Tarikh : 05 Februari 2021 (Jumaat) Masa : 8.30 malam – 10.30 malam Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 69 orang |
Tujuan:
- Memberi panduan dan tips keselamatan ketika melayari internet, memberi maklumat tentang jenis-jenis buli siber yang sering terjadi di kalangan masyarakat serta kesan-kesannya terhadap individu, mempromosikan dan memberi kesedaran program E sukan dengan lebih meluas, menjadikan PIK tempat asas pembelajaran dan pengembangan E Sukan serta mencungkil bakat dan kreativiti komuniti PIK dalam bidang E sukan
Aktiviti:
Buli siber atau siber buli adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Penggunaan bahasa dan etika yang salah bukan sahaja mempengaruhi emosi seseorang mangsa, tetapi juga boleh memberi kesan yang lebih buruk seperti hilang keyakinan diri, kemurungan dan sebagainya. Kesedaran awal yang telah diterapkan dalam program Klik Dengan Bijak adalah penting supaya gejala negatif ini dapat dibendung, seterusnya dihentikan dan tidak berulang di masa akan datang. Sesi kelas dari Gamer Influencer diteruskan. Pelbagai perkongsian yang diberikan dari segi teknik pengurusan masa untuk berlatih, cara mendisiplinkan diri, platform-platform yang disediakan jika berminat dalam kerjaya sebagai gamers dan sebagainya. Kaedah Zoom Meeting Online ini telah memudahkan para peserta untuk mendapatkan input yang berguna dan dapat berkongsi idea serta pengalaman semasa memasuki sesuatu pertandingan melaui perkongsian atas talian ini.
Tarikh : 02 Februari 2021 (Selasa) Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 10 orang |
Tujuan:
- Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat, menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online) serta untuk mengukuhkan hubungan komuniti dengan Pusat Internet Komuniti.
Aktiviti:
Sasaran khusus Advokasi SKMM ini adalah bertujuan memberi pendidikan kepada masyarakat setempat terutamanya kepada golongan yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu kumpulan anak muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan ibu bapa atau penjaga mereka. Pendedahan komponen Klik Dengan Bijak ini dapat memberi kebaikan serta memberi impak positif kepada komuniti setempat dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia. Para peserta pertandingan telah diberi penerangan tentang syarat-syarat penyertaaan dan kriteria-kriteria yang diperlukan dalam pembikinan sesebuah video. Selain dari itu, peserta turut diajar teknik pengambilan video yang baik menggunakan telefon pintar. Peserta didedahkan dengan kaedah menyunting video rakaman sama ada secara online atau offline. Antara aplikasi yang diperkenalkan kepada para peserta adalah perisian Movavi Editor, Filmora dan Windows Movie Maker. Selesai menyunting video, peserta turut diajar cara memuat naik video tersebut di laman sesawang Facebook dan cara menulis caption yang baik bagi menaikkan Like dan View video tersebut. Pengamalan pematuhan prosedur operasi standard kesihatan awam dari Kementerian Kesihatan Malaysia turut dipraktikkan bagi mengelakkan penyebaran virus Covid-19.
Tarikh : 18 Januari 2021 (Isnin) Masa : 09.30 pagi – 12.30 tengahari Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 5 orang |
Tujuan:
- Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri serta membantu peserta menggunakan aplikasi di internet bagi tujuan pembelajaran dan persidangan video seperti perkongsian ilmu keusahawanan.
Aktiviti:
Peserta didedahkan dengan komponen Klik Dengan Bijak dibawah Advokasi SKMM bagi membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Peserta diberi penerangan ringkas tentang laman sesawang Klik Dengan Bijak: http://www.klikdenganbijak.my/Landing-Page.aspx. Peserta turut juga diajar cara memulakan panggilan video menggunakan aplikasi Google Meet, Microsoft Team dan Zoom sebelum perbincangan secara maya menggunakan video dijalankan. Penggunaan emel dari akaun Google dan Whatsapp Web turut diajar bagi menekan pautan yang diberikan oleh host yang mengadakan persidangan video tersebut. Petugas turut memberi penerangan tentang ciri-ciri yang terdapat dalam aplikasi seperti screen record, microphone, camera dan sebagainya tersebut bagi memudahkan peserta untuk mengendalikan komunikasi melalui video tersebut. Perkongsian maklumat seperti ilmu keusahawanan dapat membantu peserta mendapatkan maklumat lebih tepat dan jelas.
Tarikh : 22 Januari 2021 (Jumaat) Masa : 09.30 pagi – 12.00 tengahari Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 10 orang |
Tujuan:
- Memberi kesedaran di kalangan pengguna mengenai harta intelek (hak eksklusif pemilik hak cipta asli), memberi pengetahuan kepada komuniti tentang salah guna internet yang dijadikan sebagai medium penghasilan dan penyebaran produk cetak rompak, meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dalam kalangan para pengguna serta memberi panduan dalam penulisan emel rasmi yang baik dan professional.
Aktiviti:
Para peserta didedahkan dengan asas-asas hak cipta seperti karya-karya yang layak mendapat perlindungan, tempoh perlindungan hak cipta dan sebagainya. Selain itu, peserta juga digalakkan mengawal selia kendiri dalam menggunakan internet dengan tidak membuat salinan hasil kreativiti individu lain serta mengedarkan salinan tanpa kebenaran. Penggunaan Dashboard Komuniti turut dipromosikan oleh petugas bagi menggalakkan para peserta menggunakan aplikasi ini secara mudah di telefon. Petugas telah menyediakan slaid persembahan tentang cara-cara menulis emel rasmi dan edaran slaid telah dibuat menggunakan medium Telegram. Bagi peserta yang kurang memahami kandungan slaid, peserta telah membuat perbincangan secara terus dengan petugas.
Tarikh : 12 Januari 2021 (Selasa) Masa : 02.30 petang – 05.00 petang Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu Peserta: 15 orang |
Tujuan:
- Untuk mendidik pengguna internet supaya bijak menilai dan menganalisis sesuatu maklumat yang diterima, celik fakta serta menentusahkannya dengan sumber rasmi terlebih dahulu dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan media sosial sebagai salah satu sumber rujukan pelajaran.
Aktiviti:
Pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam usaha membanteras penyebaran berita palsu adalah bertujuan untuk menerapkan amalan “tidak pasti, jangan kongsi” dalam kalangan masyarakat apabila menerima sesuatu maklumat. Peserta turut dibudayakan dengan nilai murni ini dengan mengamalkan perkongsian apa sahaja maklumat yang diterima dengan membuat tapisan terlebih dahulu sebelum menyebarkan info tersebut. Peserta turut diajar menggunakan medium pembelajaran atas talian iaitu Facebook Video bagi mengulangkaji subjek Sains terutamanya kepada pelajar UPSR, PT3 dan SPM. Selain itu, peserta juga diberi maklumat tentang cara-cara untuk memuat turun video-video pelajaran tersebut untuk pembelajaran secara offline melalui sesi soal jawab.