Tarikh  : 19 November 2020 (Khamis)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 5 orang

 

Tujuan: 

  • Membantu komuniti mengemaskini maklumat pekerjaan di laman web SPA9 serta membantu calon peperiksaan membuat latihan dan membuat carian informasi berkaitan peperiksaan.

 

Aktiviti:

Peserta dilatih mendaftar serta mengemaskini maklumat pekerjaan di laman web SPA9 dengan bantuan petugas. Bagi peserta yang menduduki peperiksaan SPA9 pula dilatih menggunakan enjin carian Google sebagai alternatif  untuk mencari maklumat berkaitan peperiksaan yang diduduki. Petugas turut mengambil peluang menyampaikan advokasi SKMM dibawah tajuk Klik Dengan Bijak kepada para peserta.

 

Gambar disini

Tarikh  : 08 November 2020 (Ahad)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Office Excel disamping memberi pendidikan kepada pengguna mengenai keselamatan alatan telekomunikasi.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kemahiran dalam menggunakan Microsoft Excel dalam kalangan pelajar sekolah menengah terutama sekali pelajar tingkatan 5 yang bakal menyertai bidang pekerjaan dan juga keusahawanan. Petugas turut berkongsi mengenai kepentingan memeriksa label peralatan komunikasi serta kepentingan melupus sisa peralatan komunikasi yang tidak digunapakai lagi melalui laman web https://cyl.mcmc.gov.my/BM/how.aspx.

 

Gambar disini

Tarikh  : 06 November 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dalam kalangan komuniti disamping memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri. Seterusnya, meningkatkan kemahiran mengedit video dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bersama pelajar sekolah menengah bagi menggalakkan generasi muda terlibat dalam bidang multimedia. Peserta dilatih menghasilkan video menarik beserta latihan mengedit lagu atau vocal bagi sesuatu video yang dihasilkan. Petugas turut membantu peserta melayari aplikasi Dashboard Komuniti dan melakukan hebahan di My Komuniti. Peserta juga diberi penerangan mengenai Advokasi SKMM di bawah tajuk Klik Dengan Bijak. Peserta diperkenalkan dengan laman web KDB serta menonton video kesedaran.

 

Gambar disini

 

 

Tarikh  : 07 November 2020 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Membantu komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti (PIK) Kuala Klawang mengisi Banci 2020 secara atas talian disamping meningkatkan kesedaran komuniti mengenai ancaman siber yang kerap terjadi iaitu penipuan kewangan (scam).

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu komuniti sekitar PIK Kuala Klawang melaksanakan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia yang ke-6 pada tahun 2020. Banci Fasa Kedua secara bersemuka yang dirancang akan diadakan pada 7 hingga 24 Oktober 2020 terpaksa dijadualkan semula kepada 20 Januari 2021 hingga 6 Februari 2021 berikutan peningkatan semula kes Covid-19. Pelaksanaan banci atas talian telah diteruskan sehingga 21 Disember 2020. Justeru, PIK Kuala Klawang telah mengambil inisiatif melaksanakan program ini dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Petugas turut menjalankan sesi taklimat ringkas mengenai advokasi SKMM dibawah tajuk penipuan kewangan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 24 Oktober 2020 (Sabtu)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Menarik minat pelajar sekolah untuk belajar di Pusat Internet Komuniti disamping menggalakkan penggunaan teknologi ICT dalam kalangan generasi muda.

 

Aktiviti:

Peserta diperkenalkan mengenai portal Sebenarnya.my oleh petugas. Petugas turut menjalankan kuiz berkaitan Klik Dengan Bijak bagi menarik minat peserta yang menyertai. Peserta turut dilatih menghasilkan peta minda bagi subjek-subjek yang berkaitan seperti sejarah, geografi dan sebagainya. Peserta juga menggunakan enjin carian bagi mendapatkan informasi yang diperlukan untuk peta minda masing-masing.

 

Gambar disini