoint. Video perkongsian di pautan https://www.youtube.com/watch?v=bv0SuEUJPjs adalah penerangan serba ringkas cara – cara membuat soalan kuiz. Bagaimana cara membuat kotak soalan, link dan sebagainya.

 

Gambar disini

Tarikh  : 8 Jun 2022 (Rabu)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa bahayanya alat elektronik yang tiada label MCMC serta mengajar dan memudahkan peniaga dalam urusan mendaftar akaun Perkeso

 

Aktiviti :

ini menceritakan tentang bagaimana dengan sewenangnya menggunakan barang elektronik yang tiada label MCMC. Hal ini mungkin nampak remeh, namun kesannya sangatlah besar. Alat elektronik yang tiada label MCMC dikhuatiri berbahaya dan mudah rosak. Seperti di video, kita dapat lihat alat elektronik itu hilang talian internet dan rosak apabila digunaka serta pengenalan mendaftar akaun Perkeso kepada peniaga pada pautan  https://www.youtube.com/watch?v=RCEkzaBst1s adalah video tutorial yang menerangkan tatacara mendaftar akaun. Banyak insentif kerajaan untuk membantu peniaga kini. Kini, peniaga boleh membuat pendaftaran dan bayaran caruman dibawah skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri secara atas talian. Kelayakan warganegara Malaysia atau pemastautin tetap serta individu yang menjalakan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.Dokumen yang diperlukan adalah salinan Kad Pengenalan dan salinan kad psv /profil ehailing/permit/lesen/sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk pada jenis sektor yang dipilih.Pembayaran caruma boleh dibuat secara bulanan atau tahunan melalui pejabat perkeso atau perbankan atas talian.

Gambar disini

Tarikh  : 23 Mei 2022 (Isnin)
Masa    : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik masyarakat agar tidak sewenangnya mempercayai sesuatu maklumat dan dimana boleh membuat aduan serta memberi pengetahuan kepada masyarakat formula Excel yang memudahkan kerja sama ada untuk pelajar, peniaga mahupun semua lapisan masyarakat

 

Aktiviti :

  • Pautan https://www.youtube.com/watch?v=0OW0TYLjFe0 adalah perkongsian dari MCMCTV untuk komuniti supaya waspada dan memeriksa terlebih dahulu sesuatu maklumat sebelum mempercayainya dan membuat sebarang tindakan. Perkongsian juga menekankan bagaimana masyarakat dapat membuat aduan dan dimana tempat yang betul untuk dirujuk . Peserta juga diberi nombor hotline pihak yang bertanggung jawab dari segala aspek, dan jika masih tiada jawapan, boleh berhubung terus dengan aduan SuruhanJaya Komunikasi dan Multimedia serta Excel adalah satu perisian yang sangat penting dan sering digunakan oleh semua lapisan masyarakat terutama peniaga. Pautan video https://www.youtube.com/watch?v=ShBTJrdioLo  ini menerangkan cara mudah menggunakan Excel. Antara perkara yang diajar adalah  average function, autosum, Sum If, Count, Counta, Count If function, Concantenate, If logical function, Vlookup, and Drop Down Lists. Dengan adanya ilmu yang penting ini, ianya memudahkan dan mempercepatkan kerja. Kalau tidak, kita perlu mengira dan melakukannya secara manual.

 

Gambar disini

Tarikh  : 3 Jun 2022 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik masyarakat apa itu E-Waste dan dimana patut gajet-gajet lama ini dibuang serta memberi pengetahuan tentang sistem janji temu di klinik yang kini menggunakan website dan aplikasi telefon

 

Aktiviti :

ini menceritakan mengenai apa itu E-Waste dan dimana patutnya kita meletakkan semua gajet-gajet lama kita. Berdasarkan lakonan dari PEDi Patiambun ini, lelaki itu sewenangnya ingin membuang telefon lamanya ke tong sampah. Hal ini kerana beliau tidak tahu apa itu E-Waste . Bahayanya apabila kita sewenangnya membuang barang elektronik lama ke tempat yang tak sepatutnya. Semua pihak harus memainkan peranan serta pautan yang dikongsikan oleh petugas, https://www.youtube.com/watch?v=PB7TjBg4AfEadalah tutorial untuk menggunakan website Portal Mygovernment dan di bawah slot Kementerian Kesihatan Malaysia, masyarakat boleh membuat temu janji klinik. Sebelum membuat temu janji, semua harus mengemas kini maklumat peribadi terlebih dahulu. Kemudian, boleh slot temu janji sama ada untuk ke klinik gigi, konsultasi dan sebagainya. Pilih hari dan masa yang sesuai dan ada kekosongan

Gambar disini

Tarikh  : 18 Mei 2022 (Rabu)
Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai kepentingan teknologi di sekeliling dengan cara yang betul serta memberi pengetahuan tentang Go E-Commerce yang dapat digunakan untuk peniaga yang berminat mengembangkan perniagaan mereka melalui platform digital

 

Aktiviti :

adalah video perkongsian dari ML Studios mengenai bagaimana teknologi membantu semasa pandemik. Semasa pandemik, kebanyakan pelajar dan pekerja belajar dan bekerja dari rumah. Disinilah kepentingan teknologi masa kini yang dengan adanya gajet dan aplikasi seperti Zoom dan Google Meet untuk pembelajaran dan mesyuarat.Aplikasi MySejahtera juga sangat membantu dengan dapat mengetahui keberadaan pesakit Covid yang positif atau bergejala serta ‘Go-eCommerce” adalah sebuah platform yang menyediakan panduan menyeluruh bagi usahawan mikro dan Subject Matter Expert (SME) yang berminat untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui platform digital.Terdapat beberapa program latihan di atas talian yang dapat di manfaatkan oleh usahawan dan peniaga bagi menambahkan ilmu perniagaan digital.. Video perkongsian di pautan https://www.youtube.com/watch?v=hn6JeHvqqVEadalah penerangan serba ringkas cara – cara mendaftar di Go E-Commerce dan  bagaimana untuk mula menjual.

Gambar disini