Tarikh  : 14 Ogos 2021 (Sabtu)
Masa    : 11.00 pagi – 3.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 2 orang

 

Tujuan :

  • Menawarkan pendidikan alaf baru yang telah diperkasakan dengan datangnya norma baru bagi kemudahan komuniti setempat, Pusat Internet Komuniti bergerak seiring dengan tuntutan baru dengan menyediakan Kelas Tuisyen secara atas talian dengan harga yang berpatutan, mempromosikan kemudahan dan perkhidmatan yang ada di PIK Kuala Klawang, memberikan perkhidmatan E-Tuisyen kepada para pelajar bagi mengukuhkan tahap pemahaman di luar kelas, serta untuk memberikan kelebihan dan kebaikan kepada komuniti luar bandar terutama sekali pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendapatkan kelas tambahan yang berkualiti dalam subjek-subjek yang terpilih

 

Aktiviti :

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada pelajar yang terlibat mengenai e-Tuisyen dan sesi pembelajaran adalah menggunakan Aplikasi Zoom Meeting. Petugas memberi tunjuk ajar dan penerangan cara-cara untuk menggunakan Aplikasi Zoom Meeting serta  menyediakan nota kelas sebagai rujukan dan latihan kepada pelajar yang terlibat. Petugas telah membuat pemantauan sepanjang kelas e-Tuisyen ini berlangsung di PIK. Bagi peserta yang menjalankan sesi e-Tuisyen di rumah, petugas turut mendapatkan maklum balas jika ada permasalahan yang dihadapi oleh pelajar semasa sesi kelas atas talian berlangsung. Pelajar dapat memperoleh ilmu pelajaran yang berkualiti dengan pengalaman yang berbeza dari guru-guru yang terbaik. Dapat membantu komuniti untuk mengenali PIK serta  perkhidmatan yang disediakan untuk masyarakat setempat serta memanfaatkan peluang pendidikan terbaik di PIK

Gambar disini

Tarikh  : 14 Ogos 2021 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi input serta ilmu cara-cara penjual mempromosikan dan memasarkan kedai Shopee serta untuk mempelajari akan kriteria-kriteria untuk menjadi Penjual Pilihan serta mengenal pasti alat untuk menambah baik prestasi kedai Shopee

 

Aktiviti :

Kempen PUPUK @ Shopee adalah kerjasama berterusan antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari bulan Julai hingga Disember 2021. Sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka. Melalui tempoh kempen ini, SKMM akan memberikan sokongan dalam bentuk bantuan kewangan yang akan ditukar menjadi baucar diskaun, baucar kedai, dan baucar penghantaran percuma kepada pengusaha yang mengambil bahagian dalam kempen ini. Para usahawan dari PIK Kuala Klawang telah menyertai kempen ini bagi merebut peluang ini sebagai penjual di platform Shopee dengan mengikuti kelas dalam talian sebagai langkah untuk meningkatkan jualan selain menambah ilmu pengetahuan dalam perniagaan e-dagang. Dalam sesi Shopee Universiti Pertengahan: Petua Pemasaran untuk Kedai Shopee Anda x MCMC di laman sesawang https://app.livestorm.co/shopee-my/shopeeuni-pertengahan-mcmc?type=detailed , para usahawan belajar bagaimana menambah baik prestasi kedai dan operasi seperti dekorasi kedai, iklan Shopee, kempen Shopee, Webchat, tawaran Bundle dan tambahan serta lain-lain lagi.

Gambar disini

Tarikh  : 2 Ogos 2021 (Isnin)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan :

  • Untuk mengukuhkan asas kemahiran keusahawanan dalam perniagaan secara atas talian serta untuk mengembangkan lagi perniagaan secara digital serta serta meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan

 

Aktiviti :

Kempen PUPUK @ Shopee adalah kerjasama berterusan antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari bulan Julai hingga Disember 2021. Sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka. Melalui tempoh kempen ini, SKMM akan memberikan sokongan dalam bentuk bantuan kewangan yang akan ditukar menjadi baucar diskaun, baucar kedai, dan baucar penghantaran percuma kepada pengusaha yang mengambil bahagian dalam kempen ini. Para usahawan dari PIK Kuala Klawang telah menyertai kempen ini bagi merebut peluang ini sebagai penjual di platform Shopee dengan mengikuti kelas dalam talian sebagai langkah untuk meningkatkan jualan selain menambah ilmu pengetahuan dalam perniagaan e-dagang. Dalam sesi Shopee Universiti Asas: Mulakan Bisnes e-Dagang anda bersama Shopee x MCMC di laman sesawang https://app.livestorm.co/shopee-my/shopeeuni-asas-x-mcmc?type=detailed , para usahawan belajar dari cara mengakses Seller Centre sehinggalah membuat penjualan produk di Shopee.

Gambar disini

Tarikh  : 12 Ogos 2021 (Khamis)
Masa    : 2.00 petang – 4.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memupuk minat mendalam peserta terhadap bidang perniagaan yang diceburi serta digabungkan dengan memantapkan kemahiran fotografi dan videografi dalam membuat pemasaran secara digital serta untuk memberi aspirasi dan inspirasi dalam mencuba sesuatu yang baru dalam mengubah norma kehidupan biasa

 

Aktiviti :

Selebriti media sosial, Khairul Aming (entrepreneur and content creator) cukup terkenal dalam kalangan pengguna Instagram kerana menyajikan video-video masakan ringkas yang mudah diikuti oleh para penonton. Perkongsian videonya menjadi rujukan semua golongan jika buntu untuk memasak menu untuk dimakan. Beliau telah mengeluarkan produk pertamanya iaitu Sambal Nyet Berapi yang telah dijual secara atas talian di Shopee. Khairul Aming bijak menggunakan strategi dengan menceritakan segala perjalanan dalam memulakan perniagaan Sambal Nyet di Instagram dengan visual yang menarik. Beliau membina nama bertahun-tahun dengan berkongsi resepi menarik kepada orang ramai secara percuma dan pastinya sangat memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk membina reputasi dalam perniagaan secara atas talian ini melalui sesi perkongsian yang telah berlangsung. Selain minat yang mendalam dalam dunia fotografi dan masakan, beliau mencipta peluang perniagaan serta telah memberi inspirasi kepada semua peringkat umur dalam menceburi bidang ini. Selain itu, perkongsian ilmu dalam meningkatkan potensi dalaman diri oleh panel undangan yang lain seperti Syed Ilyas ( CEO and Director Sugar & I), Vicky Kek ( Brand Manager, Nestle) dan Steffi Sarge Kaur (National Football and Futsal Player) telah sedikit sebanyak membantu dalam memberi keyakinan diri untuk melangkah ke bidang yang baru.

Gambar disini

Tarikh  : 24 Julai 2021 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi – 05.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 9 orang

 

Tujuan :

Untuk membantu para usahawan dari gabungan PIK dalam memantapkan kemahiran keusahawanan serta meningkatkan jualan dalam pemasaran secara atas talian.

 

Aktiviti :

E-dagang adalah proses membeli dan menjual produk dengan cara elektronik seperti aplikasi mudah alih dan Internet. E-dagang juga merujuk kepada kedua-dua runcit dan membeli-belah dalam talian serta transaksi elektronik. E-dagang telah meningkat populariti sejak beberapa dekad yang lalu dan dengan cara ini, ia menggantikan kaedah tradisional. Petugas PIK telah mengambil inisiatif dengan membuat sesi perkongsian ilmu mengenai platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan Yezza. Bermula dengan sesi pembukaan akaun penjual sehinggalah ke proses memasukkan produk ke kedai, peserta telah dapat memanfaatkan kaedah penjualan barangan secara atas talian dengan lebih cepat, efektif dan mudah. Selain itu, peserta telah dapat menjimatkan kos pengurusan kedai secara fizikal, usahawan dalam talian dapat mengumpulkan sejumlah besar pengguna untuk memastikan dalam menyasarkan orang yang tepat untuk pembelian produk usahawan. Ini merendahkan kos pemerolehan pelanggan dan membolehkan perniagaan dalam talian e-dagang kekal sangat tangkas. Selain itu, pengurusan inventori juga automatik dan juga menjadi semakin canggih, memudahkan usahawan untuk menguruskan perniagaan secara atas talian. Banyak faedah yang diperoleh peserta melalui kelas yang telah diadakan dan sedikit sebanyak telah membantu usahawan dalam meneruskan kelangsungan perniagaan.

Gambar disini