Tarikh  : 5 April 2019 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Membantu ibu bapa mengisi maklumat yang diperlukan bagi mendaftar anak-anak mereka

ke darjah 1 dan prasekolah secara atas talian.

 

Aktiviti:

i.   Peserta di ajar membuka laman web berkenaan.

ii.  Petugas memberi penerangan mengenai cara-cara untuk mengisi borang tersebut

    secara atas talian.

iii. Peserta turut diajar membuka akaun emel masing-masing bagi tujuan pendaftaran laman

     web berkenaan.

iv. Melalui kelas ini juga mendedahkan peserta kepada fungsi peralatan komputer serta kaedah

    melayari internet bagi peserta yang kurang mahir.

 

Gambar disini

Tarikh  : 30 Mac 2019 (Sabtu)
Masa    : 7.30 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 138 orang

 

Tujuan:

- Mempromosikan keseluruhan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat

- Menambahkan kadar muat turun dan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti

- Menambahkan jumlah ahli Pusat Internet

- Mempromosikan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet

- Mendedahkan komuniti setempat pada program advokasi MCMC seperti Klik Dengan Bijak,

  Check Your Label dan Mobile e-Waste

- Untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat dengan Pusat Internet

- Untuk melahirkan komuniti sihat perkasa disamping berpengetahuan IT

 

Aktiviti:

- Pendaftaran Pengunjung

- Senaman Aerobik

- Pemeriksaan kesihatan percuma

- Gerai usahawan

- Acara mewarna online kategori sekolah rendah

- Pertandingan muat naik artikel kategori sekolah menengah

- Pertandingan muat naik produk usahawan (My Shop)

- Pertandingan poster online kategori terbuka

- Pertandingan teka gula-gula dan kuiz kdb (terbuka)

- Pameran dari agensi:1) KOSPEN Petaling

    2) Balai Polis Daerah Jelebu

    3) Sri Pajam Development

    4) TM Unifi

    5) Bank Rakyat

- Taklimat  promosi kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet beserta kuiz

- Taklimat Dashboard Komuniti dan kuiz kahoot

- Taklimat Advokasi MCMC dan kuiz ‘Who wants to be a millionaire’

- Taklimat dan demostrasi menggunakan alat pemadam api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat

- Ceramah Kesihatan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

- Ceramah Keselamatan oleh  Balai Polis Daerah Jelebu

- Ketibaan En. Zulkifli bin Mohd Ali, Pengerusi MPKK Kampung Teriang

- Nyanyian lagu “Negaraku”

- Bacaan Doa oleh Imam Masjid Kampung Teriang

- Perasmian Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet 2019

- Penyampaian hadiah dan cenderahati

- Cabutan bertuah

- Bersurai

 

Gambar disini

Tarikh  : 22 Mac 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber,berita palsu,

    penipuan kewangan dan terlebih kongsi maklumat (oversharing).  

ii. Memperkenalkan kepada pelajar mengenai laman web perniagaan.

 

Aktiviti:

i.   Kelas dimulakan dengan sesi taklimat Klik Dengan Bijak dan tayangan

    video yang berkaitan.

ii.  Kelas dimulakan dengan penerangan mengenai jenis-jenis laman web perniagaan

     yang boleh dilayari oleh peserta.

iii. Peserta diajar mendaftar akaun bagi laman web yang berkaitan dan peserta turut

    diperkenalkan dengan pembayaran secara atas talian.

iv. Petugas turut menyediakan kuiz yang berkaitan dengan aktiviti tersebut.

 

Gambar disini

Tarikh  : 29 Mac 2019 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran peserta dalam penggunaan aplikasi atas talian disamping

meningkatkan kemahiran teknologi maklumat.

 

Aktiviti:

Bengkel Teknologi Maklumat 

i.  Program ini dimulakan dengan sesi pengenalan kepada teknologi maklumat.

ii. Para peserta diperkenalkan dengan alatan-alatan komputer seterusnya penggunaan

    aplikasi-aplikasi yang berkaitan.

 

Online Editing (Poster)

i.   Peserta diajar menghasilkan poster yang menarik.

ii.  Peserta perlu menghasilkan poster yang berkaitan dengan Advokasi SKMM.

iii. Petugas turut menerangkan mengenai kriteria-kriteria yang perlu ada dalam poster

    berkenaan bagi melayakkan peserta untuk bertanding bersempena dengan program

    Hari Bersama Komuniti yang akan berlangsung pada keesokkan harinya.

 

Gambar disini

Tarikh  : 17 Mac 2019 (Ahad)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 pagi
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 6 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai aplikasi online editing yang boleh menambahkan

kreativiti peserta dalam penghasilan imej atau video yang menarik disamping meningkatkan

kemahiran dalam menggunkan Microsoft Office.

 

Aktiviti:

i.   Peserta diterangkan mengenai aplikasi online yang boleh digunakan dalam mengedit gambar

    atau video yang menarik.

ii.  Peserta turut diajar mencipta emel bagi tujuan mendaftar akaun di laman web berkenaan.

iii. Peserta diajar menggunakan Microsoft Office Word oleh petugas.

iv. Mereka diajar mengenai fungsi setiap tools yang terdapat di dalam Microsoft Office berkenaan.

 

Gambar disini