Tarikh  : 10 Mei 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Menarik minat pelajar-pelajar sekolah dalam mempelajari subjek matematik.

 

Aktiviti:

i.   Peserta diberi pendedahan mengenai laman web Sebenarnya.my dan penerangan

     mengenai kepentingan memastikan kesahihan sesuatu cerita sebelum disebarkan.

ii.  Tayangan video mengenai laman web berkenaan turut dijalankan bagi menambahkan

     kefahaman setiap peserta.

iii. Peserta membuka laman web www.arcademic.com.

iv. Setiap peserta perlu menyelesaikan setiap operasi yang melibatkan tambah, tolak, darab

    dan bahagi.

 

Gambar disini

Tarikh  : 12 Mei 2019 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran e-dagang dalam diri peserta.

 

Aktiviti:

i.  Program ini dijalankan bagi memupuk kesedaran ke dalam diri para peserta mengenai

    jenayah siber,berita palsu,penipuan kewangan dan oversharing.

ii. Para peserta diberi pendedahan mengenai laman web e-dagang yang menjual pelbagai

   jenis produk secara atas talian.

 

Gambar disini

Tarikh  : 28 April 2019 (Ahad)
Masa    : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Perkarangan Gedung Makanan Negara, Felda Titi
Peserta: 27 orang

 

Tujuan:

i.  Mempromosikan advokasi SKMM dalam kalangan komuniti sekitar Pusat Internet.

ii. Mempromosikan Dashboard Komuniti (kuiz aplikasi Dashboard, Mobile Dashboard,

    My Komuniti, My Health, My Shop) kepada masyarakat setempat.

 

Aktiviti:

i.   Program ini merupakan sesi taklimat bersama komuniti sekitar Pusat Internet bersempena

     Program Jom Poie Gedung Makanan Felda Titi.

ii.  Petugas telah menerangkan mengenai inisiatif utama advokasi SKMM iaitu Klik Dengan Bijak,

     Mobile e-Waste, Check Your Label dan juga mengenai portal Sebenarnya.my.

iii. Petugas turut menerangkan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti bagi meningkatkan penggunaan

     aplikasi tersebut dalam kalangan komuniti.

iv. Pelbagai aktiviti dan kuiz dijalankan dalam menarik minat serta menambah pengetahuan masyarakat

    mengenai Pusat Internet.

 

Gambar disini

Tarikh  : 04 Mei 2019 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi 1.00 petang
Tempat: PI Felda Titi, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 9 orang

 

Tujuan:

Memberi latihan keusahawanan kepada peserta-peserta terutama sekali golongan

suri rumah dalam menjana pendapatan isi rumah.

 

Aktiviti:

i.   Puan Najihah merupakan usahawan Henna Art berkongsi ilmu keusahawanannya

     dalam bidang melukis henna.

ii.  Kelas ini dianjurkan bagi membantu komuniti yang berminat menjana pendapatan sampingan.

iii. Kelas ini turut menyediakan latihan praktikal bagi setiap peserta.

v. Beliau turut mengajar para peserta tentang asas-asas menghasilkan henna yang menarik dan

    kaedah menjalankan perniagaan ini.

 

Gambar disini

Tarikh  : 27 April 2019 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Perkarangan Gedung Makanan Negara, Felda Titi
Peserta: 25 orang

 

Tujuan:

i.   Mempromosikan advokasi SKMM dalam kalangan komuniti sekitar Pusat Internet.

ii.  Mempromosikan Dashboard Komuniti (kuiz aplikasi Dashboard, Mobile Dashboard,

     My Komuniti, My Health,My Shop) kepada masyarakat setempat.

iii. Mengeratkan hubungan penduduk setempat dengan Pusat Internet.

 

Aktiviti:

i.   Program ini merupakan sesi taklimat bersama komuniti sekitar Pusat Internet sempena program

    ‘Jom Poie Gedung Makanan Negara’ bertempat di Felda Titi.

ii.  Petugas telah menerangkan mengenai inisiatif utama advokasi SKMM iaitu Klik Dengan Bijak,

     Mobile e-Waste, Check Your Label dan juga mengenai portal Sebenarnya.my.

iii. Petugas turut menerangkan mengenai aplikasi Dashboard Komuniti bagi meningkatkan penggunaan

    aplikasi tersebut dalam kalangan komuniti.

iv. Pelbagai aktiviti dan kuiz dijalankan dalam menarik minat serta menambah pengetahuan masyarakat

    mengenai Pusat Internet.

v. Program ini juga membantu mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat dan Pusat Internet.

 

Gambar disini