Tarikh  : 04 Disember 2020 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

  • Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet, meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dalam kalangan pelajar sekolah menengah serta membantu peserta membuat ulang kaji subjek sejarah serta membuat latihan secara atas talian.

 

Aktiviti:

Peserta diperkenalkan mengenai kempen kesedaran advokasi SKMM dibawah tajuk Klik Dengan Bijak. Petugas turut menyediakan soalan kuiz menggunakan aplikasi Kahoot. Peserta turut dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Peserta sesi ini terdiri daripada pelajar tingkatan 5 yang menggunakan perkhidmatan internet bagi membuat latihan serta ulangkaji subjek sejarah melalui bantuan serta tunjuk ajar petugas. Peserta dilatih memuat turun soalan peperiksaan tahun-tahun sebelum ini bagi tujuan latihan. Petugas turut melatih peserta memanfaatkan laman web-laman web e-pembelajaran yang terdapat atas talian.

 

Gambar disini

Tarikh  : 25 November 2020 (Rabu)
Masa    : 1.30 petang – 3.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 55 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri serta meningkatkan kemahiran editing dalam kalangan peserta melalui aplikasi yang boleh digunakan di telefon pintar masing-masing.

 

Aktiviti:

Peserta diperkenalkan mengenai Advokasi SKMM dibawah tajuk berita palsu. Peserta turut dilatih menggunakan link laman web Sebenarnya.my bagi mengenalpasti sesuatu berita yang diterima. Peserta turut dilatih menggunakan aplikasi Photo Layered bagi menghasilkan gambar yang menarik mengikut kreativiti masing-masing. Sesi soal jawab turut dibuka bagi membantu peserta yang kurang mahir menggunakan aplikasi berkenaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 23 November 2020 (Isnin)
Masa    : 2.30 petang – 4.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 20 orang

 

Tujuan:

Memberi pendidikan kepada pengguna mengenai keselamatan alatan telekomunikasi. Seterusnya, membantu komuniti setempat melayari laman web e-Cencus bagi menjalankan Banci 2020 yang telah di buka sehingga 21 Disember 2020.

 

Aktiviti:

Petugas melakukan hantaran melalui Whatsapp mengenai hebahan Advokasi SKMM iaitu di bawah tajuk Check Your Label beserta dengan kuiz melalui google form bagi meningkatkan kefahaman peserta. Petugas turut menyediakan video tutorial mengenai kaedah untuk mengakses laman web e-Cencus beserta garis panduan bagi menyiapkan borang berkenaan. Sesi soal jawab turut dibuka kepada para peserta.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 24 November 2020 (Selasa)
Masa    : 11.30 pagi – 1.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang

 

Tujuan: 

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Seterusnya, meningkatkan kemahiran peserta dalam kemahiran ICT.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran ICT serta kesedaran dalam diri peserta melalui kempen-kempen Advokasi SKMM yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti. Peserta dilatih mengenai kepentingan mengawal selia kendiri sewaktu melayari internet dan berkongsi sebarang maklumat ke dalam media sosial serta sindrom oversharing yang kerap terjadi. Peserta turut dilatih menggunakan video tutorial iaitu kaedah mengahasilkan Personal Stickers bagi Whatsapp dengan menggunakan gambar-gambar yang disukai menggunakan aplikasi Picsart. Aplikasi ini boleh dimuat turun di telefon bimbit. Sesi soal jawab turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta.

 

Gambar disini

Tarikh  : 20 November 2020 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kesedaran dalam diri peserta mengenai bahaya penyebaran berita palsu dan membantu pelajar sekolah dan guru belajar secara atas talian menggunakan Google Meet.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai jenayah siber iaitu penyebaran berita palsu. Peserta dilatih menggunakan Google Meet melalui link yang telah diberi oleh guru mereka di emel. Seterusnya kelas subjek Bahasa Melayu dijalankan oleh guru mereka. Peserta turut dilatih cara untuk menghantar latihan (assign homework) ke dalam google classroom.

 

Gambar disini