Tarikh   : 6 Mei 2021 (Khamis)
Masa     : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang 

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran kepentingan kaedah pelupusan e-sisa yang betul bagi menjamin kesejahteraan alam sekitar, untuk memperkenalkan PIK sebagai salah satu tempat pengumpulan e-sisa serta untuk memahirkan peserta dalam proses dokumentasi yang lebih professional dan teratur

 

Aktiviti :

Mobile e-Waste secara khusus merujuk kepada apa-apa sisa yang dijana daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon mudah alih, telefon pintar, tablet dan phablets bersama-sama dengan pengecas dan aksesori. Peranti mudah alih perlu dilupuskan dengan kaedah yang betul dan komponen berbahaya yang terdapat dalam peranti elektronik tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar jika dibuang sewenang-wenangnya. Kempen ini adalah memberi kesedaran kepada peserta supaya meletakkannya ke dalam kotak pengumpulan Mobile e-Waste di tempat terpilih dan pihak berwajib akan jalankan proses kitar semula secara berhemah. Seterusnya, latihan asas keusahawanan dijalankan. Dengan hanya menggunakan Microsoft Word, peserta boleh membuat rekaan asas (basic) untuk syarikat/perniagaan sendiri dan kaedah ini tidak menggunakan teknik-teknik yang kompleks, sangat mudah difahami dan masa penghasilan letterhead ini lebih singkat. Sebelum memulakan sesi aktiviti ini, petugas memberi sedikit panduan bagaimana untuk pemula menggunakan tools yang terdapat dalam Words. Petugas memberi tugasan ringkas bagi memahirkan peserta dalam menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Office ini serta melatih peserta untuk membuat taipan teks ringkas. Sesi perbincangan turut diadakan bagi peserta yang kurang cekap dengan penggunaan Microsoft Words ini.

Gambar disini

Tarikh   : 4 Mei 2021 (Selasa)
Masa     : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

  • Memberi kesedaran kepada pengguna supaya memeriksa terlebih dahulu label MCMC pada peranti serta untuk mencetuskan idea kreatif kepada peserta dalam menjadikan label perniagaan lebih dikenali

 

Aktiviti :

Advokasi SKMM ini dapat memastikan para pengguna membuat pembelian peralatan komunikasi dan wireless perlu mempunyai label MCMC. Label MCMC menunjukkan peralatan tersebut selamat dan mematuhi standard yang ditetapkan oleh MCMC di setiap peralatan komunikasi dan wireless yang dibeli. Dengan adanya label MCMC, keselamatan pengguna semasa menggunakan peranti elektronik adalah lebih terjamin. Kelas membuat logo secara asas dimulakan dengan perkongsian video Business Logos - How to Create One in Minutes menggunakan aplikasi atas talian Brandcrowd. Peserta disyorkan untuk mengkaji serta meneliti logo pesaing lain dalam industri yang peserta ceburi terlebih dahulu dan peserta perlu berfikir di luar kotak dalam menghasilkan logo perniagaan yang seunik mungkin serta menonjol dan mampu menarik minat pelanggan untuk mengenali produk peserta. Laman sesawang https://www.brandcrowd.com/logo-maker dapat membantu peserta sama ada peserta memerlukan logo kecantikan, logo untuk perniagaan harta tanah atau bahkan logo untuk permulaan perniagaan baru, laman ini dapat membantu peserta menghasilkan reka bentuk logo dalam beberapa saat sahaja. Peserta turut membuat perbincangan dengan petugas bagi memudahkan pemahaman peserta dalam menggunakan aplikasi ini.

Gambar disini

Tarikh   : 2 Mei 2021 (Ahad)
Masa     : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 8 orang

 

Tujuan :

  • Memberi kesedaran tentang pengurusan e-sisa yang baik dan cekap, memberi pengetahuan am kepada peserta tentang e-sisa dan kesan-kesannya, membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID-19, membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID-19 serta membantu individu untuk membuat pendaftaran vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera sahaja.

 

Aktiviti :

e-Sisa adalah terma yang digunakan merangkumi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik (EEE) dan bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai bahan lupus tanpa niat untuk digunakan semula. e-Sisa boleh dikategorikan mengikut jenis produk, saiz produk atau teknologi pemprosesannya. Bagi program E-SISA MUDAH ALIH lebih memfokuskan pada pengumpulan peralatan IT dan telekomunikasi kecil seperti telefon bimbit, tablet, kamera dan bank kuasa termasuk dengan alat pengecas dan aksesorinya sekali. Para peserta dapat mengakses maklumat ini di laman sesawang https://mobileewaste.mcmc.gov.my/ms-my/home yang turut dikongsi oleh petugas PIK. Aktiviti seterusnya yang dilakukan adalah muat turun aplikasi, pendaftaran maklumat peribadi dan pendaftaran vaksin melalui MySejahtera. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Dengan bantuan daripada petugas PIK, dapat memudahkan para pengguna menggunakan aplikasi MySejahtera dan membuat pendaftaran vaksin tanpa perlu membuat temu janji di klinik yang berkaitan.

Gambar disini

Tarikh   : 2 Mei 2021 (Ahad)
Masa     : 2.15 petang – 3.15 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 1 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi pendedahan tentang buli siber, bagaimana ia mempengaruhi orang, bagaimana untuk mencegahnya dan bagaimana untuk melaporkan kes buli siber serta untuk membantu peserta membuat persediaan sebelum menduduki SPM

 

Aktiviti :

Petugas berkongsi dan memberi serba sedikit penerangan berkenaan Klik Dengan Bijak: Buli Siber di laman sesawang Youtube  https://www.youtube.com/watch?v=bViGy_FpQCI . Buli siber adalah kaedah di mana pengganggu dan pembuli menggunakan teknologi moden dan kesan terburuk dari buli siber ialah orang yang dibuli tidak merasa selamat di mana sahaja - bahkan di rumah mereka sekalipun. Kesan penindasan buli siber boleh menjadi lebih serius dan petugas mengambil langkah dalam memberi kesedaran bagaimana mengenal pasti jika seseorang dibuli secara maya, kesan-kesannya serta cara-cara pencegahan. Seterusnya, peserta menjalani kelas e-tuisyen bagi subjek teras iaitu Matematik Tingkatan 4 menggunakan kaedah pembelajaran melalui Online Zoom Meeting. Ini dapat mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan membantu peserta untuk menguasai teknik-teknik menjawab kertas soalan SPM dengan lebih baik lagi. Kaedah pembelajaran ini telah membantu peserta untuk lebih memahami sesuatu topik pelajaran tersebut.

Gambar disini

Tarikh   : 22 April 2021 (Khamis)
Masa     : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat : Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

  • Untuk memberi kesedaran tentang bahayanya pembuangan peranti elektronik secara tidak terkawal, untuk menguar-uarkan Pusat Internet Komuniti sebagai salah satu pusat pengumpulan e-sisa serta untuk membantu serta memberi idea dalam membuat pemasaran secara digital dan kreatif

 

Aktiviti :

Petugas telah berkongsi pautan laman sesawang https://mobileewaste.mcmc.gov.my/ms-my/home kepada peserta. Pelbagai maklumat tentang apa itu e-sisa, kotak pengumpulan e-sisa mudah alih dan sebagainya telah memudahkan peserta untuk lebih memahami konsep dan tujuan inisiatif SKMM ini dijalankan. Objektif utama kempen ini adalah untuk menegaskan kepentingan membuang dan mengitar semula peranti mudah alih yang telah tamat jangka hayat secara selamat dan mesra alam sejajar dengan kempen Sayangi Bumi Kita. Seterusnya, dalam slot latihan keusahawanan, peserta didedahkan dengan kaedah promosi pemasaran yang lebih unik dan kreatif. Make a Comic for Business ini menggunakan pautan https://app.pixton.com/ , sangat mudah digunakan dan difahami. Peserta boleh mengakses secara percuma terlebih dahulu bagi melihat dahulu hasil komik promosi tersebut sebelum melanggan. Penggunaan tools yang mudah dalam mereka cipta template, character, words dan sebagainya adalah mesra pengguna dan sangat sesuai dalam menghasilkan promosi perniagaan yang dapat menarik minat pembeli seterusnya dapat mendigitalkan rakyat.

Gambar disini