Tarikh  : 09 Oktober 2020 (Jumaat)
Masa    : 9.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 6 orang

 

Tujuan:

Membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan membuat permohonan GPK 2.0 disamping meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam menggunakan transaksi secara atas talian.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi membantu golongan usahawan membuat permohonan serta semakan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan disamping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan. Petugas turut membantu peserta membuka akaun bank atas talian bagi memudahkan transaksi secara atas talian dijalanakan. Petugas turut mengambil peluang dengan menyampaikan Advokasi SKMM dibawah tajuk Berita Palsu serta peserta dilatih melayari Portal Sebenarnya.my.

 

Gambar disini

Tarikh  : 02 Oktober 2020 (Jumaat)
Masa    : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Membantu peserta aliran akaun serta peserta yang lain menghasilkan invois secara atas talian serta menggunakan Microsoft Word serta meningkatkan galak guna aplikasi dashboard komuniti dan penglibatan peserta dalam program Advokasi SKMM.

 

Aktiviti:

Peserta mendengar taklimat mengenai Klik Dengan Bijak di bawah tajuk Berita Palsu beserta tayangan video yang berkaitan bagi meningkatkan kesedaran dalam diri peserta. Peserta turut menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti seperti melakukan hebahan berkaitan program ini melalui modul My Komuniti serta menggunakan modul-modul lain yang terdapat dalam aplikasi berkenaan. Seterusnya, peserta mendengar penerangan mengenai kegunaan invois. Peserta di ajar menghasilkan invois melalui dua kaedah iaitu secara atas talian dan menggunakan Microsoft Word. Ini bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan kedua-dua medium berkenaan. Petugas menerangkan butiran-butiran yang penting dan perlu diletakkan di dalam invois.

 

Gambar disini

Tarikh  : 19 September 2020 (Sabtu)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran mengedit video dalam kalangan peserta disamping menggalakkan penggunaan aplikasi dashboard komuniti. Seterusnya, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet serta kepentingan kawal selia kendiri dalam melayari internet.

 

Aktiviti:

Program ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran ICT para peserta disamping menghasilkan video kreatif yang menarik secara atas talian. Para peserta dilatih menggunakan kesemua tools berkaitan bagi menghasilkan video yang menarik. Peserta turut menggunakan aplikasi dashboard komuniti dengan bantuan tunjuk ajar petugas. Selain itu, petugas turut mengambil peluang menyampaikan taklimat advokasi SKMM di bawah tajuk Klik Dengan Bijak. Peserta diperkenalkan dengan laman web http://www.klikdenganbijak.my.

 

Gambar disini

Tarikh  : 25 September 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai jenayah siber seperti berita palsu, penipuan kewangan dan terlebih kongsi maklumat (oversharing). Seterusnya, meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan peserta.  

 

Aktiviti:

Para peserta dilatih menggunakan tools yang terdapat dalam laman web 3D slash. Para peserta perlu menghasilkan objek 3D mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan contoh yang disediakan. Petugas turut menyampaikan advokasi SKMM mengenai Kempen Perangi Berita Palsu bagi menangani penyebaran berita palsu disamping meningkatkan kesedaran dalam diri petugas. Peserta turut diperkenalkan mengenai aplikasi My Sejahtera beserta kegunaannya.

 

Gambar disini

Tarikh  : 18 September 2020 (Jumaat)
Masa    : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: PI Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran menaip serta pengetahuan Bahasa Inggeris dalam kalangan peserta. Mendidik peserta mengenai keburukan dan cara menangani jenayah buli siber dalam kalangan pelajar sekolah.

 

Aktiviti:

Program dijalankan bagi membantu peserta-peserta yang terdiri dalam kalangan pelajar sekolah rendah menguasai kemahiran Bahasa inggeris melalui kaedah yang menarik. Peserta dilatih menaip menggunakan Microsoft Word terlebih dulu sebelum menggunakan laman web e-pembelajaran berkenaan. Peserta perlu menaip karangan Bahasa Inggeris dengan betul melalui contoh yang diberi oleh petugas. Peserta turut diperkenalkan mengenai fungsi-fungsi aplikasi dashboard komuniti. Petugas turut mengambil peluang menyampaikan advokasi SKMM iaitu mengenai buli siber dalam kalangan pelajar sekolah.

 

Gambar disini