Tarikh  : 12 Julai 2020 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Melahirkan pengguna yang bijak internet dan membantu peserta mengembangkan lagi perniagaan dengan menggunakan media sosial.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai laman web Sebenarnya.my dan oversharing syndrome yang kian berleluasa dalam kalangan masyarakat. Peserta turut dilatih menggunakan platform media sosial seperti Instagram business, Facebook page dan Whatsapp web dalam mengembangkan kemahiran keusahawanan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 10 Julai 2020 (Jumaat)
Masa    : 09.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 7 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan rasa tanggungjawab prihatin terhadap pengguna yang lain. Memperkenalkan aplikasi My Sejahtera yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara. Membantu golongan belia memanfaatkan laman web carian kerja yang disediakan oleh kerajaan.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai 5 komponen yang terdapat dalam Klik Dengan Bijak melalui laman web Klik Dengan Bijak. Seterusnya, peserta dilatih memuat turun aplikasi My Sejahtera bagi menilai tahap kesihatan terhadap risiko Covid-19 seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan Malaysia. Petugas memberi idea kepada para peserta untuk mengulangkaji sebelum peperiksaan bermula dengan mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan peperiksaan yang bakal diambil. Peserta dilatih untuk mencari contoh-contoh soalan yang berkaitan secara atas talian.

 

Gambar disini

Tarikh  : 21 Jun 2020 (Ahad)
Masa    : 2.30 petang – 4.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 1 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Excel disamping kemahiran keusahawanan secara online dan offline.

 

Aktiviti:

Peserta dilatih menghasilkan template kewangan dengan menggunakan Microsoft Excel dan secara atas talian. Pesera dilatih menggunakan setiap tools yang disediakan.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 07 Julai 2020 (Selasa)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam kalangan komuniti disamping mendedahkan kepada komuniti mengenai jenayah berita palsu yang semakin berleluasa terutama sekali mengenai isu Covid-19.

 

Aktiviti:

Peserta dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti melalui medium My Shop dan My Komuniti. Peserta berpeluang memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di dalam aplikasi berkenaan. Peserta dilatih menggunakan telefon pintar serta komputer. Peserta juga didedahkan mengenai isu berita palsu yang sering tular sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Peserta menggunakan Portal Sebenarnya.my serta Facebook Page SKMM sebagai rujukan utama bagi mengenal pasti kesahihan sesuatu isu yang tular. Latihan asas teknologi maklumat dijalankan dengan pengenalan kepada internet dan emel. Peserta dilatih menggunakan google meeting yang boleh dimanfaatkan dalam urusan harian atau perniagaan masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 14 Mac 2020 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

Menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan generasi muda disamping menjana pendapatan tambahan. Seterusnya meningkatkan kesedaran mengenai jenayah penyebaran berita palsu melalui portal Sebenarnya.my.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu peserta menjana pendapatan melalui medium atas talian yang disediakan. Peserta dilatih menghasilkan chocolate bouquet mengikut kreativiti serta bajet masing-masing. Peserta turut di latih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti dibawah modul My Shop.Petugas turut mengambil kesempatan menjalankan aktviti advokasi SKMM melalui tajuk online sexting. Peserta diberi penenrangan mengenai keburukan menyebarkan berita yang tidak tentu kesahihannya.

 

Gambar disini