Tarikh  : 26 Jun 2021 (Sabtu)
Masa    : 2.00 petang – 4.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 20 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri serta meningkatkan kemahiran editing dalam kalangan peserta melalui aplikasi yang boleh digunakan di telefon pintar masing-masing.

 

Aktiviti:

Peserta diperkenalkan mengenai Advokasi SKMM dibawah tajuk berita palsu. Peserta turut dilatih menggunakan link laman web Sebenarnya.my bagi mengenalpasti sesuatu berita yang diterima. Peserta turut dilatih menggunakan aplikasi Photo Layered bagi menghasilkan gambar yang menarik mengikut kreativiti masing-masing. Sesi soal jawab turut dibuka bagi membantu peserta yang kurang mahir menggunakan aplikasi berkenaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 25 Jun 2021 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberi informasi dalam mendidik komunti supaya bijak dan berintegriti dalam menggunakan internet serta untuk mempelbagaikan kemahiran peserta dalam membuat promosi produk yang diusahakan.

 

Aktiviti:

Inisiatif MCMC menerusi kempen Klik Dengan Bijak ini adalah memberi kesedaran kepada komuniti dalam memberi pandangan atau pendapat untuk sesuatu produk secara tulus dan jujur. Ini dapat mendidik komuniti supaya lebih bertanggungjawab atas apa yang diperkatakan. Isu-isu penipuan dalam internet dapat dikurangkan serta dapat dibendung dan dikawal dengan lebih baik lagi apabila wujudnya komuniti yang prihatin akan satu sama lain. Seterusnya, petugas memulakan perkongsian dari saluran https://www.youtube.com/watch?v=f_AoIfys2pI berkenaan cara-cara merakam skrin komputer menggunakan screencast o matic secara percuma. Tools yang terdapat dalam freeware ini seperti pemilihan saiz skrin, kaedah dan masa maksimum untuk merekod serta lain-lain sangat mudah difahami dan digunakan. Terdapat pelbagai pilihan untuk menyimpan fail yang telah direkod sama ada sebagai fail video atau boleh dimuat naik terus ke saluran Youtube. Jika usahawan membuat perniagaan secara atas talian, rakaman video tutorial untuk cara pembelian produk dan bayaran secara maya dapat membantu pembeli dalam memudahkan urusan perniagaan ini. Bagi kelancaran proses ini, peserta turut diajar untuk mencipta kod QR di https://www.flowcode.com seperti dari laman sesawang video yang telah dimuat naik, media sosial dan lain-lain lagi bagi mengakses maklumat produk usahawan tersebut. Hanya imbas kod QR dan semua paparan maklumat termasuk video tutorial ini dapat pembeli perolehi. Penggunaan kaedah secara digital dapat menjamin keselamatan dan keselesaan dalam membeli-belah secara dalam talian.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 11 Jun 2021 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mendidik peserta supaya memeriksa label peranti sebelum membuat sebarang pembelian alatan komunikasi serta menerapkan nilai percaya akan inisiatif MCMC dalam melindungi keselamatan pengguna serta membantu peserta dalam menggunakan aplikasi suntingan secara digital dalam menghasilkan bahan promosi perniagaan.

 

Aktiviti:

Bekerja dengan selamat dan lancar apabila peralatan komunikasi mempunyai label MCMC, ada label barulah selamat. Keyakinan pengguna akan lebih tinggi lagi jika peranti yang dibeli mendapat pengiktirafan keselamatan dan terjamin kualitinya daripada pihak MCMC. Inisiatif MCMC ini telah sedikit sebanyak membantu komuniti dalam bijak membelanjakan wang atas produk yang mempunyai jaminan dari pihak yang berwajib dan secara tidak langsung, peralatan yang digunakan akan dapat digunakan dalam jangka masa yang lebih lama lagi. Pelbagai platform disediakan oleh pihak MCMC terutamanya di media sosial dan saluran Youtube serta pengguna boleh memuat turun aplikasi ini melalui Google Play atau App Store untuk membuat semakan label peranti elektronik ini. Seterusnya, petugas memperkenalkan aplikasi crello dalam pembuatan flyer atau risalah untuk produk. Tools seperti memasukkan video, gambar, lagu, animasi, tulisan, latar belakang dan lain-lain sangat mudah difahami serta digunakan. Crello turut menyediakan tutorial bagaimana untuk menghasilkan karya yang lebih unik dan kreatif dan memahami cara penggunaan pelbagai features yang terdapat dalam Crello. Ini sangat memudahkan pengguna yang bukan pereka kreatif untuk mencipta simple product flyer dan template secara percuma turut disediakan untuk pengguna Crello. Sesi perbincangan ringkas diadakan bagi membantu peserta menggunakan aplikasi ini.

 

Gambar disini

Tarikh  : 18 Jun 2021 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 01.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberi kesedaran kepada komuniti akan kaedah pelupusan peranti elektronik secara berhemah dan kepentingan dalam memelihara kesejahteraan bumi serta untuk membantu peserta dalam menghasilkan laporan perniagaan yang lebih sistematik, mudah dianalisisi dan kemas.

 

Aktiviti:

Mobile e-Waste secara khususnya merujuk kepada apa-apa sisa yang dijana daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon mudah alih, telefon pintar, tablet serta phablets bersama-sama dengan pengecas serta aksesori. Peranti mudah alih tidak boleh dilupuskan dengan cara membuangnya begitu sahaja kerana ia mengandungi komponen berbahaya yang boleh memudaratkan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar. Cara terbaik untuk mengitar semula telefon atau peranti elektronik adalah dengan meletakkannya ke dalam kotak pengumpulan Mobile e-Waste di tempat terpilih dan pihak tertentu akan menjalankan proses kitar semula secara berhemah dan lebih mesra alam. Perkongsian maklumat melalui saluran Youtube Mobile e-Waste MY di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=K62ANavtpwc adalah salah satu inisiatif MCMC dalam memberi kesedaran kepada komuniti untuk mengitar semula dan memelihara alam persekitaran. Seterusnya, petugas berkongsi ilmu dengan peserta berkaitan kaedah membuat formula mudah dan pivot table menggunakan Microsoft Excel. Petugas menjadikan rujukan dari saluran Youtube Jendela Tutorial di laman sesawang https://www.youtube.com/watch?v=aA4AG1LCG0M dalam menghasilkan laporan kewangan atau pengumpulan data hasil belian serta jualan produk yang banyak secara lebih tersusun dan mudah difahami dalam masa yang singkat. Pivot Table adalah ciri Microsoft Excel yang paling kuat yang membolehkan pengguna mengambil maklumat dengan cepat dari set data yang besar serta dapat digunakan sebagai alternatif analisis data yang berkaitan dengan pengelompokan dan penjumlahan data dengan lebih tepat dan cepat mengikut klasifikasi kategori yang kita bina. Selepas itu, peserta dapat membuat formula ringkas bagi mendapatkan jumlah produk jualan serta keuntungan dari Pivot Table. Petugas membantu peserta dalam mengenal pasti tools/ function yang terdapat dalam Excel bagi memudahkan proses pembelajaran.

 

Gambar disini

Tarikh  : 04 Jun 2021 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 01.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberi kesedaran kepada komuniti akan kesan negatif kepada reputasi seseorang atau organisasi serta kemudaratan akibat penyebaran maklumat yang tidak benar kepada masyarakat serta untuk memberi asas teknologi maklumat secara atas talian dalam membuat promosi pengenalan produk melalui pembikinan video.

 

Aktiviti:

Setiap hari, setiap masa dan setiap ketika tanpa kita sedari, kita dihujani dengan berita palsu. Janganlah kita yang menjadi penyebarnya. Penyebaran berita palsu menggangu kehidupan sosial, ekonomi dan keselamatan negara kita,. Kawal emosi, hentikan penularan berita palsu dan sayangi negara kita. Maklumat palsu adalah maklumat yang disebarkan tanpa kesahihan serta bukti yang sah. Semak dahulu kebenaran sesuatu cerita di portal Sebenarnya.my sebelum berkongsi. Selain itu, petugas turut menerapkan nilai-nilai murni kepada peserta seperti rasa kebertanggungjawaban dalam membuat sebarang perkongsian serta memastikan sumber maklumat yang diperolehi adalah dari rujukan yang sahih. Seterusnya, petugas berkongsi input menggunakan aplikasi atas talian iaitu clideo.com. Aplikasi ini sangat mudah digunakan bagi golongan pemula, video yang dihasilkan lebih kreatif sama ada menggunakan rakaman klip video atau gambar yang menarik. Dengan kaedah ini, peserta dapat menggabungkan file serta dapat memotong keratan video yang ingin dipilih, menambahkan kesan crossfade, memilih resolusi dan jenis format video output yang diperlukan. Paling menarik, peserta dapat memasukkan lagu kegemaran dalam video ini. Kaedah pengenalan produk melalui video dapat membantu pemahaman pelanggan untuk lebih mengenali produk tersebut serta mudah digunakan di pelbagai platform media sosial. Peserta turut berinteraksi dengan petugas dalam membuat latihan menghasilkan video menggunakan clideo.com ini.

 

Gambar disini