Tarikh  : 09 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.00 petang – 6.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

i.  Melahirkan pengguna yang bijak internet.

ii. Menarik minat peserta dalam dunia keusahawanan sejak dari usia muda lagi.

 

Aktiviti:

i.   Peserta diberi pendedahan mengenai laman web Sebenarnya.my dan oversharing syndrome

    yang kian berleluasa dalam kalangan generasi muda.

ii.  Seterusnya, latihan keusahawaan dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak

    mengenai penghasilan choco jar.

iii. Program ini turut membantu peserta menjana idea perniagaan melalui saluran Youtube dan internet.

iv. Program ini membantu peserta menambah kemahiran menghasilkan produk makanan yang rendah

    kos penghasilannya dan cara memasarkannya disamping mempelbagaikan sumber pendapatan

    masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 02 Ogos 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan melupuskan sisa alatan

telekomunikasi dengan betul disamping menarik minat peserta untuk mengulangkaji

pelajaran di Pusat Internet dengan menggunakan kemudahan yang disediakan.

 

Aktiviti:

i.   Peserta diberi pendedahan mengenai sisa alatan komunikasi yang perlu dilupuskan

    dengan kaedah yang betul.

ii.  Petugas turut menyediakan tayangan video dan soalan kuiz bagi menambahkan kefahaman

    para peserta.

iii. Kelas e-pembelajaran dijalankan bagi subjek matematik.

iv. Peserta diperkenalkan dengan laman web-laman web e-pembelajaran yang boleh digunakan

    dalam mengulangkaji pelajaran.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 13 Julai 2019 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber iaitu hendap siber

    dan kepentingan menyimpan maklumat peribadi.

ii. Meningkatkan kemahiran suntingan imej peserta.

 

Aktiviti:

i.   Kelas dimulakan dengan sesi taklimat mengenai jenayah hendap siber dan tayangan video

    yang berkaitan.

ii.  Sesi kuiz turut dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan para peserta.

iii. Peserta diperkenalkan dengan beberapa laman web dan aplikasi yang boleh digunakan dalam

    online editing.

iv. Peserta diajar cara-cara untuk menyunting latar belakang gambar yang tidak diperlukan dengan

    menggunakan beberapa tools yang disediakan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 20 Julai 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan: 

i.  Memberi pendedahan kepada peserta mengenai oversharing syndrome yang

    semakin berleluasa.

ii. Memberi pendedahan kepada peserta kaedah menghasilkan story board bagi

    menghasilkan sesuatu video.

 

Aktiviti:

i.   Kelas dimulakan dengan sesi taklimat mengenai oversharing syndrome dan

    tayangan video yang berkaitan.

ii.  Soalan kuiz turut disediakan bagi menambahkan kefahaman peserta.

iii. Peserta diajar bagi menghasilkan story board secara digital.

iv. Setiap peserta perlu menghasilakan story board mengikut kreativiti masing-masing.

v.  Peserta diajar menggunakan setiap tools yang disediakan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 12 Julai 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 15 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber,berita palsu,penipuan kewangan

   dan terlebih kongsi maklumat (oversharing).  

ii. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan kertas dan alatan terpakai yang

   boleh di guna semula dalam menghasilkan kad ucapan diy yang menarik.

 

Aktiviti:

i.   Kelas dimulakan dengan sesi taklimat Klik Dengan Bijak dan tayangan video yang berkaitan.

ii.  Peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis barangan kitar semula yang boleh diguna pakai dalam

    menghasilkan sesuatu barang.

iii. Peserta diajar menghasilkan kad ucapan diy mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan panduan

    yang diajar oleh petugas.

iv. Kelas ini membantu meningkatkan kesedaran dalam diri peserta mengenai kepentingan mengitar

    semula barangan terpakai.

 

Gambar disini