Tarikh  : 11 Disember 2019 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Membantu peserta menghasilkan resume dan CV yang menarik.

 

Aktiviti:

Peserta di ajar cara-cara untuk membuka akaun Facebook dan e-mel oleh petugas Pusat Internet. Petugas turut memperkenalkan FB page Pusat Internet dan kluster bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet dalam kalangan pelajar Giat Mara. Seterusnya, peserta diajar menggunakan dua kaedah dalam menghasilkan resume dan curriculum vitae (CV) iaitu dengan menggunakan Canva serta Microsoft Word. Peserta didedahkan dengan kedua-dua kaedah ini bagi meningkatkan kemahiran ICT masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 06 Disember 2019 (Jumaat)
Masa    : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dengan betul dan kepentingan memastikan peralatan komunikasi yang di beli mempunyai label SKMM melalui laman web yang disediakan. Disamping itu, meningkatkan galak guna aplikasi Dashboard Komuniti terutama sekali modul My Komuniti dan seterusnya menerapkan ilmu keusahawanan melalui talian internet dalam kalangan pelajar.

 

Aktiviti:

Para peserta diberi pendedahan mengenai advokasi SKMM iaitu Mobile E-Waste dan Check Your Label. Sesi tayangan video dijalankan bagi meningkatkan lagi kesedaran dalam diri peserta. Seterusnya, latihan keusahawaan dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai penghasilan pelbagai jenis sandwich dengan menggunakan barangan sedia ada di rumah. Program ini turut membantu peserta menjana idea perniagaan melalui saluran Youtube dan internet. Program ini membantu peserta menambah kemahiran pembuatan sandwich serta petugas turut menerangkan jenis-jenis bungkusan sandwich yang terdapat dalam pasaran.

 

Gambar disini

Tarikh  : 20 November 2019 (Rabu)
Masa    : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan jalinan kerjasama antara Pusat Internet dan agensi-agensi berkaitan dalam membudayakan penggunaan teknologi ICT. Disamping itu, meningkatkan kemahiran ICT dan keusahawanan dalam diri para peserta. Petugas juga memperkenalkan sistem Dashboard Komuniti dan Advokasi SKMM kepada setiap peserta.

 

Aktiviti:

Pusat Internet telah bekerjasama dengan Pusat Komuniti Desa (PKD) Gagu serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jelebu bagi menjayakan latihan ICT dan keusahawanan bagi staf-staf JKR Daerah Jelebu bagi sesi yang kedua. Program ini memfokuskan tentang penggunaan Microsoft Office Word dalam urusan kerja-kerja seharian iaitu penggunaan tools yang betul dan shortcut keys yang betul. Peserta yang terlibat diberi sesi pengkhususan bersama staf bagi membuat kemasukan data ke dalam Sistem HRMIS 2.0. Program ini diadakan bagi membantu peserta yang kurang mahir membuat kemasukan data ke dalam sistem berkenaan. Petugas juga mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sistem dashboard komuniti melalui aplikasi My Shop. Petugas juga telah menghebahkan program advokasi SKMM dibawah inisiatif jenis-jenis jenayah siber yang berleluasa pada masa kini. 

 

Gambar disini

Tarikh  : 01 Disember 2019 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Melahirkan pengguna yang bijak internet dan mewujudkan rasa tanggungjawab prihatin terhadap pengguna yang lain. Disamping, meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan belia dengan menggunakan medium media sosial.

 

Aktiviti:

Para peserta diberi pendedahan mengenai advokasi SKMM iaitu Klik Dengan Bijak yang mengetengahkan 5 penekanan utama iaitu buli siber, berita palsu, terlebih kongsi maklumat dan penipuan kewangan. Sesi tayangan video dijalankan bagi meningkatkan lagi kesedaran dalam diri peserta. Seterusnya, latihan keusahawaan dijalankan iaitu para peserta dilatih menggunakan Facebook Page, Instagram Business dan Whatsapp bagi mempromosikan perniagaan. Peserta turut dilatih menggunakan Canva bagi mengedit cover photo page dan menghasilkan flyers.

 

Gambar disini

Tarikh  : 19 November 2019 (Selasa)
Masa    : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan jalinan kerjasama antara Pusat Internet dan agensi-agensi berkaitan dalam membudayakan penggunaan teknologi ICT. Disamping itu, memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan mengawal selia kendiri ketika melayari internet dan jenayah-jenayah siber yang semakin berleluasa.

 

Aktiviti:

Pusat Internet telah bekerjasama dengan Pusat Komuniti Desa (PKD) Gagu serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jelebu bagi menjayakan latihan ICT dan keusahawanan bagi staf-staf JKR Daerah Jelebu. Program ini memfokuskan tentang penggunaan Microsoft Office Word dalam urusan kerja-kerja seharian iaitu penggunaan tools yang betul dan shortcut keys yang betul. Peserta yang terlibat diberi sesi pengkhususan bersama staf bagi membuat kemasukan data ke dalam Sistem HRMIS 2.0. Bengkel ini diadakan bagi membantu peserta yang kurang mahir membuat kemasukan data ke dalam sistem berkenaan. Petugas juga mengambil kesempatan untuk menerangkan mengenai isu scammer atau penipuan kewangan dibawah inisiatif Advokasi SKMM.

 

Gambar disini