Tarikh  : 22 Ogos 2020 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Melahirkan pengguna yang bijak internet, mewujudkan rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap pengguna yang lain, meningkatkan galak guna aplikasi Dashboard Komuniti serta membantu peserta menghasilkan poster yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.

 

Aktiviti:

Peserta untuk sesi ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah berumur antara 7 hingga 12 tahun. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu peserta menghasilkan poster yang menarik dan mengikut kreativiti masing-masing melalui tunjuk ajar petugas. Poster yang dihasilkan bertemakan ‘Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital’. Petugas turut menerangkan mengenai advokasi SKMM iaitu isu buli siber yang kerap terjadi dalam kalangan pelajar sekolah. Peserta turut dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti dengan menggunakan modul-modul yang terdapat dalam aplikasi berkenaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 16 Ogos 2020 (Ahad)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran mengedit video dalam kalangan peserta serta membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab pengguna internet.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu para peserta yang menyertai Pertandingan Video Kraftangan Merdeka mengedit video kraftangan dengan menggunakan video editor melalui tunjuk ajar petugas. Peserta dilatih menghasilkan video dengan menggunakan tools yang disediakan agar video yang dihasilkan kelihatan lebih menarik. Petugas turut menyampaikan Advokasi SKMM di bawah tajuk Klik Dengan Bijak dengan memberi penekanan isu buli siber serta penyebaran berita palsu yang kian berleluasa dalam kalangan pengguna internet.

 

Gambar disini

Tarikh  : 14 Ogos 2020 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang – 4.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 2 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri serta membantu peserta membuat rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) secara atas talian.

 

Aktiviti:

Peserta didedahkan mengenai isu berita palsu yang sering tular sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Peserta menggunakan Portal Sebenarnya.my serta Facebook Page SKMM sebagai rujukan utama bagi mengenal pasti kesahihan sesuatu isu yang tular. Seterusnya, peserta dilatih cara mengisi borang rayuan BSH secara atas talian serta dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 15 Ogos 2020 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 14 orang

 

Tujuan:

  • Menyemai semangat patriotik dalam kalangan peserta disamping menggalakkan peserta mengitar semula barangan terpakai menjadi kraftangan yang berguna serta memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan memeriksa label pada peralatan yang dibeli seperti telefon bimbit dan kepentingan melupusakan alatan komunikasi yang telah rosak dengan kaedah.yang betul.

 

Aktiviti:

Kelas ini dijalankan bagi menyemarakkan lagi sambutan Kemerdekaan Malaysia dalam kalangan generasi muda. Para peserta perlu menyediakan kraftangan menggunakan barangan terpakai seperti botol mineral, kotak, kertas surat khabar dan sebagainya. Peserta melayari Youtube bagi mencari idea bagi menghasilkan kraftangan yang menarik dengan bantuan petugas. Petugas turut menerangkan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti melalui modul My Komuniti. My Skool dan My Shop. Petugas turut mengambil peluang dengan menyampaikan Advokasi SKMM iaitu Check Your Label dan kepentingan melupuskan alatan komunikasi yang telah rosak dengan kaedah.yang betul (Mobile e-Waste) kepada para peserta.

 

Gambar disini

Tarikh  : 14 Ogos 2020 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Membantu para peserta untuk mengemaskini data dan maklumat mereka di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam serta mencari maklumat dan membuat latihan sebelum menduduki peperiksaan berkenaan.

 

Aktiviti:

Para peserta telah dilatih untuk menjalankan latihan pendaftaran serta mengemaskini maklumat diri di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Petugas turut membantu peserta mencari info berkaitan secara atas talian sebelum peperiksaan dimulakan. Sepanjang program, petugas juga menekankan mengenai Advokasi SKMM menerusi kempen Berita Palsu yang dijalankan oleh pihak SKMM iaitu mengenai penyebaran maklumat palsu berkaitan Covid-19 yang boleh mencetuskan panik dalam kalangan rakyat mengenai situasi semasa keadaan negara.  

 

Gambar disini