Tarikh : 9 March 2023 (Khamis)
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik ibu bapa agar mengawal aktiviti anak-anak semasa menggunakan laman sosial serta untuk memberi pengetahuan cara memohon bantuan TEKUN

 

Aktiviti :

Perkongsian video di pautan Youtube https://youtu.be/qO3ndV_pjjA ini mengajar ibu-bapa agar berwaspada dengan ancaman di media sosial terhadap anak-anak. Ibu bapa boleh mengawal gadjet anak-anak dengan memasang aplikasi kawalan dan cuma menggunakan telefon pada masa tertentu saja serta ramai masih tidak tahu sekarang banyak bantuan yang disediakan kerajaan ataupun mana-mana agensi berdaftar. Antaranya bantuan TEKUN untuk mana-mana individu, usahawan atau peniaga kecil. https://youtu.be/WN6-pztS4ZM adalah video ringkas syarat permohonan dan jenis-jenis skim peminjaman. TEKUN tidak boleh dipohon secara online. Individu perlu hadir ke pejabat TEKUN untuk memohon.

Gambar disini

Tarikh : 3 March 2023 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

    • Untuk mendidik masyarakat agar memakai barang elektronik dengan logo MCMC serta untuk memberi pengetahuan cara mudah edit video dengan Inshot 

Aktiviti :

  • Topik Check Your Label membincangkan mengenai kesedaran masyarakat terhadap logo MCMC. Video di pautan https://youtu.be/5GjR6HUBr9o memberi kesedaran kepada masyarakat agar sentiasa memeriksa label MCMC pada barang elektronik sama ada melalui label elekronik atau fizikal serta pautan yang dikongsikan https://youtu.be/-D5e68h-0Jc adalah tutorial cara mudah- edit video dengan aplikasi Inshot. Boleh edit dengan mudah menggunakan telefon saja. Caranya mudah, gabungkan gambar yang ingin digunakan,masukkan teks,lagu dan effect kemudian siap. Banyak lagi yang boleh ditambah dalam video agar video lebih menarik.

 

Gambar disini

Tarikh : 17 Februari 2023 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai agar menggunakan media sosi al dengan berhemah serta untuk memberi pengetahuan cara mudah menggunakan Excel

 

Aktiviti :

  • Buli Siber semakin berleluasa sekarang. Ramai yang semakin kurang rasa malu dan menjadi sangat berani untuk mengata orang lain di media social. Media social sepatutnya menjadi tempat untuk berkongsi perkara yang berfaedah, namun ramai yang tidak gembira akan kegembiraan orang lain dan mengata mereka. Perkara ini sepatutnya perlu dielakkan. Perkongsian video di pautan Youtube https://youtu.be/mOlAo6OgMgc serta hampir semua orang menggunakan Excel dalam kehidupan antaranya pekerja,pelajar dan usahawan. Excel banyak membantu dalam menjadikan dokumen kemas dan teratur. Video yang dikongsi menunjukkan cara efisien menggunakan Excel seperti cara menukar saiz table dalam dokumen dan cara menambah jumlah. Video perkongsian di pautan https://youtu.be/i9mF3V4OK0Q adalah penerangan ringkas cara mudah menggunakan Excel.

 

Gambar disini

Tarikh : 23 Februari 2023 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik ibu bapa agar menjadi celik IT dan peka dengan keselamatan siber anak-anak serta untuk berkongsi tips kepada semua cara screen recording di laptop

Aktiviti :

Pautan  https://youtu.be/qO3ndV_pjjA adalah perkongsian bagaimana anak-anak mudah terdedah kepada bahaya internet ianya boleh menyebabkan pelbagai perkara negative berlaku. Ibu-bapa boleh mengambil inisiatif dengan selalu memantau dan memasang aplikasi kawalan pada telefon anak-anak serta masa kini ramai yang menggunakan Windows 10. Ramai tak tahu sebenarnya kitab oleh screen recording di laptop tanpa menggunakan apa-apa aplikasi. Cuma dengan tekan tanda Windows dan G. Pautan video  https://youtu.be/kkLjnZLZZ-M ini menerangkan cara mudah untuk screen recording. Untuk tengok semula apa yang dirakam juga dengan  tekan tanda Windows dan G sahaja. Semudah itu.

Gambar disini

Tarikh : 9 Februari 2023 (Khamis)
Masa : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat:Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta:10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik masyarakat agar bertanggungjawab terhadap maklumat yang disebarkan serta untuk memberi pengetahuan cara mewujudkan aplikasi dengan Happ Merchant

Aktiviti :

Perkongsian video di pautan Youtube https://youtu.be/vLGFqd94iJA ini menceritakan tiga langkah mudah mengatasi penyebaran berita palsu iaitu dengan tidak berkongsi maklumat meragukan, semak dahulu maklumat di Sebenarnya.my dan bertanggungjawab terhadap maklumat yang ingin disebarkan. Pokoknya, janganlah terlalu mudah berkongsi apa-apa maklumat tanpa usul periksa serta ramai masih tidak tahu sekarang dengan mudah kita dapat meletakkan aplikasi sendiri di Play Store dengan menggunakan Happ Merchant. https://youtu.be/CqXTlos3A_I adalah video tutorial yang menerangkan cara menggunakan Happ Merchant dengan mudah dari cara meletakkan logo hingga bayaran.

Gambar disini