Tarikh  : 24 Januari 2020 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 3 orang

 

Tujuan:

Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Mendedahkan kepada peserta mengenai jenis-jenis  email seperti  Gmail & Yahoo Mail yang sering digunakan serta membantu peserta mengisi borang PTPTN secara atas talian.

 

Aktiviti:

Petugas memberi penerangan mengenai Klik Dengan Bijak melalui laman web yang disediakan. Peserta dilatih melalui laman web berkenaan bagi meningkatkan kesedaran dalam diri masing-masing disamping menggalakan penggunaan laman web Klik Dengan Bijak dalam kalangan belia. Seterusnya, peserta dilatih membuka akaun emel bagi memudahkan proses untuk pendaftaran di laman web PTPTN. Peserta dilatih melalui garis panduan yang disediakan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 18 Januari 2020 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 20 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber, berita palsu, penipuan kewangan dan terlebih kongsi maklumat (oversharing). Seterusnya, meningkatkan penggunaan dashboard komuniti dalam kalangan peserta disamping  menggalakan generasi muda terlibat dengan dunia keusahawanan.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai ancaman siber yang kerap terjadi. Peserta mendengar taklimat mengenai elemen-elemen yang terdapat dalam Klik Dengan Bijak. Sesi tayangan video kesedaran dan kuiz turut dijalankan. Seterusnya, peserta dilatih menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Peserta membuat hebahan menggunakan My Komuniti serta menggunakan My Shop bagi pemasaran produk dan sebagainya. Latihan keusahawaan dijalankan bagi memberi pendedahan kepada golongan belia dan generasi muda mengenai makanan sejuk beku yang semakin mendapat permintaan iaitu corndog. Program ini turut membantu peserta menjana idea perniagaan melalui saluran Youtube dan internet. Program ini membantu peserta menambah kemahiran menghasilkan makanan sejuk beku yang menarik.

 

Gambar disini

Tarikh  : 10 Januari 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendidikan kepada pengguna mengenai keselamatan alatan telekomunikasi serta menarik ahli untuk belajar di Pusat Internet dengan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai asas-asas mengambil gambar produk dan kegunaan Facebook Page dalam keusahawanan.

 

Aktiviti:

Peserta diberi penerangan mengenai Advokasi SKMM iaitu Check Your Label dan Mobile E-Waste.  Sesi tayangan video dan kuiz berkaitan perkara ini telah dijalankan bagi meningkatkan kefahaman setiap peserta. Petugas turut mempromosikan kemudahan kotak Mobile E-Waste dan laman web Mobile E-Waste kepada peserta dan menggalakkan mereka terlibat dalam melupuskan alatan telekomunikasi yang telah rosak dengan kaedah yang betul. Seterusnya, peserta dilatih menggunakan FB page dan petugas turut memperkenalkan mengenai FB page kluster Jelebu. Mereka diajar untuk membuat sesi fotografi bersama produk masing-masing. Peserta dilatih mengambil gambar produk dengan kaedah yang menarik.

 

Gambar disini

 

 

Tarikh  : 19 Januari 2020 (Ahad)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kesedaran dalam diri peserta mengenai kepentingan mengenal pasti kesahihan sesuatu cerita yang tersebar atau akan disebarkan. Seterusnya, memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah.

 

Aktiviti:

Peserta mendengar taklimat mengenai laman web Sebenarnya.my untuk mengetahui kesahihan sesuatu cerita. Seterusnya, para peserta diajar cara-cara untuk memuat turun aplikasi Sebenarnya.my di telefon pintar masing-masing. Peserta diberi pendedahan mengenai bahan bacaan atas talian iaitu Wattpad. Peserta dilatih bagi membuka akaun Wattpad. Sebelum itu, para peserta dilatih membuka akaun email bagi memudahkan proses mendaftar masuk akaun Wattpad. Peserta turut berpeluang mengembangkan bakat menulis cerita pendek melalui laman web berkenaan disamping membaca bahan yang disediakan. Peserta turut dibimbing memuat turun aplikasi Wattpad di telefon pintar bagi memudahkan peserta untuk mengakses pada bila-bila masa sahaja.

 

Gambar disini

Tarikh  : 08 Januari 2020 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

  • Melahirkan pengguna yang bijak internet dan memberi pendidikan kepada pengguna internet sejak dari kecil lagi serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengitar semula dalam kehidupan seharian di samping meningkatkan kreativiti peserta dalam mengguna semula kertas dan kotak terpakai.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai advokasi SKMM iaitu jenayah buli siber yang kerap dilaporkan pada masa kini. Seterusnya, peserta turut dilatih menggunakan aplikasi dashboard komuniti melalui hebahan di My Komuniti dan pemeriksaan kesihatan di My Health. Peserta turut didedahkan mengenai Three R’s Activities iaitu ‘Reduce, Reuse, Recycle’. Peserta dilatih menggunakan sisa barang terpakai dalam menghasilkan diy bingkai gambar. Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat mengitar semula barangan melalui kaedah yang menarik.

 

Gambar disini