Tarikh  : 03 Januari 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Melahirkan pengguna yang bijak internet dan mewujudkan rasa tanggungjawab serta prihatin terhadap pengguna yang lain. Disamping meningkatkan galak guna aplikasi dashboard komuniti dan meningkatkan kemahiran editing secara atas talian dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti:

Peserta-peserta diberi pendedahan mengenai jenayah siber yang kerap berlaku pada masa kini seperti penyebaran berita palsu. Tayangan video kesedaran dan kuiz turut dijalankan. Seterusnya, peserta dilatih menggunakan aplikasi dashboard komuniti. Peserta dilatih menggunakan ke semua modul berkenaan. Peserta turut diajar kemahiran multimedia iaitu editing secara atas talian ini bagi meningkatkan kreativiti serta menarik minat peserta dalam menggunakan aplikasi berkenaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 27 Disember 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan galak guna aplikasi dashboard komuniti dalam kalangan peserta. Kelas ini turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa serta membantu peserta mengisi musim cuti sekolah dengan aktiviti berfaedah.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai aplikasi dashboard komuniti disamping tayangan video dan kuiz kahoot. Peserta diajar menggunakan setiap modul yang disediakan. Peserta turut mendengar taklimat Advokasi SKMM dalam memupuk kesedaran mengenai penggunaan internet yang betul. Seterusnya, peserta membuka laman web proprofs bagi membuat latih tubi yang disediakan mengikut peringkat umur masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 20 Disember 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan memeriksa label pada peralatan yang dibeli seperti telefon bimbit dan kepentingan melupusakan alatan komunikasi yang telah rosak dengan kaedah yang betul. Seterusnya, meningkatkan kemahiran suntingan imej dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dan kepentingan memeriksa label pada alatan telekomunikasi sebelum menggunakan/ membeli di pasaran. Sesi kuiz dan soal jawab turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman masing-masing. Peserta turut diperkenalkan dengan laman web Mobile e-Waste. Seterusnya, peserta menggunakan pelayar web dan melayari laman web yang diberi oleh petugas. Setiap peserta perlu menghasilkan poster berkaitan azam tahun baru dengan menggunakan tools yang disediakan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 21 Disember 2019 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan memeriksa label pada peralatan yang dibeli seperti telefon bimbit dan kepentingan melupusakan alatan komunikasi yang telah rosak dengan kaedah.yang betul. Seterusnya, meningkatkan penguasaan lebih dari dua bahasa dalam kalangan peserta.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dan kepentingan memeriksa label pada alatan telekomunikasi sebelum menggunakan/ membeli di pasaran. Sesi kuiz dan soal jawab turut dijalankan. Para peserta diberi pendedahan mengenai laman web Duolingo dimana peserta dilatih menggunakan bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris.Petugas membimbing peserta untuk mendaftar Duolingo dan mula belajar asas bahasa mengikut pilihan peserta menggunakan kaedah yang menyeronokkan di laman web berkenaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 13 Disember 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Seterusnya, meningkatkan kemahiran dalam penghasilan video yang kreatif dan menarik.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai Advokasi SKMM yang secara tidak langsung memberi kesedaran mengenai 4 penekanan utama dalam Klik Dengan Bijak iaitu berita palsu, buli siber, terlebih kongsi maklumat dan penipuan kewangan. Peserta turut dilatih menghasilkan video kreatif secara atas talian. Peserta dilatih menggunakan setiap tools yang disediakan bagi menghasilkan format .gif untuk video berkenaan.

 

Gambar disini