Tarikh  : 20 Julai 2022 (Rabu)
Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik masyarakat agar menyemak  dahulu maklumat peralatan komunikasi serta Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat cara mencari info penting untuk memulakan perniagaan

 

Aktiviti :

Pautan https://www.youtube.com/watch?v=ZqU-5Zk3ukU adalah perkongsian dari Check Your Label MCMC untuk komuniti supaya sentiasa peka dengan barang elektronik yang digunakan. Pastikan ada label MCMC agar tiada masalah.Perkongsian juga menekankan bagaimana peralatan komunikasi tanpa label MCMC boleh menyebabkan gangguan frekuensi serta Peniaga harus mula menganalisis persaingan dan market trend dengan cara yang mudah dan percuma mengunakan Google Trend. Anda boleh menggunakan maklumat ini sebagai langkah pertama ke arah mencari niche anda. Pautan video https://www.youtube.com/watch?v=UzzJwqAmCdQ ini menerangkan Google Trends dapat membantu menunjukkan produk terhangat dalam beberapa kategori berbeza dan sejauh mana popular item tersebut. Ini adalah trend industri, bukan hanya trend pemasar individu. Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk membuat keputusan mengenai perniagaan anda sendiri.

Gambar disini

Tarikh  : 14 Julai 2022 (Khamis)
Masa    : 3.00 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mendidik orang ramai kekurangan dan kelebihan teknologi masa kini serta untuk membantu usahawan setempat memasarkan produk secara dalam talian

 

Aktiviti :

adalah video perkongsian dari ML Studios yang membuat kita berfikir tentang teknologi masa kini. Seiring dengan zaman, teknologi juga semakin canggih. Kita juga bergantung kepada teknologi untuk kehidupan. Namun apa yang terjadi jika teknologi tiba-tiba lenyap. Pastinya orang yang mempunyai ilmu yang boleh meneruskan kehidupan serta Pusat Internet Desa (PID) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) kini menawarkan Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) untuk membantu usahawan setempat memasarkan produk secara dalam talian (online) dan menghubungkan usahawan dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. Mulai 2022 juga, PeDAS sudah pun berada di PEDi terpilih. Video perkongsian di pautan https://www.youtube.com/watch?v=KJScmJ3NUCE adalah penerangan serba ringkas apa itu PeDAS.

Gambar disini

 

Tarikh  : 3 Julai 2022 (Ahad)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik masyarakat untuk bersemangat mengambil tahu perkara yang sahih dahulu serta untuk memberi pengetahuan kepada pelajar khususnya cara mudah membuat isi kandungan Word secara automatik

Aktiviti :

  • Topik Menyebarkan Maklumat Palsu Kapsul Tanyalah Ustaz adalah sedutan daripada program Tanyalah Ustaz yang membincangkan soal jawab agama berkaitan feqah, akidah, munakahat, tasawuf, sirah, hadis dan tafsir Al-Quran di pautan

https://www.youtube.com/watch?v=jHu93twIuHQ . Kita sepatutnya menjadi insan yang berlumba-lumba untuk mencari kesahihan sesuatu maklumat yang tersebar itu dahulu , bukannya menjadi komuniti yang membuta tuli mempercayai sesuatu maklumat dan terus sebarkan tanpa usul periksa serta pautan yang dikongsikan , https://www.youtube.com/watch?v=hb73SEWbn-I adalah tutorial bagaimana cara yang paling mudah untuk buat isi kandungan secara automatik tanpa perlu kita menaip satu per satu dan yang paling penting ianya sangat membantu ketika proses pengeditan nombor muka surat.  Video ini dapat membantu para pelajar terutamanya pelajar Universiti, Kolej dalam menyiapkan kerja kursus, laporan, kertas ilmiah dan juga tesis. Fungsian utama adalah Heading dan juga Table Of Content. Isi kandungan ini lah yang selalunya nampak remeh, tetapi kerja memang akan nampak tak kemas jika isi kandungan tak betul dan lari format.

Gambar disini

Tarikh  : 9 Julai 2022 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 tpetang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberitahu kepada masyarakat agar berwaspada dengan sesiapa pun serta memberi pengetahuan cara mudah hasilkan video animasi untuk pembelajaran dan sebagainya

 

Aktiviti :

  • Perkongsian video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=JcF7-gKJOUM ini menceritakan tentang bagaimana Amy (bukan nama sebenar), didekati lelaki lain semasa umur 14 tahun dengan menggunakan aplikasi Wechat. Dia asalya hanya suka-suka , namun lama-lama terjebak apabila lelaki lain mula mendekati dan melakukan pengantunan kepadanya. Akhirnya terjebak dan kini menyesal. Sekarang, Amy giat berkongsi pengalaman pengantunan ini kepada masyarakat agar ramai tak terpedaya seperti nya serta pengenalan membuat video animasi menarik pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=YfkZgkVIIuA adalah video tutorial yang menerangkan cara untuk membuat video animasi. Namun , Renderforest juga boleh digunakan untuk membuat video,logo,mockup dan website. Dalam video ada menerangkan cara untuk add scene, load a preset dan type your script. Video tutorial juga ada mengajarkan tentang cara menambahkan teks dan muzik latar belakang

 

Gambar disini

Tarikh  : 22 Jun 2022 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik masyarakat agar tidak sewenangnya mempercayai berita palsu dan semak fakta dahulu serta memberi pengetahuan kepada masyarakat cara menggunakan aplikasi penghantaran baru iaitu Flash Express yang pantas dan memudahkan

 

Aktiviti :

  • Pautan https://www.youtube.com/watch?v=4ghMcUAYMkw adalah perkongsian dari Klik Dengan Bijak untuk komuniti supaya berhati -hati  dan memeriksa terlebih dahulu sesuatu maklumat sebelum mempercayainya dan membuat sebarang tindakan. Perkongsian juga menekankan bagaimana masyarakat seharusnya tidak mudah terpedaya dengan apa-apa info baru. Semak dahulu sebelum mempercayainya dan jangan sebarkan ke orang lain serta Flash Express adalah khidmat penghantaran yang boleh dikira masih baru . Banyak promosi dan ini adalah satu kelebihan kepada komuniti terutama peniaga. Pautan video https://www.youtube.com/watch?v=qIIZ8z2TB2w  ini menerangkan cara mudah menggunakan aplikasi Flash Express. Satu-satu cara diajar dalam video ini, bagaimana untuk mendaftar, memesan barang, memasukkan alamat menggunakan Smart Input dan sebagainya. Dengan adanya ilmu yang penting ini, ianya memudahkan dan mempercepatkan kerja semua pihak

 

Gambar disini