Tarikh  : 08 Mac 2021 (Isnin)
Masa    : 02.30 petang – 05.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberikan pendidikan tentang kaedah kitar semula e-sisa secara selamat dan beretika, memberi kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dan mengelakkan pencemaran, memberi panduan serta asas menggunakan telefon pintar dalam merakam gambar serta memperkenalkan perisian Android yang sesuai untuk mengedit  gambar.

 

Aktiviti:

E-sisa atau E-waste adalah perkataan yang digunakan di seluruh dunia dan masalah e-waste ini masih lagi tidak dapat ditangani malah, masalah pembuangan e-waste ini semakin meningkat di serata pelusuk dunia. E-waste atau juga dikenali sebagai e-sisa adalah bahan buangan atau sisa elektrik dan elektronik yang tidak lagi digunakan. Berdasarkan saranan MCMC, petugas mengambil peluang untuk memberi input tentang kaedah pelupusan elektronik yang sebetulnya seperti pusat pengumpulan barang yang perlu lupus seperti di Pusat Internet Komuniti. Seterusnya, petugas berkongsi video dari saluran Youtube yang terkenal seperti Berani Buat tentang ilmu serta teknik asas perakaman gambar sama ada orang atau produk dengan menggunakan telefon pintar. Selain itu, petugas turut memberi cadangan aplikasi yang mudah untuk mengedit gambar seperti Snapseed, Prisma Photo Editor,  Adobe Photoshop Express, Foodie dan sebagainya. Perkongisan ini dapat membantu peserta untuk menghasilkan gambar produk yang berkualiti dan menarik.

 

Gambar disini

Tarikh  : 05 Mac 2021 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mendidik pengguna supaya melindungi data peribadi dari terdedah di laman siber, untuk memberi kesedaran kepada pengguna melakukan imbasan bagi menjamin keselamatan komputer serta untuk mengembangkan kemampuan daya fikir dan meningkatkan kekuatan kemahiran ingatan.

 

Aktiviti:

Hendap siber adalah adalah penggunaan Internet atau cara elektronik lain untuk menghendap atau mengganggu seseorang sehingga menyebabkan pelbagai kesan yang buruk terhadap seseorang individu. Para pengguna didedahkan dengan amalan menggunakan kata laluan yang kukuh di semua akaun media sosial dan akaun transaksi dalam talian serta mengawal selia kendiri untuk tidak terlalu berkongsi hal peribadi di laman siber. Selain dari itu, peserta turut diingatkan untuk melindungi komputer peribadi dengan memasang ciri-ciri keselamatan yang diperlukan. Laman sesawang video https://www.youtube.com/watch?v=r-abofYCnXg turut diberikan bagi memudahkan lagi pemahaman para peserta. Seterusnya, petugas berkongsi laman sesawang https://cardgames.io/checkers/ dan permainan ini adalah secara atas talian. Video ringkas disediakan oleh petugas bagi memberi panduan cara melayari laman ini. Pelbagai permainan yang menguji minda turut ada dalam laman ini. Sesi soal jawab turut diadakan bagi berkongsi tip-tip dan kaedah atau cara bermain permainan tersebut.

 

Gambar disini

Tarikh  : 20 Februari 2021 (Ahad)
Masa    : 09.30 pagi – 12.30 pagi
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 2 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna tentang pentingnya pelupusan barangan elektronik dengan kaedah dan saluran yang betul serta untuk membantu peserta membuat persediaan sebelum menduduki SPM.

 

Aktiviti:

Petugas berkongsi dan memberi serba sedikit penerangan  berkenaan Klik Dengan Bijak di laman sesawang  https://mobileewaste.mcmc.gov.my/en-my/home. Seterusnya, peserta menjalani seminar bagi subjek teras iaitu Matematik menggunakan kaedah pembelajaran melalui Zoom Webinar. Ini dapat mengukuhkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan membantu peserta untuk menguasai teknik-teknik menjawab kertas soalan SPM dengan lebih baik lagi.

 

Gambar disini

Tarikh  : 03 Mac 2021 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan pengguna tentang pentingnya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai Label MCMC yang sah, untuk mendidik pengguna mengenai kaedah bagi menyemak kesahihan Label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan, untuk memberi idea tentang perancangan tanaman kebun secara kecil-kecilan serta cara penambahan sistem penyiraman yang mudah dan menggalakkan usahawan pemula untuk menambah cabang ilmu perniagaan.

 

Aktiviti:

Peralatan komunikasi yang tidak mempunyai label MCMC boleh dianggap sebagai tidak diperakui dan jika melakukan suatu kesalahan yang berkaitan, seseorang itu boleh  didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Inisiatif yang dijalankan oleh SKMM ini membantu para pengguna supaya lebih berwaspada dalam melakukan pembelian barangan komunikasi yang selamat dan memiliki label MCMC. Petugas memperkenalkan laman sesawang https://cyl.mcmc.gov.my/BM/home.aspx bagi kemudahan kepada para pengguna  dalam mendapatkan makluman yang lebih terperinci mengenai kempen ini. Seterusnya, para peserta diajar menggunakan laman sesawang https://www.gardena.com/int/garden-life/garden-planner/ bagi menjana idea bagaimana untuk menghasilkan sebuah kebun yang lebih sistematik dan terancang mengikut kapasiti kawasan tanaman yang ada. Petugas telah menyediakan video ringkas dan mudah bagaimana untuk melayari laman sesawang ini seperti cara pemilihan luas kawasan tanaman, jenis tanaman yang diperlukan, sistem pemasangan air siraman dan sebagainya. Sesi soal jawab turut dijalankan bagi menambahkan pemahaman peserta.

 

Gambar disini

Tarikh  : 17 Februari 2021 (Rabu)
Masa    : 05.00 petang – 06.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 2 orang

 

Tujuan:

  • Untuk menguar-uarkan Portal SEBENARNYA.MY bagi menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya serta untuk meraikan kemenangan para peserta yang menyertai pertandingan anjuran Pusat Internet Komuniti.

 

Aktiviti:

Petugas mengambil peluang untuk memperkenalkan laman sesawang https://sebenarnya.my kepada para peserta. Dengan adanya portal ini diharap gejala penularan berita palsu dalam talian yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara, dapat ditangani dengan berkesan. Seterusnya, majlis ringkas diadakan bagi menyerahkan mock up kepada pemenang dan petugas yang telah menyertai Pertandingan Usahawan Baru Online Pusat Internet 2020 pada tahun lepas.

 

Gambar disini