Tarikh  : 04 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

  • Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dan kepentingan mengawal selia kendiri serta meningkatkan kosa kata penggunaan Bahasa Inggeris dalam penulisan esei dan petuturan harian.

 

Aktiviti:

Para peserta didedahkan dengan jenayah dan ancaman siber yang kerap berlaku iaitu hendap siber. Sesi kuiz dan soal jawab turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu berkenaan. Seterusnya, peserta memulakan aktiviti mencari perkataan bahasa inggeris tersembunyi. Peserta perlu menggunakan perkataan yang tersembunyi dalam menghasilkan satu ayat yang berkaitan. Petugas turut menerangkan mengenai tatabahasa yang perlu digunakan dalam perkataan berkenaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 21 September 2019 (Sabtu)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 20 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah cyber grooming yang kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Seterusnya, membantu peserta menghasilkan logo yang menarik dan mudah secara atas talian.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai jenayah siber iaitu cyber grooming yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak agar para peserta lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan sebagainya. Seterusnya, peserta diajar menggunakan wix.com bagi menghasilkan logo mengikut kreativiti masing-masing. Peserta diajar menggunakan setiap logo yang disediakan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 15 September 2019 (Ahad)
Masa    : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 20 orang

 

Tujuan:

  • Memberi pendedahan kepada pengguna mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dengan betul serta menarik minat peserta dalam dunia keusahawanan sejak dari usia muda lagi disamping menjana idea perniagaan secara atas talian.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan telekomunikasi dengan betul dan pengenalan laman web Mobile E-Waste. Seterusnya, latihan keusahawaan dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada golongan muda mengenai perniagaan yang boleh dijalankan melalui saluran Youtube dan internet. Program ini membantu peserta menambah kemahiran keusahawanan iaitu kaedah pemasaran, menghasilkan serbuk ice blended homemade disamping mempelbagaikan sumber pendapatan masing-masing. Peserta turut menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti bagi memasarkan produk masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 17 September 2019 (Selasa)
Masa    : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 20 orang

 

Tujuan:

Pendedahan kepada para pelajar mengenai asas perniagaan dunia digital, pengurusan kewangan dan penggunaan My Shop dalam kalangan usahawan. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan mengurus jejak digital.

 

Aktiviti:

Seramai 20 orang peserta telah hadir dari dua kursus yang berbeza iaitu kursus fashion and dressmaking dan kursus teknologi motorsikal. Program dimulakan dengan sesi advokasi SKMM. Peserta mendengar taklimat yang disampaikan oleh petugas berkaitan penipuan online yang sering menjadi bualan iaitu isu mengenai penipuan kewangan dan sebagainya. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil bagi sesi kuiz berkumpulan. Sesi tayangan video advokasi SKMM turut dijalankan.

Seterusnya, kelas pengurusan kewangan dimulakan dengan pengenalan kepada Microsoft Excel. Peserta diajar menggunakan setiap tools dan format yang terdapat di dalam Microsoft Excel dan melalui bimbingan modul-modul yang telah disediakan oleh petugas Pusat Internet.

Setelah itu, kelas e-Usahawan dijalankan dimana peserta didedahkan mengenai penggunaan media sosial dalam dunia keusahawanan. Setiap peserta diajar mengenai media sosial yang boleh diguna pakai seperti Facebook page, Instagram business dan Whatsapp business. Peserta turut diajar cara-cara untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan medium-medium berkenaan. Selain itu, peserta turut diajar menghasilkan flyers dan cover page menggunakan aplikasi Canva bagi membantu peserta menghasilkan cover page yang menarik dan  peserta turut diberi pendedahan mengenai google trends dan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dalam meningkatkan jualan produk dan servis masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 13 September 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan galak guna aplikasi dashboard komuniti dalam kalangan pelajar sekolah dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia melalui medium My Komuniti. Kelas ini turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran mengenai jenayah siber yang semakin berleluasa serta membantu peserta menghasilkan poster secara atas talian.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti disamping tayangan video dan kuiz kahoot. Seterusnya, peserta perlu menghasilkan slogan yang menarik berdasarkan tema Hari Malaysia yang diberi oleh petugas. Seterusnya, peserta diajar menggunakan Canva bagi menghasilkan poster yang menarik berdasarkan kreativiti masing-masing.

 

Gambar disini