Tarikh  : 20 Februari 2019 (Rabu)
Masa    : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 23 orang

 

Tujuan:

Pendedahan kepada para pelajar mengenai asas perniagaan dunia digital disamping memberi

pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan mengurus jejak digital.

 

Aktiviti:

Advokasi SKMM (Mengurus Jejak Digital)

i.   Bagi sesi 1 seramai 23 orang peserta telah hadir dari dua kursus yang berbeza iaitu kursus fashion

     and dressmaking dan kursus pendawaian elektrik.

ii.  Program dimulakan dengan sesi advokasi SKMM.

iii. Peserta mendengar taklimat yang disampikan oleh petugas berkaitan penipuan online yang sering

    menjadi bualan iaitu isu mengenai penipuan kewangan dan sebagainya.

iv. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil bagi sesi kuiz berkumpulan.

v. Sesi tayangan video advokasi SKMM turut dijalankan.

 

Literasi Asas Komputer (Pengenalan Microsoft Office) 

i.  Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada Microsoft Office Word.

ii. Peserta diajar menggunakan setiap tools yang terdapat di dalam Microsoft Word dan melalui bimbingan

    modul-modul yang telah disediakan oleh petugas pusat internet.

 

Kelas e-Usahawan

i.   Kelas e-Usahawan dijalankan dimana peserta didedahkan mengenai penggunaan media sosial dalam

     dunia keusahawanan.

ii.  Setiap peserta di ajar mengenai media sosial yang boleh diguna pakai seperti Facebook page, Instagram

     business dan Whatsapp business.

iii. Peserta turut diajar cara-cara untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan medium-medium

    berkenaan.

 

Gambar disini

Tarikh  : 16 Februari 2019 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 8 orang

 

Tujuan:

i.  Memberi kesedaran kepada peserta mengenai kesahihan sesuatu perkara.

ii. Meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan mural yang menarik.

 

Aktiviti:

Taklimat Sebenarnya.my

i.  Peserta mendengar taklimat yang disampaikan oleh petugas mengenai Sebenarnya.my

   dan peserta diajar cara untuk melayari laman web berkenaan.

ii. Tayangan video mengenai portal Sebenarnya.my juga turut dijalankan.

 

Colouring Murals

i.  Peserta diajar menghasilkan mural oleh petugas.

ii. Peserta menonton tayangan video di Youtube sebagai rujukan dalam menghasilkan mural

   yang menarik.

 

Gambar disini

Tarikh  : 08 Februari 2019 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: PI Felda Titi, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 8 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber iaitu buli siber.

 

Aktiviti:

Taklimat Buli Siber

Kelas dimulakan dengan sesi taklimat mengenai jenayah buli siber.

 

E-Pembelajaran subjek Pendidikan Islam

i.  Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyediakan peta minda

    berkaitan tajuk yang diberi oleh petugas.

ii. Peserta diajar cara-cara untuk mencari maklumat daripada laman web-laman web yang betul.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 15 Februari 2019 (Jumaat)
Masa    : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 6 orang

 

Tujuan:

Memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara membuat resume serta

cover letter yang betul.

 

Aktiviti:

i.   Peserta di ajar cara-cara untuk membuka akaun Facebook dan e-mel oleh petugas

     pusat internet.

ii.  Petugas turut memperkenalkan FB page pusat internet dan kluster bagi tujuan mempromosikan

     perkhidmatan pusat internet dalam kalangan pelajar Giat Mara.

iii. Peserta diajar menggunakan dua kaedah dalam menghasilkan resume dan curriculum vitae (CV) iaitu

    dengan menggunakan Canva serta Microsoft Word.

iv. Peserta didedahkan dengan kedua-dua kaedah ini bagai meningkatkan kemahiran ICT masing-masing.

 

Gambar disini

Tarikh  : 7 Februari 2019 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Menguji kemahiran berfikir peserta disamping membantu peserta membaiki tatabahasa

dalam Bahasa Inggeris.

 

Aktiviti:

Taklimat Dashboard Komuniti

i.  Para peserta mendengar taklimat mengenai dashboard komuniti dan peserta diajar menggunakan

    keseluruhan modul dashboard komuniti.

ii. Peserta diajar menggunakan setiap modul seperti membuat pengumuman di My Komuniti.

 

E-Pembelajaran subjek Bahasa Inggeris

i.  Peserta menggunakan pelayar web dan membuka laman web permainan pendidikan yang diberi.

ii. Setiap peserta perlu menyelesaikan permainan berkenaan dalam tempoh masa yang di tetapkan.

 

Gambar disini