Tarikh  : 08 Januari 2021 (Jumaat)
Masa    : 02.30 petang – 05.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk mendidik pengguna agar ambil peduli dan jangan terlebih kongsi di media sosial, mewujudkan kesedaran tentang keseimbangan dalam perkongisan di media sosial, antara peribadi dan tabiat suka atau terlebih kongsi serta membantu para usahawan mengumpul data dan menerima tempahan pelanggan melalui capaian internet iaitu menggunakan Google Form.

 

Aktiviti:

Peserta diperkenalkan mengenai Advokasi SKMM dibawah tajuk terlebih kongsi. Peserta diberi pendidikan dalam mengenal pasti apa yang patut dikongsikan dan apa yang sepatutnya dirahsiakan dari media sosial dengan mengamalkan etika perkongsian maklumat yang baik dan berfikir dahulu sebelum bertindak. Peserta turut dilatih dalam menggunakan Google Form iaitu kaedah paling mudah dalam menyediakan borang tempahan produk, servis atau temujanji dan URL Link tersebut boleh digunakan di pelbagai medium perniagaan seperti Facebook Page, Whatsapp Business dan sebagainya. Penggunaan cara ini mampu menjimatkan masa serta tenaga, cetakan kertas dan data responden terus disimpan di Google Drive. Peserta turut diajar membuka akaun Google terlebih dahulu bagi memudahkan maklumat carian disalurkan ke akaun tersebut iaitu Google Drive. Sesi soal jawab turut dibuka bagi membantu peserta yang kurang mahir dalam menggunakan Google Form.

 

Gambar disini

 

Tarikh  : 06 Januari 2021 (Rabu)
Masa    : 02.30 petang – 05.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Untuk memberi pengetahuan kepada pengguna jika menjadi mangsa buli siber atau mengenal mangsa buli di kalangan rakan-rakan, memberi kesedaran kepada komuniti supaya mengamalkan tingkah laku dan etika internet yang baik serta membantu usahawan bagi memilih perniagaan yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat serta menjana idea bagi penamaan kedai atau perniagaan.

 

Aktiviti:

Buli siber yang teruk atau kronik boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat dan perbuatan buli siber adalah salah di sisi undang-undang. Dalam Advokasi SKMM ini, peserta telah didedahkan tentang keselamatan penggunaan internet dengan tidak berkongsi butiran peribadi seperti foto dan video di internet. Google Trends dan Google Site Listing adalah laman sesawang yang dibangunkan oleh Google bertujuan untuk menganalisis populariti pertanyaan carian teratas dalam Carian Google secara umum.  Laman sesawang ini menggunakan infografik untuk membandingkan jumlah carian pelbagai pertanyaan dari masa ke masa. Penggunaan laman sesawang ini amat membantu bakal usahawan serta usahawan sedia ada untuk memilih perniagaan yang mendapat sambutan di kalangan masyarakat serta menjana idea bagi  penamaan kedai atau perniagaan yang diusahakan. Peserta turut diajar membuka akaun Google terlebih dahulu bagi memudahkan maklumat carian disalurkan ke akaun tersebut. Sesi soal jawab turut dibuka bagi membantu peserta yang kurang mahir dalam menggunakan laman sesawang ini.

 

Gambar disini

Tarikh  : 24 Disember 2020 (Khamis)
Masa    : 2.30 petang – 4.30 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 55 orang

 

Tujuan:

  • Menggalakkan komuniti sekitar PIK Kuala Klawang menjalankan perniagaan secara atas talian disamping menjana pendapatan tambahan isi rumah serta mendedahkan komuniti mengenai jenayah siber penipuan kewangan yang sering berlaku.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai jenayah siber yang kerap berlaku iaitu penipuan kewangan. Peserta didedahkan kepada beberapa jenis scam/ penipuan seperti  penipuan melalui panggilan telefon, penipuan pinjaman tidak wujud, penipuan pembelian dalam talian serta phishing. Seterusnya, peserta turut dilatih membuka akaun Shopee bagi tujuan berniaga. Komuniti di sekitar PIK Kuala Klawang khususnya golongan usahawan dapat memanfaatkan aplikasi Shopee bagi meluaskan lagi perniagaan masing-masing. Sesi soal jawab turut dijalankan bagi meningkatkan kefahaman para peserta.

 

Gambar disini

Tarikh  : 03 Januari 2021 (Ahad)
Masa    : 09.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 10 orang

 

Tujuan:

  • Memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa menjauhi dan berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun palsu yang berleluasa di laman media sosial, memberi panduan kepada pengguna untuk mengenali akaun-akaun palsu serta membolehkan perniagaan untuk mencapai pelbagai penduduk di kawasan yang lebih luas dan menyeluruh dengan pengiklanan secara digital.

 

Aktiviti:

Peserta diperkenalkan mengenai kempen kesedaran advokasi SKMM iaitu waspada akaun palsu di media sosial supaya peserta lebih berhati-hati, kekal selamat serta bertanggungjawab selain mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kepada akaun palsu dan menyalahgunakan rangkaian media sosial. Peserta telah didedahkan tentang ciri-ciri akaun palsu di media sosial. Selain daripada itu, peserta turut diperkenalkan kaedah pengiklanan perniagaan di ‘Yellow Pages’ bagi meluaskan pasaran perniagaan ke komuniti yang lebih besar. Peserta diajar melalui video bagaimana cara untuk membuka akaun di Google terlebih dahulu sebelum mencipta akaun di laman sesawang ‘Yellow Pages’. Kaedah ini dapat membantu para peniaga untuk memasarkan produk atau perkhidmatan melalui platform digital yang betul seterusnya meningkatkan pendapatan peniaga. Sesi soal jawab turut dibuka bagi membantu peserta yang kurang mahir dalam menggunakan laman sesawang ini.

 

Gambar disini

Tarikh  : 19 Disember 2020 (Sabtu)
Masa    : 2.00 petang – 4.00 petang
Tempat: Pusat Internet Komuniti Kuala Klawang, Jelebu
Peserta: 20 orang

 

Tujuan:

  • Meningkatkan kesedaran mengenai ancaman dan bahaya penggunaan internet yang tidak betul serta melatih peserta mengedit gambar menggunakan Microsoft Office Powerpoint dan atas talian.

 

Aktiviti:

Peserta diberi pendedahan mengenai Portal Sebenarnya.my yang boleh di akses bagi mengenalpasti kesahihan sesuatu cerita yang tersebar. Petugas turut menjalankan sesi penerangan mengenai kaedah mengedit gambar menggunakan Microsoft Office dan juga aplikasi atas talian. Peserta dilatih menggunakan kesemua tools yang disediakan. Sesi soal jawab turut dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan peserta.

 

Gambar disini