Tarikh : 16 November 2022 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai agar lupuskan barang elektronik di tempat yang sepatutnya serta untuk memberi pengetahuan cara mudah lajukan computer dan laptop

 

Aktiviti :

  • Mendidik masyarakat supaya lupuskan barang elektronik di tempat sepatutnya di pautan https://youtu.be/--_n0yRhKhE adalah video perkongsian agar semua ambil tahu. Buruk padahnya jika kitab uang barang-barang elektronik begitu saja. Dengan kitar semula e-waste, kita dapat memelihara sumber asli, mengelakkan pencemaran, mengurangkan perubahan cuaca dan mengurangkan pembaziran serta komputer atau laptop yang telah lama digunakan pasti akan mengalami masalah lambat.  Ini menyukarkan kerja-kerja untuk diselesaikan terutama kepada pelajar dan usahawan. Video perkongsian di pautan https://youtu.be/x2n4dKo_vLg adalah penerangan ringkas cara lajukan komputer dan laptop. Antara caranya adalah kosongkan disk cleanup, temp, prefetch dan optimize and defragment drive. Cara ini dapat beri lebih ruang kosong pada komputer atau laptop

 

Gambar disini

Tarikh : 9 November 2022 (Rabu)
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

Untuk memberitahu kepada masyarakat agar tidak sewenangnya menggunakan barang elektronik yang tiada logo MCMC serta untuk memberi pengetahuan Mail Merge dari Excel ke Word

Aktiviti :

Perkongsian video di pautan Youtube https://youtu.be/jxw7yT1vK40 ini menceritakan tentang bagaimana dengan mudahnya seseorang itu membeli barang elektronik tanpa memeriksa dahulu logo MCMC. Barang yang tiada logo MCMC sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kecedaraan kerana dikuatiri barang meletup apabila digunakan serta cara membuat Mail Merge dari Excel ke Word. https://youtu.be/1x26lvAV9rU adalah video tutorial yang menerangkan cara mudah untuk Mail Merge maklumat dari Excel ke Word. Kita boleh buat surat ke 100 orang sekaligus dengan export maklumat dari Excel menggunakan Mail Merge dengan mudah. Cuma perlu kategorikan nama,alamat, dan surat dapat siap dengan semua maklumat ini

 Gambar disini

Tarikh : 23 Oktober 2022 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan : 

Untuk mendidik masyarakat agar sentiasa berhemah dalam berkongsi di media sosial serta untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat khasnya pelajar dan usahawan cara menggunakan Canva

Aktiviti :

Pautan https://youtu.be/xJwPdqh7Cwg adalah perkongsian mengenai kehidupan Mira yang asalnya baik dan teratur. Namun apabila dia mula berkongsi video diri sendiri yang memalukan demi mendapatkan popularity, prestasi dirinya merudum jatuh. Dia baru sedar yang dia obsess dengan tontonan orang ramai. Namun prestasi nyam akin jatuh apabila dia dikecam. Pengajarannya, janganlah kita biarkan media social mengawal kita serta sekarang semuanya di hujung jari. Dengan aplikasi dan Website Canva, kita dapat membuat pelbagai poster menarik dengan mudah. Didalam Canva sudah tersedia pelbagai contoh template untuk membuat poster. Cuma perlu edit sahaja. Pautan video https://youtu.be/I8bd2B96pwY ini menerangkan cara mudah edit poster dalam Canva. Kita juga boleh mencantikkan lagi poster dengan menambah gambar-gambar dan sticker menarik

Gambar disini

Tarikh : 3 November 2022 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik ibu bapa dan masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan siapa anak berkawan serta untuk memberi pengenalan tutorial kepada semua cara edit video dengan Premiere Pro

 

Aktiviti :

  • Topik Online Grooming membincangkan mengenai kesedaran ibu-bapa dan masyarakat terhadap pengawasan kanak-kanak. Kisah di pautan https://youtu.be/TZ6bvYydog4 menunjukkan bagaimana dengan mudah kanak-kanak berkenalan dan bercerita macam-macam untuk meluahkan isi hati. Ibu-bapa haruslah sentiasa peka dengan persekitaran anak-anak serta sering menasihati mereka agar tidak bercakap dengan orang asing serta Pautan yang dikongsikan https://youtu.be/wMzG86cMMFI adalah tutorial bagaimana cara edit video atas talian. Dengan menggunakan Premiere Pro, video menjadi mudah dan kemas. Mula-mula untuk teratur, asingkan kepada 5 bahagian iaitu video,audio,text,transition dan nested.Kemudian bolehlah tambah semua 5 elemen ini dan gabungkan. Video juga jadi lancer dan cantik

 

Gambar disini

Tarikh : 16 Oktober 2022 (Ahad)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai agar tidak mudah tertipu dengan mesej dan panggilan dari pihak lain serta untuk memberi pengetahuan cara mengurus perniagaan dengan lebih baik dan cekap

 

Aktiviti : 

  • Mendidik masyarakat supaya berhati-hati dengan mesej dan panggilan tak dikenali di pautan https://youtu.be/l96XqR17HJw adalah video perkongsian agar semua berwaspada dan tidak mudah tertipu dengan panggilan palsu terutamanya yang menelefon dan memberitahu anda ada hutang LHDN , cukai dan sebagainya. Abaikan saja panggilan itu atau laporkan pada pihak berwajib serta pada awalnya memang susah untuk memulakan perniagaan. Bagaimana untuk menguruskan tempahan baru,menguruskan pelanggan lama,mengemaskini tempahan,menjaga pelanggan.Dengan BizApp, kesemua situasi ini dapat diuruskan menggunakan hanya satu aplikasi.BizApp mempunyai lebih 20 fungsi untuk membantu anda menguruskan perniagaan.Semuanya didalam poket, dihujung cari.. Video perkongsian di pautan https://youtu.be/LIerojXdjeE adalah penerangan memulakan jualan.

 

Gambar disini