Tarikh  : 11 September 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet melalui program advokasi SKMM dan mempromosikan Facebook Page kluster Jelebu. Seterusnya, meningkatkan kemahiran peserta dalam memanfaatkan Facebook sebagai medium keusahawanan.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai laman web Sebenarnya.my dan oversharing syndrome yang semakin berleluasa dalam kalangan generasi muda. Selain itu, petugas turut memperkenalkan Facebook page Kluster Jelebu untuk dijadikan sebagai rujukan dalam pembukaan Facebook page masing-masing. Para peserta dilatih mengenai reka cipta page melalui Facebook dan juga aplikasi suntingan imej menggunakan canva editing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 09 September 2020 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan rasa tanggungjawab prihatin terhadap pengguna yang lain. Seterusnya, meningkatkan kreativiti peserta menghasilkan buku scrap ICT yang menarik.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM yang secara tidak langsung memberi kesedaran mengenai 4 penekanan utama dalam Klik Dengan Bijak iaitu berita palsu, buli siber, terlebih kongsi maklumat, dan penipuan kewangan. Petugas turut mengambil peluang mempromosikan page Menarik Di Jelebu kepada para peserta disamping meningkatkan jumlah like dan penglibatan komuniti dalam page berkenaan. Seterusnya latihan ICT dijalankan, para peserta perlu menghasilkan buku scrap mengikut kreativiti masing-masing. Peserta dilatih menggunkaan Microsoft Words serta memuat turun artikel dan gambar-gambar yang berkaitan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 30 Ogos 2020 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 30 orang

 

Tujuan: 

  • Mempromosikan keseluruhan aplikasi dashboard komuniti kepada komuniti setempat, mempromosikan perkhidmatan yang disediakan di PI, mendedahkan komuniti setempat pada program Advokasi SKMM seperti Klik Dengan Bijak, Check Your Label & E-Waste serta mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat dengan PI Kuala Klawang.

 

Aktiviti:

Program ini diadakan bagi meraikan serta penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Video Kraftangan Merdeka 2020. Petugas turut mengambil peluang mempromosikan keseluruhan aplikasi dashboard komuniti serta memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai program advokasi SKMM di bawah tajuk Klik Dengan Bijak. Pelbagai kuiz turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman peserta mengenai kempen kesedaran ini.

 

Gambar disini

Tarikh  : 05 September 2020 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 4 orang

 

Tujuan:

  • Membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab pengguna serta meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan Mikro melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu usahawan sekitar Pusat Internet mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan Negeri Sembilan dengan memanfaatkan peruntukan khas keusahawanan. Peruntukan khas ini bagi membantu usahawan berskala Mikro meningkatkan perniagaan sedia ada ke satu aras yang lebih baik serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Peserta perlu menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi mengisi maklumat yang diperlukan. Petugas turut mengambil peluang menyampaikan advokasi SKMM dibawah tajuk Klik Dengan Bijak bagi meningkatkan kesedaran penggunaan internet. Peserta turut diperkenalkan mengenai Dashboard Komuniti (My Shop) bagi mengembangkan lagi pernigaan masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 23 Ogos 2020 (Ahad)
Masa    : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet, meningkatkan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti serta membantu meningkatkan kemahiran multimedia dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

 

Aktiviti:

Peserta untuk sesi ini adalah dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun. Bengkel editing poster ini dianjurkan bertujuan membantu peserta menghasilkan poster yang menarik dan sesuai untuk dipertandingkan dalam pertandingan poster anjuran Pusat Internet. Peserta diberi pendedahan mengenai tools yang digunakan dalam menghasilkan poster berkenaan. Petugas turut mengambil peluang dengan menyampaikan advokasi SKMM iaitu mengenai kempen berita palsu serta memperkenalkan lagi mengenai portal Sebenarnya.my. Peserta turut dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti dengan menggunakan modul-modul yang terdapat dalam aplikasi berkenaan.

 

Gambar disini