Tarikh  : 16 Mac 2018 (Sabtu)
Masa    : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Penerangan lanjut tentang Lesen Perniagaan (SSM), syarat mendaftar, dokumen yang diperlukan

dan faedah mendaftar lesen tersebut.

 

Aktiviti:

i.   Peserta diterangkan mengenai fungsi-fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh pusat internet.

ii.  Peserta menggunakan pelayar web dan membuat carian ke laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia

    (SSM).

iii. Peserta diajar cara-cara untuk membuka akaun dan fungsi SSM dalam perniagaan masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 15 Mac 2019 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 5 orang

 

Tujuan:

Membimbing komuniti setempat mengemaskini maklumat bagi permohonan

Bantuan Sara Hidup (BSH).

 

Aktiviti:

i.   Petugas memberi penerangan mengenai cara-cara untuk mengisi bantuan sara hidup

    secara atas talian serta dokumen-dokumen yang diperlukan.

ii.  Peserta diajar membuka laman web berkenaan menggunakan pelayar web.

iii. Petugas membantu peserta mengemaskini maklumat permohonan bagi permohonan lama

    manakala bagi pemohon baru perlu mengemukakan permohanan baru di dalam laman web

    berkenaan.

iv. Peserta turut diajar kaedah memuat naik dokumen yang diperlukan serta mencetak dokumen.

 

Gambar disini

Tarikh  : 24 Februari 2019 (Ahad)
Masa    : 3.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 12 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada golongan belia terutamanya isi rumah berpendapatan rendah

dengan membolehkan dan menghubungkan mereka kepada peluang pendapatan digital.

 

Aktiviti:

i.   Para peserta diberi latihan keusahawanan mengenai e-Rezeki dan platform-platform e-Rezeki

     yang boleh diceburi.

ii.  Peserta-peserta diajar cara-cara untuk mendaftar di laman web e-Rezeki serta

     penerangan mengenai program ini.

iii. Sesi tayangan video dan pengedaran flyers mengenai online platform e-Rezeki turut dijalankan bagi

    menambah kefahaman bagi setiap peserta.

iv. Kelas diakhiri dengan taklimat aplikasi Dashboard Komuniti iaitu mengenai My Shop dan My Health

    secara ringkas oleh petugas.

 

Gambar disini

Tarikh  : 08 Mac 2019 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber iaitu buli siber dan membantu

meningkatkan keupayaan mengeja dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah.

 

Aktiviti:

Taklimat Buli Siber

Kelas dimulakan dengan sesi taklimat mengenai jenayah buli siber.

 

e-Pembelajaran: Spelling Test

i.   Peserta menggunakan pelayar web dan membuka laman web spelling test yang diajar

    oleh petugas.

ii.  Peserta perlu mendengar setiap perkataan yang dikeluarkan oleh audio dan menaip semula

    perkataan berkenaan.

iii. Peserta perlu menyediakan satu karangan pendek dengan menggunakan perkataan yang diberi.

 

Gambar disini

Tarikh  : 20 Februari 2019 (Rabu)
Masa    : 2.00 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 9 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai jenayah siber, berita palsu,

    penipuan kewangan dan oversharing.

ii. Memberikan pencerahan kepada peserta mengenai Pemasaran Tradisional dan Pemasaran Atas

   Talian disamping meningkatkan kemahiran keusahawanan peserta. 

 

Aktiviti:

Advokasi SKMM (Klik Dengan Bijak)

i.   Bagi sesi 2 seramai 9 orang peserta telah hadir dari kursus teknologi motorsikal.

ii.  Program dimulakan dengan sesi taklimat Klik Dengan Bijak (KDB).

iii. Peserta mendengar taklimat yang disampikan oleh petugas berkaitan 4 penekanan utama

    dalam KDB.

iv. Sesi tayangan video dan kuiz kahoot turut dijalankan.

 

Literasi Asas Komputer (Pengenalan Microsoft Office)

i.  Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada Microsoft Office Word.

ii. Peserta diajar menggunakan setiap tools yang terdapat di dalam Microsoft Word dan melalui

    bimbingan modul-modul yang telah disediakan oleh petugas pusat internet.

 

Kelas eUsahawan

i.   Kelas eUsahawan dijalankan dimana peserta didedahkan mengenai penggunaan media

     sosial dalam dunia keusahawanan.

ii.  Setiap peserta di ajar mengenai media sosial yang boleh diguna pakai seperti Facebook page,

    Instagram business dan Whatsapp business.

iii. Peserta turut diajar cara-cara untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan

    medium-medium berkenaan.

 

Gambar disini