Tarikh  : 25 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi kesedaran mengenai risiko-risiko yang terdapat semasa melayari internet. Seterusnya, meningkatkan jumlah followers dan viewers bagi Facebook Page Pusat Internet dan Menarik Di Jelebu. Peserta turut diberi pendedahan mengenai laman web e-pembelajaran yang boleh diakses bagi mengulang kaji pelajaran.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai risiko-risiko yang terdapat dalam melayari internet dan kaedah dalam mengatasi masalah berkenaan. Sesi kuiz dan tayangan video berkaitan turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman para peserta. Seterusnya, peserta diberi pendedahan mengenai Facebook Page Menarik Di Jelebu dan Pusat Internet Kluster Jelebu. Peserta diterangkan mengenai fungsi Facebook Page berkenaan dalam menghubungkan komuniti setempat dan Pusat Internet.

 

Gambar disini

Tarikh  : 19 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Mempromosikan advokasi SKMM dalam kalangan peserta serta memberi latihan keusahawanan berbentuk penghasilan video yang menarik dan menarik minat peserta untuk menceburi bidang keusahawanan.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai elemen-elemen yang terdapat di dalam Klik Dengan Bijak, sesi tayangan video kesedaran dan kuiz turut dijalankan bagi menambahkan kefahaman para peserta. Seterusnya, peserta diajar menggunakan aplikasi editing dan ilustrasi yang menarik dalam penghasilan video.

 

Gambar disini

Tarikh  : 12 Oktober 2019 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dengan betul dan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan alatan telekomunikasi. Seterusnya, memperkenalkan media penyimpanan dalam talian yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat di pelayan maya (server virtual) yang tersedia.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dan kepentingan memeriksa label pada alatan telekomunikasi sebelum menggunakan/ membeli di pasaran. Sesi kuiz dan soal jawab turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman masing-masing. Peserta turut diperkenalkan dengan laman web Mobile e-Waste. Seterusnya, peserta diperkenalkan dengan cloud storage iaitu media penyimpanan secara dalam talian. Dengan adanya cloud storage, pengguna tidak perlu lagi membawa storan fizikal (hardware). Peserta diperkenalkan dengan beberapa jenis cloud storage dan kaedah menggunakannya. Peserta digalakkan membuat salinan secara berkala di storan lain seperti  hard disk dan external storage dan faham setiap terma dan syarat Cloud Storage yang dipilih dengan betul.

 

Gambar disini

Tarikh  : 18 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa    : 09.00 pagi – 6.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Shooting video dan mengedit video bagi kluster Menarik Di Jelebu disamping membantu menaikkan tempat-tempat menarik di sekitar Jelebu.

 

Aktiviti:

Aktiviti yang dijalankan adalah perbincangan berkenaan lokasi menarik untuk shooting dan storyboard video. Penghasilan video ini dilakukan bagi tujuan mengkomersialkan tempat-tempat menarik yang terdapat dibawah naungan Daerah Jelebu khususnya di sekitar Pusat Internet beroperasi. Petugas turut mengadakan lawatan ke lokasi shooting dan perjumpaan dengan pemilik kedai. Selain itu, petugas turut melakukan perbincangan mengenai teknik suntingan video yang menarik dan boleh digunakan ke dalam setiap video yang dihasilkan. Video-video yang dihasilkan turut membantu komuniti sekitar khususnya golongan peniaga dan usahawan mengkomersialkan lagi perniagaan masing-masing. Selain itu, petugas turut memanfaatkan google mapping bagi menanda lokasi-lokasi Menarik Di Jelebu dan teknik menghasilkan posting menarik menggunakan Facebook page bagi menaikkan lagi jumlah ‘post reach’ dan pengikut media sosial berkenaan.  Petugas juga mengambil peluang mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan dan mengenai Advokasi SKMM kepada usahawan-usahawan berkenaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 11 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan galak guna aplikasi dashboard komuniti dalam kalangan pelajar sekolah dan menggalakan pengunaan My Shop dalam kalangan komuniti. Kelas ini turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa serta meningkatkan pengetahuan peserta mengenai e-dagang.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai aplikasi dashboard komuniti disamping tayangan video dan kuiz kahoot. Peserta diajar menggunakan modul My Shop dalam jual beli secara atas talian. Seterusnya, peserta mendengar taklimat Advokasi SKMM dalam memupuk kesedaran mengenai penggunaan internet yang betul. Seterusnya, peserta didedahkan mengenai laman web e-dagang dan jenis-jenis perniagaan atas talian yang terdapat di Malaysia.

 

Gambar disini