Tarikh  : 23 Februari 2022 (Rabu)
Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 20 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik peserta agar memeriksa kesahihan sesuatu maklumat yang diterima serta elakkan klik pautan yang mencurigakan serta untuk memberi pendedahan tentang penggunaan aplikasi Microsoft dalam pengurusan perniagaan.

Aktiviti :

Sumber yang berguna di pautan https://klikdenganbijak.my/bm/resources.php adalah untuk para peserta mempelajari tentang dunia digital dan cara mengelakkan risiko yang boleh membahayakan diri kita dan orang lain di sekeliling kita. Paparan video berkenaan tajuk “Menentusahkan maklumat” dalam laman sesawang ini mengisahkan mesej palsu yang tular serta tersebar luas di pesanan ringkas dan ianya adalah salah satu kaedah bagi mendapatkan data peribadi pengguna serta Bagi seorang usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan latihan/ seminar/ e-Tuisyen/ majikan yang mempunyai ramai ejen di bawahnya dan lain-lain lagi, menjadi kemestian untuk memiliki software screen recoder untuk memberi latihan atau kemaskini kepada para pekerja. Tutorial di pautan https://support.microsoft.com/en-us/office/record-your-screen-in-powerpoint-0b4c3f65-534c-4cf1-9c59-402b6e9d79d0 atas perkongsian para petugas memberikan pilihan yang lebih murah dan mudah untuk semua pengguna. Pengguna boleh merakam skrin komputer dan audio yang berkaitan, kemudian membenamkannya (embedded) dalam slaid PowerPoint atau boleh menyimpannya sebagai fail berasingan.

Gambar disini

Tarikh  : 15 Februari 2022 (Selasa)
Masa    : 11.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan :

Untuk menyediakan perkhidmatan penggunaan internet yang terbaik dan kemudahan serta keselesaan fasiliti kepada peserta dalam menjalankan ujian atau kelas secara atas talian.

 

Aktiviti :

Untuk mendapatkan Sijil Kecekapan Fiber Optik CA2C atau CA1C ini, para peserta dikehendaki mengambil ujian yang berbentuk objektif yang merangkumi teori ringkas fiber optik, pemasangan fiber optik, penyambungan fiber optik dan pengujian fiber optik. Ianya juga merangkumi isu-isu keselamatan di tempat kerja. Peserta-peserta telah mengambil inisiatif mengunakan perkhidmatan internet di PEDi Kuala Klawang bagi mengambil ujian kelayakan tersebut. Peperiksaan telah dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meeting dan petugas membantu para peserta untuk menggunakan perisian tersebut serta mencetak sijil.

Gambar disini

Tarikh  : 4 Februari 2022 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 20 orang

 

Tujuan :

  • Untuk melahirkan rasa kebertanggungjawaban dalam diri setiap individu dalam memelihara alam sekitar dan menyokong kempen kitar semula e-sisa serta memberi idea kepada peserta untuk menjana pendapatan dengan menjual barangan atau hasil kreatif diri di platform online

 

Aktiviti :

  • Dalam paparan video di pautan https://www.youtube.com/watch?v=D6o9GzXNcaw yang dikongsikan oleh petugas, kempen sisa elektronik/ Mobile eWaste mampu menjadi platform menyediakan persekitaran bersih serta jaminan kurang berlakunya permasalahan kesihatan disamping memperkukuhkan lagi usaha mengurangkan pemanasan global sedia ada dengan cara mengitar semula barangan elektrik dan elektronik yang mempunyai kadar toksik tinggi jika tidak dilupuskan. Ini adalah satu inisiatif jelas oleh SKMM dan syarikat TELCO yang terlibat dalam merealisasikan pelaksanaan yang berkesan dan pemupukan budaya kitar semula di kalangan masyarakat. Dalam video perkongsian oleh petugas di pautan https://www.youtube.com/watch?v=nHmwtOU58ZA peserta dapat mempelajari semua yang perlu tahu dalam menyediakan iklan TikTok yang berkesan dan mendapatkan hasil yang peserta inginkan seperti membuat Winning TikTok Ads, social proof, account and pixel setup etc bagi mendapatkan banyak penglibatan dan perkongsian dari komuniti luar dan akhirnya dapat menarik pelanggan ke perniagaan dan kedai  produk usahawan tersebut. Peserta dapat mempelajari langkah demi langkah cara menyediakan dan menggunakan iklan TikTok dalam mengembangkan perniagaan dan meningkatkan hasil jualan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 10 Februari 2022 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang – 5.00 petang
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 18 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mewujudkan kesedaran dikalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah serta untuk memberikan para peserta kefahaman yang lebih baik melalui pembelajaran praktikal secara langsung dan dapat mengikuti modul yang ditunjukkan secara satu persatu serta menambahkan kemahiran baru kepada petugas.

 

Aktiviti :

  • Check Your Label (CYL) adalah kempen yang bertujuan untuk mendidik pengguna mengenai kaedah dalam menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Pautan https://cyl.mcmc.gov.my/BM/home.aspx adalah salah satu platform digital yang boleh diakses oleh pengguna dalam mendapatkan maklumat berkenaan kempen MCMC ini serta kelas ini telah menampilkan pengajar daripada petugas PEDi Felda Pasoh 4 yang telah berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam teknik penghasilan gambar passport menggunakan perisian (software) Adobe Phootoshop (PS). Kelas ini telah dijalankan secara atas talian yang berlangsung selama 2 jam dengan penyertaan dari petugas-petugas PEDi. Objektif pelaksanaan kelas ini ialah untuk memberi pengetahuan dari segi teori dan amali kepada para peserta mengenai kaedah dan langkah-langkah penghasilan gambar passport menggunakan perisian Adobe Photoshop (PS).

 

Gambar disini

Tarikh  : 21 Januari 2022 (Jumaat)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan :

Untuk mendidik pengguna agar melindungi maklumat peribadi dan tidak membuat perkongsian secara  keterlaluan di laman digital yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri serta orang di sekeliling serta Untuk membiasakan peserta menerokai dunia digital serta melakukan perkara kebiasaan di kaunter di internet dan merangsang minda usahawan untuk membina tapak web sendiri.

Aktiviti :

Video yang dikongsikan oleh petugas di pautan https://www.youtube.com/watch?v=gGG0JFSLCok  adalah salah satu daripada iklan yang dihasilkan di bawah kempen Klik Dengan Bijak oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Objektif iklan ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang penggunaan internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab serta Kaedah yang digunakan dalam video https://www.youtube.com/watch?v=xHEMWbJHgVo adalah menggunakan laman sesawang GSC iaitu panduan tentang cara membeli tiket filem untuk menonton wayang di pawagam secara atas talian. Pendedahan ilmu seperti ini memberi pandangan baharu kepada peserta untuk memikirkan cara pelaksanaan jual beli barangan yang mudah tetapi dapat mempraktikkan transaksi kewangan yang selamat dan berkesan. Perniagaan yang dijalankan dapat ditadbir dengan lebih baik kerana menggunakan sistem yang efisien dan sistematik

Gambar disini