Tarikh : 3 Februari 2023 (Jumaat)
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik masyarakat agar sentiasa peka dan tak mudah tertipu dengan scammer serta untuk memberi pengetahuan apa itu GAMMA dan fungsinya

 

Aktiviti :

  • Topik Penipuan Kewangan membincangkan mengenai kesedaran masyarakat terhadap penipuan scammer. Video di pautan https://youtu.be/W339sVf1j5Y memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak sewenangnya mempercayai scammer dan jangan mudah memberikan maklumat peribadi serta maklumat kad bank kepada sesiapa pun serta pautan yang dikongsikan https://youtu.be/U59lcE2lUHY adalah penerangan ap aitu GAMMA. GAMMA adalah one stop center bagi semua aplikasi kerajaan. Aplikasi GAMMA membolehkan cari dan muat turun aplikasi mudah alih agensi Kerajaan Malaysia , “Rate & Review” aplikasi bagi tambah baik perkhidmatan serta capai maklumat statistik yang terkini.

 

Gambar disini

Tarikh : 23 Januari 2023 (Isnin)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik masyarakat agar tidak mudah mempercayai dan menyebarkan berita palsu serta untuk berkongsi tips kepada masyarakat cara mudah dengan Windows 10

 

Aktiviti :

Pautan https://youtu.be/QJzCQihpcqM adalah perkongsian bagaimana dengan mudahnya maklumat kita boleh diambil dan data disimpan. Masa kini kita tidak dapat lari dari teknologi yang makin canggih. Sememangnya kita tidak dapat menyimpan data kita sepenuhnya lagi memandangkan semua platform online memerlukan maklumat peribadi. Namun kita masih boleh berwaspada dengan mengehadkan perkongsian di mana-mana serta masa kini ramai yang menggunakan Windows 10. Namun ramai masih tak tahu cara untuk semak spesifikasi pc atau laptop sendiri. Pautan video https://youtu.be/8cjsPRV-W0A ini menerangkan cara mudah untuk semak. Tambahan video ini juga ada kongsikan cara mudah untuk akses sesuatu aplikasi atau tambah dokumen dengan cepat tanpa perlu langkah yang banyak. 

Gambar disini

Tarikh :10 Januari 2023 (Selasa)
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberitahu kepada masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja agar berwaspada dengan kawan di media sosial serta untuk memberi pengetahuan cara menggunakan papan kekunci di Word dengan efisien

 

Aktiviti :

  • Perkongsian video di pautan Youtube https://youtu.be/rdOamlKsABI ini menceritakan tentang bagaimana dengan mudahnya seseorang itu ditipu oleh kenalan baru yang menyamar di laman sosial. Kita tidak boleh mudah mempercayai seseorang lagi-lagi kenalan di alam maya, yang kita tak pernah bersua muka pun. Jangan berkongsi maklumat dan gambar kita kepada orang lain yang tak dikenali serta ramai masih tidak tahu bahawa ada banyak cara singkat untuk membuat kerja di Word dengan menggunakan papan kekunci. Antaranya ctrl A untuk memilih semua , ctrl x untuk memadam, ctrl f untuk mencari dan banyak lagi. https://youtu.be/iVfk9rmojmgadalah video tutorial yang menerangkan cara menggunakan papan kekunci di Word dengan efisien

 

Gambar disini

Tarikh :15 Januari 2023 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai agar tidak membuang barang elektronik lama merata tempat serta untuk memberi pengetahuan cara mudah tambah duit di app Touch n Go

 

Aktiviti :

  • Mobile e-Waste secara khusus merujuk kepada apa-apa sisa yang dijana daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon mudah alih, telefon pintar,tablet & phablets bersama-sama dengan pengecas & aksesori. Peranti mudah alih tidak boleh dilupuskan & mengandungi komponen berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan anda dan mencemarkan alam sekitar.Bagaimana untuk mengitar semula telefon anda?Letakkannya ke dalam kotak pengumpulan Mobile e-Waste di tempat terpilih antaranya PEDi & kami akan jalankan proses kitar semula secara berhemah. Perkongsian video dipautan Youtube https://youtu.be/K62ANavtpwc serta sekarang semuanya di hujung jari. Dengan aplikasi Touch n Go, kita dengan mudah dapat tambah nilai kad, membayar parking berbayar secara atas talian, membuat bayaran secara atas talian seperti di 7 Eleven dan kedai lain . Namun sebelum itu kita haruslah pastikan amaun duit dalam aplikasi Touch n Go cukup. Video perkongsian di pautan https://youtu.be/i9mF3V4OK0Q adalah penerangan ringkas cara tambah duit di aplikasi Touch n Go.

 

Gambar disini

Tarikh :3 Januari 2023 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik masyarakat agar sentiasa periksa logo MCMC pada semua alat elektronik serta untuk memberi pengenalan cara membuat slaid pembelajaran dengan Flash 8

 

Aktiviti :

  • Topik Check Your Label membincangkan mengenai kesedaran masyarakat terhadap logo MCMC pada semua alat elektronik. Video di pautan https://youtu.be/jxw7yT1vK40 memberi kesedaran kepada masyarakat agar tidak sewenangnya memakai barangan elektronik yang tiada logo MCMC, dikhuatiri berbahaya dan menyebabkan kecelakaan kepada pengguna nya serta pautan yang dikongsikan https://youtu.be/fAtmxxfifl4 adalah penerangan lanjut cara membuat slaid pembelajaran menggunakan aplikasi macromedia Flash 8. Ianya hampir sama dengan Microsoft PowerPoint tetapi sedikit berbeza dari segi input. Dengan Flash 8, kita boleh membahagikan slaid kepada beberapa bahagian dan kemudian gabungkannya untuk dijadikan 1 slaid

 

Gambar disini